Unit Pendidikan Kesihatan

Pengenalan

Unit Pendidikan Kesihatan,  Hospital Sungai Buloh mula ditubuhkan pada 1 September 2006. Sejak beroperasi, Unit ini telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai pusat rujukan pendidikan pesakit dan orang awam terutama yang tinggal berhampiran Sungai Buloh. Selain itu, Unit  ini turut menjadi pilihan kakitangan hospital, pesakit,  pelajar kolej dan komuniti berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kesihatan.

Visi

Komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti kepada pesakit.

Misi

Memberi perkhidmatan yang berfokus ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

Objektif

  • Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit dalam aspek pemulihan dan perawatan. 
  • Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit. 
  • Untuk memberi kemudahan informasi kesihatan kepada pesakit dan keluarga, anggota hospital dan orang awam. 
  • Untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan melalui kempen-kempen kesihatan dan kawalan penyakit.  

Piagam Pelanggan

  • Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan.
  • Memastikan setiap permohonan pelanggan yang diterima dipenuhi mengikut kehendak pelanggan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
  • Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan diterima.
  • Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pesakit.
  • Menerbit, mencetak dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
  • Memberi informasi kesihatan yang cepat, tepat dan terkini.
  • Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubatan tingkahlaku kesihatan yang positif.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok.
  • Kelas Pendidikan Pesakit.
  • Program Aktiviti Fizikal.
  • Penerbitan bahan-bahan pendidikan dan promosi kesihatan.
  • Aktiviti-Aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat.
  • Sambutan Hari-Hari Khas Kesihatan.
  • Perkhidmatan rundingan berhubung penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan / pesakit.
  • Pameran Pendidikan Kesihatan.
  • Latihan / bengkel pendidikan pesakit.
  • Promosi Kempen Pendermaan Organ.
  • Promosi Hospital Mesra Ibadah.

Aktiviti Terkini Jabatan

Hari
Aktiviti
Masa
Tempat
Isnin hingga Jumaat Perkhidmatan Berhenti Merokok 9.00 pagi - 4.00 petang Unit Pendidikan Kesihatan

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Puan Wan Ermiyati Binti Wan Mohamad Ketua Unit 5251 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Puan Nurul 'Izzati Zawanah Binti Zakran Pegawai Pendidikan Kesihatan 5260 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Encik Ahmad Fauzan Bin Poadi Pembantu Tadbir 5252 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.