Jabatan Perubatan Rehabilitasi

Pengenalan

Perubatan Rehabilitasi adalah suatu bidang kepakaran perubatan yang mengendalikan keadaan ketidakupayaan pesakit akibat komplikasi kesihatan dimana pengendalian pesakit adalah secara menyeluruh serta menggunakan pendekatan  kepelbagaian kepakaran atau “interdisciplinary model of care”. Klinik Pakar Rehabilitasi telah berpindah ke Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) bermula Januari 2009 manakala rawatan pesakit dalam yang memerlukan program rehabilitasi khusus bertempat di Wad 30/31, PKKN. Bermula Februari 2020, kapasiti katil Wad Rehabilitasi ditambah kepada 20 katil.

Jabatan Perubatan Rehabilitasi terdiri daripada gabungan unit-unit interdisiplinari iaitu Rehabilitasi Klinikal (Clinical Rehabilitation), Fisioterapi (Physiotherapy), Terapi Cara Kerja (Occupational Therapy), Kejururawatan Rehabilitasi (Rehabilitation Nursing) serta Prostetik/Ortotik. Bermula 4 Julai 2017, Jabatan Rehabilitasi turut dianggotai oleh Unit Perubatan Tradisional India iaitu Terapi Varmam.

Misi

Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi berdasarkan kaedah interdisiplinari yang menyeluruh dan bersasaran bagi pesakit kelainan upaya kearah pencapaian tahap berdikari yang optimum.

Visi

Kearah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kelainan upaya melalui pencapaian potensi fizikal, kefungsian, psikologikal, vokasional dan avokasional yang optimum.

Objektif Jabatan

Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi bagi pesakit kelainan upaya melalui perkhidmatan pesakit dalam dan pesakit luar yang berkualiti dan cekap bagi membolehkan mereka mencapai tahap kualiti kehidupan dan kefungsian yang optimum.

Ahli dan Peranan Utama Pasukan Interdisplinari Jabatan Perubatan Rehabilitasi

  • Pakar & Pegawai Perubatan: Menyediakan kepakaran klinikal bagi rawatan khusus seperti spasticity, chronic neuropathic pain dan neurogenic bladder. Ini termasuk rawatan botulinum neurotoxin, alcohol neurolysis, urodynamics, cystometry studies dan sebagainya.
  • Jururawat Rehabilitasi: Menyelia program interdisiplinari serta terlibat dalam pengendalian dan pengajaran continence program, wound care dan sebagainya
  • Jurupulih Fisioterapi (Physiotherapist): Mengendalikan komplikasi pernafasan, meningkatkan fungsi fizikal dan mobiliti termasuk fungsi kekuatan otot,aplikasi senaman, latihan berjalan, perpindahan serta teknik penggunaan kerusi roda.
  • Jurupulih Perubatan Cara Kerja (Occupational Therapist): Mengintegrasi latihan kognitif dan fizikal bagi mencapai kebolehan maksimum pesakit dalam melakukan aktiviti asas harian termasuk aplikasi alat bantuan seperti adaptive devices, orthosis dan sebagainya.
  • Pegawai Pemulihan Pertuturan (Speech Therapist): Mengendalikan pesakit kelainan upaya dengan komplikasi penelanan, pertuturan serta komunikasi.
  • Juruteknik Prostetik & Ortotik: Memberikan input kepakaran teknikal bagi preskripsi, pembuatan, pemasangan serta proses fitting/check out peralatan prostesis dan ortosis.

Kriteria Kemasukan Ke Wad Rehabilitasi

  • Pesakit dengan keadaan “complex disabilities” yang memerlukan kepakaran pelbagai pasukan interdisiplinari.
  • Mempunyai “cognitive ability to learn”.
  • Bermotivasi tinggi.
  • Mempunyai sokongan keluarga.

Perkhidmatan Umum Yang Disediakan

  • Spinal Cord Injury Rehabilitation
  • Amputee Rehabilitation
  • Neuromedical Rehabilitation
  • Neurosurgical Rehabilitation
  • Paediatric Rehabilitation
  • Orthopaedic and Musculoskeletal Rehabilitation
  • Cardio-respiratory Rehabilitation
  • Community based Rehabilitation
  • Return to Work Program

Perkhidmatan Khusus Yang Disediakan

  • Ultrasound guided deep dry needling for chronic pain management
  • Ultrasound guided Botulinum neurotoxin injection for spasticity
  • Ultrasound guided Botulinum neurotoxin injection for sialorrhoea
  • Botulinum neurotoxin injection for hemifacial spasm
  • Urodynamic & cystometry studies
  • Prosthetic & Orthotics
  • Diabetic foot care including wound off-loading services
  • Serial casting for contractures
  • Sexuality and fertility dysfunction post spinal cord injury
  • Varmam therapy for pain management in knee osteoarthritis, frozen shoulder, cervical & lumbar spondylosis
  • Disability registration and certification of complex cases
  • Specialized wheelchair and seating services
  • Assistive and adaptive devices prescription and procurement
  • Home visitations for disability environmental modification
No
Jabatan
Lokasi
Samb
1 Klinik Perubatan Rehabalitasi (PKKN) Kaunter

2234

2 Wad 30 / 31 Perubatan Rehabilitasi PKKN Kaunter

03-61561321
Samb: 2269


Senarai Wad

Wad Rehabilitasi 30/31

Direktori

Talian Utama   03-61454333
Faks  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Akmal Hafizah Binti Zamli Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi (U56)

03-61561321
Samb: 2234 (PKKN)

03-61454333
Samb: 2005 (HSgB)

dr.akmal[at]moh.gov.my