LAPORAN PERUBATAN SIAP
PERHATIAN :
BERKUATKUASA 2 OKTOBER 2020 HOSPITAL SUNGAI BULOH (HSGB) ADALAH HOSPITAL COVID-19 SEPENUHNYA DAN DIKHASKAN UNTUK MERAWAT PESAKIT COVID-19 SAHAJA. KELEWATAN PENYEDIAAN LAPORAN PERUBATAN OLEH PAKAR / PEGAWAI PERUBATAN ADALAH DIJANGKA
Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Negeri Selangor yang dilanjutkan sehingga 4 Mac 2021 ;
Permohonan Laporan Perubatan
Kaunter Jabatan Rekod Perubatan Aras 3 hanya dibuka untuk 20 orang (8.00 - 12.00 tengahari) dan 10 orang (2.00 - 4.00 petang) untuk pertanyaan prosedur dan pendaftaran permohonan Laporan Perubatan bagi mengelak jangkitan silang dari Wad COVID-19. Borang permohonan baru boleh dimuat turun di pautan :
https://hsgbuloh.moh.gov.my/index.php/ms/borang-muat-turun/borang
Jika nombor giliran yang diberi oleh Kaunter Informasi Hospital telah habis, pemohon boleh memasukkan dokumen permohonan lengkap dan resit bayaran di dalam kotak yang disediakan di Kaunter 5 Unit Hasil Aras 2. Tiada petugas Unit Pengurusan Laporan Perubatan di Kaunter 5 (bayaran Laporan Perubatan / tunggakan bil hospital perlu dijelaskan di Kaunter Hasil terlebih dahulu)
atau
Permohonan lengkap berserta wang pos / cek bayaran Laporan Perubatan atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh diposkan ke alamat Jabatan Rekod Perubatan Hospital Sungai Buloh
Laporan Perubatan Siap
Laporan Perubatan siap hanya dipos kepada pemohon menerusi pos berdaftar (AR) atau pemohon hadir di kaunter Jabatan Rekod Perubatan Aras 3 selepas tempoh PKP tamat. Kehadiran secara walk in untuk pengambilan Laporan Perubatan siap tidak akan dilayan.
Sila email Pegawai Unit Laporan Perubatan Pn. Rosmawati (Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.) untuk maklumat lanjut
Senarai laporan siap : Sila semak mengikut nama pesakit, jenis permohonan (Peguam / Polis / Insurans / PERKESO / KWSP / lain-lain) dan Disiplin Klinikal (Perubatan Am / Otopidik / Pembedahan Am / Neurosurgeri / Kecemasan / lain-lain)
SENARAI LAPORAN SIAP PAPARAN TELEFON PINTAR SILA KLIK SINI
** Pemohon tidak perlu menghubungi Jabatan Rekod Perubatan untuk semakan. Sekiranya laporan pesakit tidak dipaparkan melebihi 3 bulan dari tarikh lengkap sila hubungi samb. 4363 / email Pegawai Rekod Perubatan dan nyatakan tarikh permohonan lengkap
( Layanan panggilan telefon adalah terhad. Anggota Jabatan Rekod Perubatan memberi keutamaan layanan di kaunter )
Waktu Operasi Kaunter |
||
Isnin - Khamis |
8.00 am - 1.00 pm ( Rehat ) 2.00 pm - 5.00 pm |
Perkhidmatan :
|
Jumaat |
8.00 am - 12.15 am ( Rehat ) 2.45 pm - 5.00 pm |
|
Tutup | Sabtu, Ahad dan Cuti Umum |
NOTA PENTING :
Tempoh siap permohonan lengkap mengikut garispanduan KKM adalah seperti berikut ;
- Laporan Perubatan biasa : 28 hari bekerja (tidak termasuk Sabtu, Ahad & Cuti Umum)
- Laporan Bedah Siasat : 90 hari bekerja (sampel ujian toksikologi dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia)
