Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan

Pengenalan

Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital merupakan salah satu komponen dibawah Pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit ini terletak di aras 2, blok D dibahagian pentadbiran hospital. Unit ini berperanan dalam pengurusan sumber manusia, penyeliaan klinikal dan latihan dalam memastikan mutu perkhidmatan yang cemerlang, cekap, prihatin dan selamat diberikan kepada pesakit - pesakit oleh anggota dibawah seliaan iaitu Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan.

Visi

Menjana pasukan sokongan perubatan yang efisyen dan berdedikasi dengan sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan.

Misi

Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (Clinical Supervision) yang cekap dan mantap secara berterusan kepada anggota dibawah seliaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta, peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Objektif

  • Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  • Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesebuah unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  • Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah seliaan.

Skop perkhidmatan

1. Audit Klinikal (Clinical Supervision) bagi semua anggota dibawah jagaan dijalankan secara berterusan:

  • Mematuhi ‟Standard Operating Procedure‟ dan akta Pembantu Perubatan.
  • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti dan tugasan harian.
  • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengaplikasikan senarai kerja yang telah diluluskan mengikut  bidang tugas masing-masing.
  • Mematuhi senarai semak dan fail meja yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.

2. Pengurusan sumber manusia di bawah seliaan.

  • Urusan keperluan anggota Permohonan Perjawatan Baharu (ABM).
  • Orientasi anggota baru.
  • Urusan penempatan.
  • Urusan pengagihan anggota.
  • Menyelaras dan mengurus keperluan akta perubatan atau mana - mana yang termaktub / arahan daripada pihak Lembaga Pembantu Perubatan / Kementerian Kesihatan Malaysia. (Contoh Pembaharuan APC – ‟Annual Practising Certificate‟ bagi Penolong Pegawai Perubatan.
  • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota di bawah seliaan.

3. Pengurusan Latihan bagi anggota di bawah seliaan.

  • Orientasi anggota baru.
  • Merancang latihan bagi anggota.
  • Menyelaras latihan yang dihadiri oleh anggota.
  • Menyediakan laporan latihan yang dihadiri oleh anggota.
  • Mengurus buku log latihan anggota.

Jadual Waktu Perkhidmatan

Hari
Waktu
ISNIN sehingga KHAMIS
  • 8.00 pagi - 1.00petang
  • 1.00 petang - 2.00 petang (Rehat)
  • 2.00 petang - 5.00 petang
JUMAAT
  • 8.00 pagi - 12.15 tengah hari
  • 12.15 tengah hari - 2.45 petang (Rehat)
  • 2.45 petang - 5.00 petang
SABTU, AHAD & HARI PELEPASAN AM CUTI

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Encik Aluwi Bin Jusoh Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan 4229 aluwiazani[at]moh.gov.my
2 Encik Mohd Halim Bin Ali Din Timbalan Ketua Penyelia Penolong Pegawai Perubatan 2944 mohd_halim[at]moh.gov.my
3 Encik Saifullizan Bin Mohd Hassan Penolong Pegawai Perubatan U32 2943 saifullizanmh[at]moh.gov.my
4 Encik Mohamad Shahriman Bin Mohamad Penolong Pegawai Perubatan U29 2943 mshahriman[at]moh.gov.my
5 Puan Nor Haliza Binti Lokman Pembantu Perawatan Kesihatan U11 2941 norhaliza.lokman[at]moh.gov.my