Bahagian Sumber Manusia

Pengenalan

Bahagian Sumber Manusia dianggotai oleh Pegawai Tadbir Dan Diplomatik, Penolong Pegawai Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir Tinggi, Pembantu Tadbir Kanan, Pembantu Tadbir N19/N22 dan Pembantu Operasi.

Bahagian ini terbahagi kepada 3 unit iaitu :-

  • Unit Perjawatan dan Perkhidmatan
  • Unit Latihan
  • Unit Keutuhan Dan Prestasi

Misi

Bahagian Sumber Manusia akan menyediakan perkhidmatan dan keperluan Sumber Manusia yang berkualiti dengan:- 

  • Responsif kepada semua keperluan Sumber Manusia di HSgB.
  • Prihatin kepada masalah yang dihadapi pekerja.
  • Memberi khidmat nasihat dan inovatif untuk meningkatkan pencapaian dan kerjaya anggota
  • Melaksanakan Sistem Pengurusan HSgB dengan sempurna berdasarkan pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan. 

Objektif

Mengawal dan menguruskan segala hal-hal pengurusan perjawatan dan perkhidmatan personel semua pegawai dan kakitangan serta melaksanakan arahan-arahan dan pekeliling-pekeliling  kerajaan dan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk membolehkan sistem pentadbiran Hospital Sungai Buloh berjalan dengan teratur dan lancar.

Fungsi

Melaksanakan urusan :

  • Perkhidmatan anggota bermula dari penempatan anggota hingga persaraan anggota
  • Perjawatan dan permohonan ABM Perjawatan
  • Menyelaras HRMIS
  • Menguruskan Laporan Nilaian Prestasi anggota
  • Mengendalikan kes tatatertib anggota
  • Mengendalikan urusan Isytihar Harta
  • Mengendalikan urusan latihan anggota
  • Mengendalikan urusan pelajar latihan elektif/industri
  • Mengendalikan urusan lawatan Keluar Negara
  • Mengendalikan urusan tanggung kerja
  • Mengendalikan urusan Pekerja Sambilan Harian (PSH)

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Encik Nur Zailan Bin Othman Penolong Pengarah Kanan (Sumber Manusia) 4299 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Puan Herdayanti Binti Saliman Penolong Pegawai Tadbir Kanan (Unit Perkhidmatan & Perjawatan) 2974 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Encik Pangiran Ahmad Johar Bin Abdul Wahab Pembantu Tadbir Tinggi (Unit Keutuhan & Prestasi) 4217 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Puan Noriana Haryati Binti Ahmad Pakri Pembantu Tadbir Kanan (Unit Latihan 5233 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.