Unit Perpustakaan

Pengenalan

Unit Perpustakaan Hospital Sungai Buloh merupakan Perpustakaan Perubatan di bawah Bahagian Pentadbiran dan Pembangunan, Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh. Perpustakaan ini terletak di Blok E, Aras 2 mula dibuka pada 1 Ogos 2006. Fungsi utama Perpustakaan ini adalah menyediakan perkhidmatan sumber maklumat yang terkini dan komprehensif dalam bidang perubatan klinikal, separa klinikal, sokongan klinikal, penjagaan kesihatan, perawatan dan penyelidikan bagi menyokong pembelajaran berterusan semua warga kerja hospital ini.

Perpustakaan Hospital Sungai Buloh juga memberikan perkhidmatan dalam bentuk carian maklumat, penyebaran maklumat terpilih, Sirkulasi, Rujukan serta Pinjaman Antara Perpustakaan. Warga hospital boleh mendapatkan maklumat mengenai bahan-bahan yang ada di perpustakaan melalui perkhidmatan Web OPAC. Klik di sini http://hsbl0049/SLIBV5001/Default.aspx

Visi

Menjadi sebuah pusat rujukan maklumat dalam bidang kesihatan dan perubatan klinikal yang cemerlang, terkini dan unggul bagi mewujudkan kakitangan Hospital Sungai Buloh yang berbudaya ilmu dan kaya maklumat serta gemar membaca.

Misi

  • Menjadi pusat sumber rujukan dalam menyokong pembelajaran berterusan bagi membina modal insan yang berpengetahuan sejajar dengan keperluan dalam perkhidmatan.

  • Menyediakan perkhidmatan maklumat dan kemudahan perpustakaan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan bacaan kakitangan Hospital Sungai Buloh

Objektif

  • Menjadikan pusat sumber maklumat yang cemerlang kepada pengguna pelbagai kategori bagi tujuan perancangan kesihatan, perawatan, perubatan, penyelidikan, latihan pendidikan dan pembelajaran berterusan. 

  • Membina koleksi bahan bacaan dan maklumat yang berkualiti lengkap, sistematik dan terkini.

  • Menyokong semua pembelajaran, pengajaran, pendidikan, penyelidikan dan pembangunan ilmu dengan menyedia dan memaksimumkan pelbagai jenis bahan perpustakaan dan kemudahan teknologi maklumat

  • Memberi khidmat menyalurkan sumber ilmu dan membekalkan bahan rujukan kepada kakitangan Hospital Sungai Buloh

  • Mempromosi budaya membaca di kalangan rakyat Malaysia terutamanya kakitangan Hospital Sungai Buloh

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Pendaftaran Keahlian

  • Perkhidmatan Sirkulasi

  • Perkhidmatan Internet 

  • Perkhidmatan Audio Visual 

  • Perkhidmatan Pinjaman Antara Perpustakaan 

  • Perkhidmatan Kesedaran Semasa 

  • Perkhidmatan Bilik Perbincangan 

  • Perkhidmatan Lain  (Fotokopi/Cetakan/Imbasan)

Waktu Perkhidmatan

Perpustakaan beroperasi pada waktu pejabat (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am) seperti berikut:

Hari
Waktu Perkhidmatan
Isnin - Jumaat 8.00 pagi - 5.00 petang
Sabtu, Ahad dan Kelepasan Am Tutup

 

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
E-mail
1 Puan Siti Rahmah binti Mansor Penolong Pustakawan 4133 siti_mansor[at]moh.gov.my
2 Puan Rathimalar V.Ramadass Pembantu Pustakawan 5200 rathimalar[at]moh.gov.my