A- A A+
   Pilihan warna  A A       Jenis Font   PT Sans | Reset

ispaaa en

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Jabatan Dermatologi

Pengenalan

Jabatan Dermatologi adalah salah satu jabatan yang merawat dan memberi penjagaan terapeutik penyakit kulit termasuklah penyakit kusta yang dirujuk daripada pusat-pusat kesihatan tertentu yang berdekatan dengan Hospital Sungai Buloh. Klinik Dermatologi bertempat di dalam Klinik Perubatan 1 Aras 2. Selain daripada itu, pesakit dermatologi yang memerlukan penjagaan intensif kulit akan dimasukkan ke wad medikal Hospital Sungai Buloh.

Pencapaian Piagam Pelanggan

  1. Memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan penyayang dengan mengutamakan pelanggan.
    • Waktu menunggu untuk pendaftaran < 10 minit
    • Waktu menunggu untuk berjumpa Doktor < 90 minit
    • Waktu menunggu untuk temujanji < 2 minggu
      *(Bagi kes baru tidak segera)
  2. Menyediakan persekitaran yang menyenangkan pelanggan luar dan dalam.
  3. Bersemangat kerja berpasukan dan profesionalisma dalam semua proses-proses kerja.

Misi

Bekerjasama dengan masyarakat bagi meningkatkan dan mengekalkan status kesihatan secara umum terutamanya kesihatan kulit melalui aktiviti-aktiviti promosi, pencegahan, perawatan dan pemuliharaan.

Visi

Malaysia akan menjadi sebuah negara yang terdiri daripada individu, keluarga dan komuniti yang sihat, dimana penyakit kulit bukan merupakan masalah kesihatan yang utama disebabkan oleh penglibatan masyarakat yang berpengetahuan melalui perkhidmatan dermatologi yang berkualiti tinggi, senang diperolehi dan juga mampu untuk semua.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Klinik Pesakit Luar seperti
    • Perkhidmatan rawatan dan kaunseling untuk pesakit-pesakit kulit yang baru serta kepentingan rawatan susulan kepada pesakit-pesakit ulangan.
    • Memberi khidmat nasihat bagi pesakit penyakit kronik kulit.
    • Memberi khidmat nasihat mengenai pencegahan penyakit kulit.
    • Melakukan prosedur khas di Klinik Dermatologi seperti Patch Test, Intralesional Kenacort Injection for Keloid dan Prosidur Torehan Kulit (PKKN)
  2. Unit Rawatan Harian (Daycare) : Melakukan prosedur-prosedur seperti
    • Biopsi Kulit
    • Pairing and Cryotherapy
    • Cryotherapy
    • Electrocautery

Direktori

Talian Utama :  03-61454333 (Hospital Sungai Buloh), Sambungan : 1295 (Klinik Dermatologi)
Faks :  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Norli Marwyne binti Mohammed Noor Ketua Jabatan 1286 -

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

Pengunjung Hari Ini: 44

Jumlah Pengunjung: 2509798

Image