Full Paying Patient (FPP)

NORMA BARU HOSPITAL SUNGAI BULOH

  • Pesakit Luar - TIADA peneman dibenarkan masuk semasa temujanji klinik kecuali seorang (1) peneman untuk pesakit kanak-kanak atau pesakit yang memerlukan bantuan atau kes kecemasan.
  • Pesakit Dalam - TIADA pelawat / peneman dibenarkan masuk ke dalam wad kecuali bagi kes kecemasan dan sangat memerlukan.

 

PENGENALAN

  • Perkhidmatan Full Paying Patient telah ditubuhkan di Hospital Sungai Buloh pada penghujung tahun 2015 sebagai perluasan fasa pertama Perkhidmatan FPP yang telah dimulakan oleh Hospital Rintis Putrajaya dan Selayang sejajar dengan garis panduan dan Akta Fi FPP 2007.
  • Polisi hospital adalah merangkumi waktu lawatan, sekatan lawatan kanak-kanak berusia 12 tahun dan kebawah, harus dipatuhi oleh semua pesakit yang menerima perkhidmatan FPP.

 

FAEDAH MEMILIH PERKHIDMATAN FPP

  • Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar untuk merawatnya
  • Kemudahan giliran untuk mendapat rawatan.
  • Pesakit Dalam boleh menikmati beberapa kemudahan di wad kelas satu atau yang setaraf.
  • Semua kemudahan yang akan diberi adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti yang tertakluk di Hospital Sungai Buloh.

KELAYAKAN MENDAPATKAN PERKHIDMATAN FPP

  • Warganegara / Warga Asing dan Penduduk Tetap
  • Kakitangan kerajaan yang memilih perkhidmatan FPP
  • Kakitangan korporat / sektor swasta dimana pihak majikan / organisasi bersetuju dengan pembiayaan kesemua kos rawatan

MENU BAGI PESAKIT FPP

Pesakit FPP akan dihidangkan diet berdasarkan pada menu FPP yang sedia ada dengan pilihan

  • Vegetarian
  • Non vegetarian 

TERMA DAN AKUJANJI PESAKIT FPP

  • Bersetuju dengan semua kos rawatan yang dicaj oleh pihak hospital
  • Menandatangani perjanjian persetujuan terima perkhidmatan FPP

 

PERKHIDMATAN PAKAR YANG DITAWARKAN MELALUI FPP

  • Perkhidmatan Pesakit Luar
  • Perkhidmatan Pesakit Dalam (Hanya elektif sahaja)
  • Perkhidmatan Pesakit Jagaan Harian

 

PERKHIDMATAN KEPAKARAN

  • Ortopedik dan Traumatologi
  • Obstetrik dan Ginekologi
  • Oftalmologi
  • Bedah Mulut / Maksilofasial
  • Otorinolaringologi (ENT)
  • Pergigian Kanak-kanak
  • Perubatan Am
  • Perubatan Rehabilitasi
  • Pembedahan Am
  • Pembedahan Neuro
  • Radiologi Intervensi

 

PERKHIDMATAN KEPAKARAN SOKONGAN

  • Anestesiologi dan Rawatan Rapi
  • Pengimejan Diagnostik
  • Patologi
  • Perubatan Pediatrik

 

PENDAFTARAN

Cara mendapatkan perkhidmatan FPP

  •  “ Walk in” / hadir sendiri ke kaunter umum untuk memperolehi informasi
  • Surat rujukan dari pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta

 

Waktu pendaftaran

  • Hari Bekerja (2.00 ptg - 5.00 ptg ) 
  • Bukan hari bekerja /cuti umum : Tiada Perkhidmatan

 

Pendaftaran ke FPP 

  • Borang Persetujuan Penerimaan Perkhidmatan FPP
  • Kad pengenalan diri (I.C) Identity Card / Surat kelahiran / Visa/ Pasport
  • Guarantee Letter (GL) dari syarikat atau syarikat insuran dengan berkelayakan mendapatkan perkhidmatan FPP.
  • Deposit
  • Surat Rujukan / kad appointment
  • Buku rekod kesihatan Ibu

*Catatan: Pesakit yang ingin memilih perkhidmatan FPP, diwajibkan menandatangani perjanjian persetujuan terima perkhidmatan FPP

 

Borang pendaftaran FPP

Borang Setuju Terima Perkhidmatan FPP.pdf

 

DEPOSIT

* Pesakit dikehendaki membayar deposit mengikut kadar yang ditetapkan.

