Waktu Melawat
Kanak-Kanak DiBawah Umur 12 Tahun TIDAK DIBENARKAN MASUK untuk mengelakkan jangkitan silang.
Pas Pelawat
- Hanya pesakit yang TENAT sahaja akan diberikan PAS PELAWAT oleh Ketua Jururawat ataupun Pengurus Kawasan.
- Hanya penjaga perempuan sahaja dibenarkan menjaga pesakit perempuan.
- Pas menjaga hendaklah disematkan pada baju sepanjang berada di dalam wad.
Melawat Luar Waktu Lawatan
Pas lawatan akan hanya diberikan:
- Waris Pesakit yang baru masuk wad
- Waris Pesakit Tenat
- Waris Pesakit yang Dipanggil oleh pihak Hospital
Peraturan Penggunaan Pas Pelawat
- Pemberian Pas kepada pelawat hanya setelah petugas di kaunter informasi mendapat kebenaran dari pengurusan wad
- Pelawat dikehendaki menyerahkan pengenalan diri sebagai pertukaran kepada pas pelawat
- Penggunaannya hanya untuk lawatan di luar waktu melawat sahaja bagi urusan kecemasan atau atas panggilan doktor
- Pemegang pas pelawat hanya dibenarkan melawat selama 10 minit sahaja
- Pemegang pas dikehendaki mempamerkan pas tersebut sepanjang berada di wad
- Denda RM10 akan dikenakan sekiranya pas pelawat hilang. Bayaran hendaklah dibuat di Unit Hasil, HSB.
- Petugas keselamatan berhak meminta pemegang pas pelawat keluar dari wad sekiranya perlu
Jumlah paparan: 5612