LOCKER4U

  farmasi locker4u

  1. LOCKER4U merupakan inisiatif Program Perkhidmatan Farmasi melalui Perkhidmatan Nilai Tambah berkonsepkan penggunaan loker berkunci di mana pesakit boleh mendapatkan ubat susulan di loker yang ditetapkan di luar Farmasi Klinik Pakar 1 (Bangunan Utama), Hospital Sungai Buloh di luar waktu pejabat.
  2. Pesakit yang mempunyai ubat jenis psikotropik/dadah berbahaya dan ubat perlu simpan dalam peti sejuk tidak boleh menggunakan perkhidmatan LOCKER4U.
  3. Waktu operasi program ini adalah dari 12.00 tengah hari hingga 12.00 tengah malam setiap hari Isnin hingga Jumaat.

 Cara menempah tarikh pengambilan ubat ‘LOCKER4U’

  • Klik pautan https://Locker4UHSgB.wasap.my/ dan isi borang tempahan pengambilan ubat yang disertakan dalam pautan di atas SELEWAT-LEWATNYA EMPAT(4) HARI BEKERJA seperti jadual di bawah :

 

Hari Tempah Ubat Hari Ambil Ubat
ISNIN JUMAAT
SELASA ISNIN minggu seterusnya
RABU SELASA minggu seterusnya
KHAMIS RABU minggu seterusnya
JUMAAT KHAMIS minggu seterusnya

*JADUAL INI TIDAK TERPAKAI SEKIRANYA HARI AMBIL UBAT JATUH PADA HARI CUTI KELEPASAN AM

  • Sila baca syarat-syarat dan prosedur yang tertera di dalam borang tersebut
  • Pesakit akan menerima nombor loker dan nombor kod DUA (2) HARI SEBELUM tarikh pengambilan ubat melalui SMS dari pihak farmasi
  • Pesakit perlu menunjukkan SMS yang diterima kepada Pengawal Keselamatan sekiranya diminta semasa mengambil ubat