Unit Stor Alat Tulis

Pengenalan

Unit Stor Alat Tulis merupakan sebuah unit di Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh yang memberikan bekalan alat tulis serta pakaian seragam kepada kakitangan hospital. Unit ini juga menyediakan perkhidmatan percetakan. Stor Alat Tulis Hospital Sungai Buloh ini dikategorikan sebagai Stor Utama dan sistem pengurusannya adalah mengikut Tatacara Pengurusan Stor Kerajaan Pekeliling Perbendaharaan Bil.5 Tahun 2009.

Misi

Menyediakan perkhidmatan pengurusan stor yang berkualiti, ekonomi, efisien dan cekap bagi membentuk struktur pengurusan yang teratur serta kemaskini kearah merealisasikan matlamat / objektif aktiviti Hospital Sungai Buloh.

Visi

Menjadikan Unit Pengurusan Stor Alat Tulis sebagai unit pengurusan Stor Utama yang bersistematik, menyeluruh, cekap dan penuh integriti dalam memenuhi keperluan Dasar Pengurusan Stor Kerajaan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Membeli, menyimpan dan membekalkan peralatan alat tulis kepada semua kakitangan hospital sungai buloh.

  • Membuat pembelian dan pengagihan pakaian seragam kepada anggota hospital sungai buloh yang layak menerima pakaian seragam.

  • Menyediakan perkhidmatan percetakan kepada kakitangan hospital untuk urusan rasmi hospital sungai buloh

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Puan Salmiah binti Muhammad Sharif Pembantu Tadbir (P/O) N22 4131 salmiahms[at]moh.gov.my
2 Encik Muhammad Ridhwan bin Kamaruddin Pembantu Tadbir (P/O) N19 4130 -
3 Encik Shariffuddin bin Suamai Pembantu Operasi N11 4130 -
4 Encik Zainudin bin Selamat Pembantu Operasi N11 4130 -