Jabatan Kerja Sosial Perubatan
Pengenalan
Jabatan Kerja Sosial Perubatan merupakan jabatan yang merealisasikan perkhidmatan sokongan kepada perkhidmatan perubatan utama di Hospital Sungai Buloh. Lokasi jabatan adalah di Aras 2, Blok A bersebelahan dengan Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh.
Jabatan Kerja Sosial Perubatan beroperasi sepenuhnya dengan diketuai oleh Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S48), 4 orang Pegawai Kerja Sosial Perubatan (S44), 1 orang Pembantu Pembangunan Masyarakat (S19), 1 orang Pembantu Tadbir (N19) serta 1 orang Pembantu Perawatan Kesihatan (U11).
Sasaran jabatan adalah pesakit yang menerima rawatan di Hospital Sungai Buloh dan dikategorikan sebagai pesakit yang tidak berkemampuan untuk menanggung kos rawatan atau pesakit yang memerlukan terapi sokongan.
Misi
Memberi khidmat psikososial yang cemerlang melalui bantuan praktik dan terapi sokongan.
Visi
Memastikan keperluan psikososial pesakit, keluarga dan komuniti dipenuhi bagi mencapai kesihatan yang lebih baik.
Objektif
- Memberi perkhidmatan psikososial kepada pesakit semasa proses pencegahan, rawatan dan pemulihan.
- Membantu memulihkan kefungsian sosial agar pesakit menjadi produktif, berdikari dan dapat kembali kepada komuniti selaras dengan batas keupayaan mereka.
- Meningkatkan keyakinan diri ke arah memperkasakan pesakit melalui khidmat terapi sokongan.
Perkhidmatan Yang Disediakan
Perkhidmatan Kerja Sosial Perubatan disediakan untuk pesakit dalam dan pesakit luar di Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan ini merangkumi:
- Pengurusan Bantuan Praktik
- Bantuan Kewangan (peralatan/ubatan/rawatan/am).
- Penempatan Institusi.
- Mengesan Waris.
- Pengurusan Bantuan Terapi Sokongan
- Khidmat Perundingan.
- Sokongan Emosi.
- Intervensi Krisis.
- Bantuan Praktik dan terapi sokongan diberikan kepada kes-kes berikut, antaranya:
- Pendengaran dan Pengabaian Kanak-kanak
- Ibu Tanpa Nikah
- Keganasan Rumahtangga
- Jenayah Seksual
- Pesakit Akut dan Kronik
- Orang Kurang Upaya (OKU)
- HIV Positif / AIDS
- Ketagihan Dadah / Alkohol
Waktu Operasi
Hari
|
Masa
|
Waktu Rehat
|
---|---|---|
Isnin hingga Jumaat (Cuti pada hari Sabtu, Ahad dan Cuti Umum) |
8.00 pagi hingga 5.00 petang |
1.00 petang - 2.00 petang (Isnin - Khamis) 12.15 tengah hari - 2.45 petang (Jumaat) |
Direktori
Talian Utama | : | 03-6145 4281 / 03-6145 4333 samb. 2240 |
Faks | : | 03-6145 4222 |
No
|
Nama
|
Jawatan
|
Samb
|
Email
|
---|---|---|---|---|
1 | Puan Rosalina Binti Sabirin | Ketua Jabatan Kerja Sosial Perubatan |
4286 |
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
2 | Puan Salasiah Binti Man | Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 | 4287 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
3 | Puan Roslina Binti Sudin | Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 | 4291 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
4 | Puan Syamsyihana Binti Ghazali | Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 | 2256 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |
5 | Puan Nur Hanani Bitni Mohd Nasir | Pegawai Kerja Sosial Perubatan S44 | 4282 | Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya. |