Jabatan Farmasi

Pengenalan

Jabatan Farmasi menyediakan penjagaan farmaseutikal (pharmaceutical care) secara individu kepada pelanggan/pesakit di hospital dengan memfokuskan kepada praktis farmasi klinikal. Jabatan ini mengawal penggunaan ubat secara rasional di dalam hospital dan membantu dalam proses perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan serta persediaan farmaseutikal kepada wad-wad dan unit-unit di hospital.

Jabatan Farmasi juga menyediakan perkhidmatan di dalam hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dalam semua perkara yang berkaitan dengan ubat-ubatan atau rawatan dan menyediakan Formulari Ubat – Ubatan Hospital yang dikemaskini serta diluluskan oleh Jawatankuasa Ubat - Ubatan Hospital.

Lokasi Jabatan Farmasi merangkumi Tingkat 1 yang menempatkan Unit Farmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi Pesakit Dalam dan Unit Perolehan dan Pembekalan. Farmasi Jabatan Kecemasan pula ditempatkan di Tingkat 2 dan Unit Farmasi Satelit ditempatkan di Tingkat 3, Tingkat 5 dan Tingkat 7 dan merangkumi Unit Farmasi di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)

Pengurusan keseluruhan jabatan ini adalah dibawah tanggungjawab Ketua Pegawai Farmasi (Pegawai Farmasi UF54).

Pencapaian Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan berusaha untuk mencapai seperti berikut:

  • Mendapat bekalan ubat dalam tempoh 30minit jika perskripsi yang diterima lengkap dan tidak bermasalah
  • Mendapat kaunseling ubat-ubatan mengikut keperluan dan permintaan

Misi

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang bermutu lagi dinamik sejajar dengan kehendak pelanggan agar lebih profesionalisma, penyayang serta berdisplin tinggi.

Visi

Memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik, berkualiti dan cekap demi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

Objektif Jabatan

  • Membantu pesakit mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang optima bagi membolehkannya menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial yang produktif melalui perkhidmatan yang berkualiti.
  • Menyediakan perkhidmatan farmasi secara professional dan terkini mengikut keperluan pesakit.
  • Meningkatkan perkhidmatan perolehan dan bekalan ubat-ubatan secara berterusan demi keperluan pesakit Hospital Sungai Buloh.

Objektif Bahagian/Unit

Farmasi Klinik Pakar:

  • Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optima dengan membekalkan ubat-ubatan secara tepat dan cepat

Farmasi Pesakit Dalam:

  • Untuk mewujudkan sistem pendispensan ubat yang berkesan kepada setiap wad dan unit secara cepat dan tepat, mengurangkan kos perbelanjaan ubat dan mengurangkan pembaziran ubat melalui sistem pemantaun penggunaan ubat.

Farmasi Pengeluaran - Aseptik dan Bukan Aseptik:

  • Untuk menghasilkan produk ubat-ubatan (aseptik dan bukan aseptik) yang selamat, efektif and berkualiti.

Farmasi Stor Ubat:

  • Untuk memastikan pembekalan ubat-ubatan adalah kos efektif, mencukupi dan berterusan dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang berpatutan.

Perkhidmatan

  • Farmasi Logistik
  • Farmasi Klinik Pakar (FKP 1 & FKP 2)
    • Perkhidmatan Tambah Nilai (Value-added service VAS)
      • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
      • Ubat Melalui Post (UMP)
      • Sistem Temujanji:
        1. Locker4u (FKP 1 sahaja)
        2. Park & Take (FKP 2 sahaja)
  • Farmasi Unit Kecemasan (ED)
  • Farmasi Pesakit Dalam
  • Farmasi Satelit ( Satelit 3, 5 dan 7)
  • Farmasi Klinikal (Farmasi Wad, Therapeutic Drug Monitoring (TDM) , Total Parenteral Nutrition (TPN), IV Admikstur, Sediaan Titis Mata dan Acute Pain Service)
  • Farmasi Pengeluaran dan Pra-bungkus
  • Farmasi Pusat Sumber dan Maklumat
  • Medication Therapy Adherence Clinic (MTAC) – Retroviral Disease (RVD), Diabetes, Warfarin, Psikiatri, Respiratori & Geriatrik.
  • Farmasi Pusat Kawalan Kusta Negara (Klinik Pakar Perubatan & Rehabilitasi dan Farmasi Bekalan Wad)
  • Farmasi Terapi Methadone Gantian Methadone