Kes
Deposit 

Kemasukan ke wad untuk tujuan prosedur/ pembedahan

RM 5,000 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi

Kemasukan ke wad untuk tujuan penyiasatan seperti (MRI, CT- Scan dengan bius dan sebagainya)

RM 3,000 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi
Kemasukan ke pusat rawatan harian untuk tujuan prosedur/ pembedahanRM 3,000 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi

  

PERHATIAN

Bagi pesakit yang membawa surat jaminan (GL) dari syarikat swasta/ syarikat insuran yang berdaftar dengan KKM (Kementerian Kesihatan Malaysia) tiada deposit dikenakan.

Walaubagaimanapun, mana - mana caj rawatan yang tidak dilindungi di bawah surat jaminan tersebut, maka pesakit perlu membayar sendiri kepada pihak hospital.

 

TAMBAHAN DEPOSIT

  • Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan bakinya tidak kurang daripada RM 1,000.
  • Surat peringatan untuk penambahan deposit akan dikeluarkan kepada pesakit/ waris sekiranya mendapati baki deposit kurang dari RM 1,000.
  • Penambahan bayaran perlu dilaksanakan dalam jangka masa 24 jam dari tarikh penerimaan surat peringatan tersebut.

 

PEMBAYARAN / CAJ HOSPITAL

  • Pesakit disarankan untuk membuat pembayaran semasa pendaftaran dan konsultasi seperti yang dinyatakan dibawah.
  • Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah:
    • Kad kredit/ Debit
    • Tunai
    • Cek terhad kepada syarikat yang berdaftar (bukan individu)
    • Kiriman wang, Kiriman pos, Kiriman juruwang
    • Cek bank, Draf bank, Kiriman bank
    • Surat jaminan/ GL dari syarikat/ syarikat insurans yang berdaftar dengan KKM berserta Borang Persetujuan Penerimaan yang telah disahkan oleh syarikat atau syarikat insurans.

 

PENGECUALIAN BAYARAN

  • Tiada pengecualian bayaran dibenarkan di bawah perkhidmatan FPP

 

PENYEMPURNAAN RAWATAN

  • Semua pesakit dalam yang memilih mendapatkan perkhidmatan FPP sehingga rawatan selesai ataupun terus mendapatkan perkhidmatan FPP sebagai pesakit luar, perlu menjelaskan bayaran sebelum mengambil ubat yang dipreskripsi atau sebelum diberikan temujanji untuk rawatan ulangan.
  • Resit bayaran hanya akan dikeluarkan kepada pesakit perkhidmatan FPP selepas bayaran untuk semua caj berkaitan dijelaskan.

 

PERTIKAIAN BAYARAN

Sebarang pertikaian megenai bayaran perlulah dibuat secara bertulis kepada urusetia FPP selepas menjelaskan bayaran untuk rawatan yang diberikan atau prosedur yang dijalankan sebagai pesakit perkhidmatan FPP, sekiranya penjelasan secara lisan tidak mencukupi.

