A- A A+
   Pilihan warna  A A       Jenis Font   PT Sans | Reset

ispaaa en

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

Pengenalan

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh telah mula beroperasi sejak 15 Mac 2007 sebagai salah satu komponen perkhidmatan kesihatan di Hospital Sungai Buloh. Pada mulanya jabatan ini hanya dianggotai oleh seorang Pakar Psikiatri, seorang Pegawai Perubatan dan 2 orang Jururawat Masyarakat. Sehingga kini, terdapat seramai 60 orang staf pelbagai kategori yang menggerakkan perkhidmatan di jabatan ini.

Aspek penekanan kami ialah bidang Psikiatri sebagai salah satu bidang dalam disiplin perubatan. Sewajarnya semua pesakit di dalam catchment area boleh menerima rawatan dengan mudah dan cepat, mengurangkan stigma terhadap penyakit mental dan kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan. Ini sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendefinisikan kesihatan sebagai Physical, Mental and Social Well Being.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pelanggan akan di beri layanan yang mesra dan profesional.
  • Setiap kes baru akan di beri tarikh temujanji dalam tempoh 6 minggu dengan mengutamakan kes-kes kecemasan.
  • Setiap pelanggan akan di periksa oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 90 minit selepas pendaftaran.
  • Setiap kes rujukan dari wad-wad akan di lihat oleh Pegawai Perubatan dalam tempoh 24 jam.
  • Kes rujukan lawatan ke rumah akan di periksa dalam masa satu minggu dari tarikh rujukan.
  • Semua kes metadon akan di periksa oleh Pegawai Perubatan dan dimasukkan ke dalam program mengikut kesesuaian.
  • Setiap pelanggan yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di Hospital Sungai Buloh akan dirujuk ke hospital lain mengikut kesesuaian.
  • Kerahsiaan maklumat setiap pelanggan sentiasa dihormati dan di jaga dengan baik.

Misi

Menyediakan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang berkualiti untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akut dan kronik agar dapat menikmati kehidupan yang bermutu.

Visi

Melahirkan satu masyarakat warga kota yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, dan memberi penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial.

Objektif Jabatan

  • Memberi khidmat psikiatri kepada masyarakat setempat dari segi diagnosa, rawatan dan terapi sokongan.
  • Memberi sokongan kepada jabatan lain dan organisasi-organisasi berkepentingan bagi memberi rawatan dan rehabilitasi psikososial yang berkesan.
  • Memberi pendidikan berkenaan kesihatan mental kepada pesakit dan keluarga pesakit.
  • Mengajar pelajar perubatan di pelbagai peringkat yang ditempatkan di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sungai Buloh.
  • Menjadikan Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental sebagai pusat penyelidikan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar.
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam.
  3. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti.
  4. Perkhidmatan Konsultasi.
  5. Perkhidmatan Klinik Metadon.
  6. Perkhidmatan Psikiatri Kanak – Kanak & Remaja.
  7. Perkhidmatan Psikiatri Warga Emas dan Klinik Memori.
  8. Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif.
  9. Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Kerajaan.
  10. Klinik Saringan Minda, Rehabilitasi Psikososial dan Program Sokongan Pekerjaan di Pusat Kesihatan Mental Masyarakat (PKMM - MENTARI Sungai Buloh).
  11. Perkhidmatan Klinik Psikiatri Pelawat di Hospital Tanjung Karang dan Penjara Sungai Buloh.
  12. Perkhidmatan Psikoterapi.
  13. Program Family Link.
  14. Klinik Virtual.

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Chin Loi Fei
Ketua Jabatan & Pakar Perubatan Psikiatri 2271 / 4132 dr.fei[at]moh.gov.my
2 Encik Mohd Nasrul bin Che Husin Ketua Penyelia 1219 mohdnasrul.ch[at]moh.gov.my

Senarai Wad / Unit

No
Unit
Lokasi
Samb
1 Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental Kaunter 1214
2 Wad Lelaki Wad 32 03-61561321 Ext: 2258
3 Wad Perempuan Wad 33 03-61561321 Ext: 2273
4 Klinik Methadone PKKN 03-61561321 Ext: 2341
5 Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Wad 88 03-61561321 Ext: 2341
6 MENTARI Blok A-01-11 Kompleks Kuarters Integrasi HSB 03-61402364
7 Komuniti Psikiatri (CPU) Blok A-01-12 Kompleks Kuarters Integrasi HSB  

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

Pengunjung Hari Ini: 431

Jumlah Pengunjung: 2483952

Image