Merujuk kepada Pekeliling Ketua Pengarah Kesihatan Bil. 16/2010, Garispanduan Penyediaan Laporan Perubatan di Hospital dan Institusi Perubatan, Jabatan Rekod Perubatan TIDAK akan menyerahkan permohonan Laporan Perubatan kepada Pakar / Pegawai Perubatan Jabatan Klinikal sekiranya pemohon tidak melampirkan dokumen sokongan berikut ;
- Borang permohonan Laporan Perubatan dengan tandatangan asal pesakit atau waris. Muat turun borang di pautan https://hsgbuloh.moh.gov.my/index.php/ms/borang-muat-turun/borang. Bagi permohonan pihak Ketiga, muat turun contoh surat keizinan di pautan surat keizinan mengeluarkan laporan perubatan.pdf
- Borang Laporan Perubatan daripada Syarikat Insurans / KWSP / PERKESO / JKM / Zakat / lain-lain format untuk diisi. Jika tiada borang dilampirkan, Laporan Perubatan Format KKM akan disediakan oleh Pegawai Perubatan. Pemohon perlu membuat permohonan dan bayaran baru bagi kesilapan borang
- Salinan Kad Pengenalan / Pasport pesakit @ pertalian waris ( bagi kes mati / kanak-kanak di bawah umur 18 tahun )
- Salinan Kad Temujanji Rawatan Klinik Pakar / tarikh kedatangan ke Jabatan Kecemasan atau tarikh kemalangan / Nota Discaj Wad bagi tujuan penentuan disiplin klinikal Laporan Perubatan dan tarikh episod perawatan. Pesakit yang menerima rawatan dari pelbagai disiplin klinikal, bayaran akan dikenakan bagi setiap permohonan Laporan Perubatan dari disiplin berkenaan
- Resit bayaran Laporan Perubatan dari Unit Hasil. Pesakit perlu menyemak dan menyelesaikan tunggakan bil hospital terlebih dahulu sebelum memohon Laporan Perubatan
- Carta Alir Penyediaan Laporan Perubatan sila rujuk pautan Carta Aliran Proses Permohonan Laporan Perubatan
LANGKAH - LANGKAH PENCEGAHAN COVID - 19
- SETIAP pesakit / wakil perlu disaring suhu badan di Klinik Pakar Aras 1 sebelum dibenarkan masuk ke Hospital Sungai Buloh. Suhu badan yang mencapai 38°C dan mempunyai gejala demam / batuk / selsema TIDAK dibenarkan masuk
- SETIAP pesakit / pemohon wajib memakai FACE MASK dan mencuci tangan menggunakan HAND SANITIZER
- HANYA 20 nombor giliran sesi pagi (8.00-12.00 tengahari) dan 10 nombor giliran sesi petang (2.00-4.00 petang) diberi di Kaunter Informasi, Lobi Utama Aras 2 untuk urusan Laporan Perubatan dalam tempoh sehari dan 5 orang pesakit sahaja dibenarkan berada di Kaunter bagi memastikan penjarakan fizikal dipatuhi
- NOMBOR GILIRAN TERAKHIR bagi urusan laporan perubatan akan diberi 15 minit sebelum waktu operasi kaunter tamat. Anggota Jabatan Rekod Perubatan perlu mendaftarkan permohonan di dalam Sistem Tracking E - Laporan Perubatan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor
Prosedur terperinci permohonan Laporan Perubatan sila klik pautan :
https://hsgbuloh.moh.gov.my/ms/jabatan/direktorat-perubatan/jabatan-rekod-perubatan.html
Sekiranya pemohon mempunyai sebarang kemusykilan berhubung prosedur permohonan Laporan Perubatan, sila email Pegawai Rekod Perubatan, Unit Pengurusan Laporan Perubatan & Bedah Siasat di alamat email : Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
Senarai ini dikemaskini setiap hari jam 4.00 pm