Unit Pusat Penstoran Pensterilan (CSSU)

PENGENALAN

Unit Perkhidmatan Bahan Steril atau lebih dikenali sebagai CSSU merupakan jantung hospital di mana unit ini bertanggungjawab untuk memberikan perkhidmatan pensterilan kepada pelanggan (pesakit dalam sahaja) dengan menyediakan alatan surgikal, linen dan soft goods yang telah di suci hama (steril) dan selamat digunakan semasa proses perawatan bagi mengelakkan daripada risiko jangkitan kuman.

Lokasi unit CSSU terletak di Aras 2,Bangunan Blok B, Hospital Sungai Buloh. Unit ini di bawah jagaan Penyelia Jururawat sebagai Ketua Unit dan dianggotai oleh pelbagai kategori jawatan sokongan.

Aktiviti yang dijalankan ialah membekal dan memproses semula alatan surgikal yang telah digunakan dengan melakukan kerja-kerja penerimaan, pencucian, pemeriksaan alatan, pembungkusan, pensterilan, penyimpanan dan pembekalan peralatan dan barangan steril kepada wad, unit, klinik dan dewan bedah.

VISI

Menyediakan perkhidmatan pensterilan yang efisien kepada pelanggan.

 

MISI

Kami komited untuk memastikan proses pensterilan mematuhi garis panduan dan piawaian yang telah ditetapkan.

 

PERKHIDMATAN

 

1. Pengumpulan alatan surgikal guna semula yang telah di guna pakai.

  • Mengumpul peralatan yang di terima daripada wad-wad, unit, klinik dan dewan bedah di bahagian dekontaminasi.
  • Membuat pemeriksaan ke atas peralatan sama ada mencukupi, rosak, atau hilang fungsi.

2. Proses dekontaminasi.

  • Melakukan pencucian peralatan secara manual, “washer disinfector” dan juga “ultrasonic”.

3. Menyusun atur dan memeriksa alatan surgikal.

  • Menyusun atur semula set-set alatan surgikal serta memeriksa fungsi peralatan berfungsi dengan baik dan bersih sebelum pembungkusan.

4. Pembungkusan.

  • Melakukan pembungkusan mengikut teknik yang betul dan mematuhi piawaian yang telah ditetapkan.

5. Proses Pensterilan.

  • Melakukan proses pensterilan menggunakan mesin autoclave bagi item yang tahan panas pada suhu 121°C hingga 134°C dan juga mesin Low temperature sterilizer bagi item yang tidak tahan panas.

6. Penyimpanan item steril.

  • Menyimpan sementara item steril sebelum diedarkan semula ke wad-wad atau unit-unit mengikut permintaan.

7. Pembekalan item steril.

  • Membekalkan item steril mengikut permintaan pelanggan.

8. Pengurusan Linen.

  • Melipat dan membungkus linen mengikut piawaian yang telah ditetapkan untuk keperluan di wad dan di dewan bedah.

9. Pengurusan Soft Goods.

  • Menyediakan soft goods mengikut keperluan wad dan dewan bedah.

 

WAKTU OPERASI

Hari
Masa
Isnin – Jumaat7.00 pagi – 9.00 malam
Sabtu – Ahad7.00 pagi – 2.00 petang
Hari Kelepasan Am / Cuti Umum7.00 pagi – 2.00 petang
Setiap hari selepas waktu operasiTugas atas panggilan

 

DIREKTORI

 Talian Utama  : 03-61454333 
 Faks  : 03-61454222 

 

 

No

Nama

Jawatan

Samb

E-mail

1

Pn Khaslina binti Kasbon

Ketua Jururawat

2975 / 2977

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.