* Perhatian

  • Pesakit akan dikenakan caj pendaftaran semula bagi setiap perkhidmatan yang berbeza ( pesakit luar/ pesakit harian/ pasakit dalam)

 

1.  CAJ PENDAFTARAN 

Pesakit Baru

RM 10.00 

Pesaki UlanganTIADA

 

 2.  CAJ PERUNDINGAN

  • Pesakit Luar
Pesakit Baru

RM 100.00 

Pesaki UlanganRM 60.00 
  • Pesakit Dalam (Caj Lawatan)

 Jenis Caj

 Waktu Pejabat
8.00 pagi - 5.00 petang

Selepas Waktu Pejabat
/ Cuti Umum

Perundingan

RM 60.00

RM 120.00

Perundingan Jagaan Intensif

RM 90.00

RM 180.00

 

 

3.  CAJ HOSPITAL

  • Katil Pesakit Dalam

 

 Jenis Bilik/ Katil 

(Setiap Hari)

Bilik Kelas Pertama (Satu Katil)

RM 160.00

Bilik Kelas Pertama (Dua Katil)

RM 130.00

Bilik Kelas Pertama (Empat Katil)RM   80.00
  • Katil Jagaan Harian / Intensif

 

 Jenis Bilik/ Katil

(Setiap Hari)

Jagaan Harian

RM   70.00

Jagaan Intensif / Kritikal

RM 400.00 (Maksimum 14 hari)

Jagaan Koronari

RM 400.00 (Maksimum 14 hari)

Jagaan Intensif  Neonatal

RM 200.00 (Maksimum 14 hari)

Berkepentingan Tinggi

RM 160.00 (Maksimum 14 hari)

 

  • Dewan Bedah  / Bilik Bersalin  / Angio Suite 

Kemudahan lain

Fi

Bilik Pembedahan/Angio Suite

RM 250.00 setiap jam/ sebahagian daripadanya

Bilik BersalinRM 250.00 setiap kelahiran

 

4.  CAJ- CAJ LAIN YANG DIKENAKAN

Caj Penyiasatan
Caj Tatacara
Caj Rawatan
Caj Laporan Perubatan
Caj Ubatan
Caj Barang Pakai Buang

 

WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN / RAWATAN / DISCAJ

1. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR

  • Hari Bekerja - 2:00 petang - 5:00 petang
  • Hari Sabtu/ Cuti Umum - tiada perkhidmatan

 

2. PERKHIDMATAN PESAKIT JAGAAN HARIAN

  • Hari Bekerja – setelah selesai merawat pesakit awam dan perkhidmatan berakhir sebelum jam 7:00 petang.
  • Hari Sabtu / Cuti Umum - tiada perkhidmatan

 

3. PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

  • Perundingan dilakukan setelah selesai merawat pesakit awam.
  • Tatacara Pembedahan dan Perubatan yang memerlukan kemudahan Bilik Bedah hanya boleh dilakukan selepas waktu pejabat kecuali kes-kes kecemasan dan kes-kes tertentu selepas dipertimbangkan dan mendapat kebenaran Pengarah Hospital.

 

4. DISCAJ

  • Hari bekerja (8.00 pagi - 9.00 malam)
  • Hari Sabtu/ Ahad / Cuti Umum (8.00 pagi - 6.00 petang)

* Pembayaran boleh dibuat di Kaunter Utama diaras 2

  

PENAMATAN PERKHIDMATAN FPP

  • Sekiranya pesakit/ waris tidak menjelaskan bayaran tambahan deposit seperti yang diarahkan sebelum 12.00 tengahari pada hari berikutnya, petugas hendaklah menghubungi wad supaya pesakit ditukarkan ke wad kelas mengikut kelayakan ataupun kelas yang dipersetujui oleh pesakit.
  • Walaubagaimanapun, pesakit mesti terlebih dahulu menjelaskan bil sepenuhnya semasa berada dalam perkhidmatan FPP. Pertukaran wad adalah mengikut peraturan sedia ada di hospital.
  • Sekiranya pesakit ingin menarik diri dari meneruskan perkhidmatan FPP ini, (Borang Berhenti Perkhidmatan FPP) boleh ditandatangani selepas menjelaskan bayaran rawatan yang tertunggak.

 

Borang berhenti  FPP

Borang Berhenti Perkhidmatan FPP.pdf

 

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Email
1 Dr. V. Shamalaa Devi a/p Vadivelu
Pengurus FPP drv.shamalaa[at]moh.gov.my