Waktu Perkhidmatan

FarmasiWaktu PerkhidmatanValue Added Services

Farmasi Klinik Pakar 1 (Bangunan Utama, Hospital Sungai Buloh)

Ext / Samb : 4102 / 4104 / 4105

Isnin - Jumaat
7.30 pagi - 5.30 petang 


(Pendaftaran untuk ubat susulan ditutup pada jam 5.00 petang)

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
TUTUP
    • Sistem Pendispensan Ubat Bersepadu (SPUB)
    • Ubat Melalui Pos (UMP)
    • Locker4u
      • Isnin - Jumaat (12.00 tengah hari - 12.00 tengah malam)

Farmasi Unit Kecemasan:

Ext / Samb : 3204

  • Buka setiap hari (24 jam)

Farmasi Klinik Pakar

(Pusat Kawalan Kusta Negara)

No. Telefon : 03-61561321 (samb. 2350)


Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.00 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
Tutup

 

  • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
  • Ubat Melalui Pos (UMP)
  • Perkhidmatan Park & Take
    • Isnin - Khamis (10.00 pg – 12.30 tghari, 2.00 pg-4.30 ptg)
    • Jumaat (10.00 pg – 12.30 tghari, 3.00 ptg – 4.30 ptg)

Farmasi Pesakit Dalam

Ext / Samb : 4110


Setiap Hari
8.00 pagi - 10.00 malam

Farmasi Pusat Sumber dan Maklumat

Ext / Samb : 4126


Isnin - Jumaat
8.00 pagi - 5.00 petang

Catatan:
Untuk sebarang pertanyaan mengenai ubat - ubatan, sila hubungi Farmasi Pusat Sumber dan Maklumat

Farmasi Terapi Gantian Methadone

(Pusat Kawalan Kusta Negara)

No. Telefon : 03-61561321 Samb. 2287


Isnin - Khamis
8.00 pagi - 1.00 petang

Jumaat
8.00 pagi - 12.15 petang

Sabtu, Ahad & Cuti Umum
8.00 pagi - 11.30 pagi

 

 

 

Direktori

 Talian Utama 03-61454333 
 Faks  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Syamhanin Binti Adnan Ketua Jabatan 4117 syamhanin[at]moh.gov.my
2 Nurul Adha Binti Othman Pegawai Farmasi UF54 4108 nuruladha[at]moh.gov.my
3 Faiszah bt Hamzah Pegawai Farmasi UF54
Farmasi Logistik
4161 faiszah[at]moh.gov.my
4 Fazleena Binti Zainal Abidin Pegawai Farmasi UF54
Farmasi Pesakit Dalam
4116 fazleena[at]moh.gov.my
5 Hasnur Syafeeza Binti Hassan Pegawai Farmasi UF54
Farmasi Klinik Pakar 1
4104 hasnursyafeeza[at]moh.gov.my
6 Fuadah Binti Othman Pegawai Farmasi UF54
Farmasi Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)
03-61561321
(samb. 2230)
fuadah[at]moh.gov.my
7 Azura Binti Omar Pegawai Farmasi UF54
Farmasi Pusat Sumber dan Maklumat
4126 azuraomar[at]moh.gov.my
8 Chong Pei Feng Pegawai Farmasi UF54
Farmasi Klinikal
4124 chongpeifeng[at]moh.gov.my
9 Lee V' Joon Pegawai Farmasi UF52
Farmasi Pengeluaran/Aseptik
4122 leevjoon[at]moh.gov.my