Jabatan Radiologi

Pengenalan

Jabatan Radiologi menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik dan prosedur terapeutik invasif tertentu untuk pesakit dalam, pesakit luar, pesakit rawatan harian dan pesakit dari Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit-pesakit dari klinik dan hospital lain.

Misi

Bermatlamat untuk menyediakan Perkhidmatan Radiologi yang berkualiti  melalui personal yang bersikap penyayang, professional dan berdedikasi melalui penggunaan teknologi sedia ada secara optimum dan bersesuaian.

Visi

Untuk menyediakan Perkhidmatan Radiologi yang berkualiti.

Objektif Jabatan

Menyediakan khidmat sokongan klinikal dengan melakukan pemeriksaan pengimejan diagnostik dan prosedur terapeutik ke atas pesakit yang dirujuk dengan objektif membantu doktor dalam pengurusan pesakit dengan membuat diagnosa yang cepat dan tepat. Perkhidmatan ini membantu doktor menilai tahap perkembangan penyakit atau rawatan yang dijalankan. Perkhidmatan ini juga melibatkan prosedur “Interventional” sebagai salah satu langkah terapeutik. Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi Perkhidmatan Radiologi dari hospital-hospital Kementerian Kesihatan Malaysia serta klinik kesihatan tertentu dalam negeri Selangor.

Perkhidmatan Yang Disediakan

 BIL MODALITI  LOKASI  WAKTU OPERASI 
 1   Radiografi Am  Jabatan Utama  Waktu pejabat
 Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan  24 jam
 Unit Radiologi, PKKN.  Waktu pejabat
 2

Fluoroskopi

 Jabatan Utama
- Perkhidmatan Radiografi Khas menggunakan media kontras pelbagai bahagian.
 Waktu pejabat

Unit Rawatan Harian
- Prosedur pemeriksaan  Endoskopi/ERCP

Waktu pejabat
3

Computed Tomographic Scan (CT Scan)

Jabatan Utama
- Pemeriksaan dilakukan berdasar sistem temujanji untuk kes-kes elektif.

- Prosedur Intervensi Radiologi (CT guided).

Waktu pejabat

Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan
- Pemeriksaan kes-kes kecemasan termasuk kes-kes trauma dan stroke
- Prosedur Intervensi Radiologi (CT guided).

24 jam
4

Pemeriksaan Ultrasound / Ultrasound Doppler 

Jabatan Utama
- Pemeriksaan dilakukan berdasar temujanji untuk kes-kes elektif

- Kes-kes kecemasan dari wad dan klinik dilakukan tanpa temujanji.
- Sebagai Guidance for Therapeutic / Interventional Procedures

Waktu pejabat

Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan
- Kes-kes kecemasan dari Jabatan Kecemasan dan Trauma tanpa temujanji

24 jam

Unit Radiologi PKKN
- Pemeriksaan dilakukan berdasarkan temujanji

Waktu pejabat
5 Mammografi

Jabatan Utama
- pemeriksaan dilakukan berdasarkan temujanji

- Dilakukan bagi kes-kes yang dirujuk dari Klinik Payudara Hospital Sungai Buloh, Klinik Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sungai Buloh, Hospital Tanjong Karang dan Klinik Kesihatan dibawah seliaan.
- Pemeriksaan Intervensi seperti Ductogram Hookwire Localization dan Stereotactic Biopsy Examination

Waktu pejabat
6

Magnetic Resonance Imaging (MRI)

Jabatan Utama
- Pemeriksaan ini dijalankan mengikut temujanji

- Kes-kes kecemasan dilakukan tanpa temujanji.
- Kes-kes tertentu boleh dilakukan dengan bantuan sedasi atau bius umum.

Waktu pejabat & Tugas atas panggilan
7

Angiografi dan Radiologi Intervensi

Unit Radiologi Intervensi, Jabatan  Utama
- Pemeriksaan dijalankan mengikut temujanji untuk kes elektif.
- Kes-kes kecemasan dilakukan tanpa temujanji seperti kes trauma dan strok akut.
- Kes-kes tertentu boleh dilakukan dengan bantuan sedasi atau bius umum.

Waktu pejabat & Tugas atas panggilan
8

Perkhidmatan Radiologi Mobile

Perkhidmatan Radiografi Mudah Gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU, NICU, CCU, HDW, Burn Unit, Forensik, dan Jabatan Kecemasan.

Perkhidmatan Ultrasound Mudah Gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU, NICU, CCU, HDW, Burn Unit, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan.

Perkhidmatan Fluoroskopi Mudah Gerak (Mobile C-Arm) di Dewan Bedah Utama, Unit Rawatan Harian, Dewan Bedah Kecemasan, dan CCU.

Waktu pejabat & Tugas atas panggilan
9

Perkhidmatan Klinik Radiologi

Jabatan Utama

Breast Assessment Clinic
- untuk kes-kes yang dirujuk oleh HSB dan lain-lain hospital untuk penilaian seterusnya.

Musculoskeletal Combined Clinic
- untuk kes-kes yang dirujuk oleh Pakar Ortopedik bagi para-spinal injection, vertebro-plasty.

Interventional Radiology Clinic
-  menerima kes rujukan yang memerlukan perkhidmatan intervensi – Neurovaskular dan Periferi
- Klinik susulan selepas rawatan intervensi

Waktu pejabat

Lokasi Pejabat/Unit

Jabatan Utama Aras 1
Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan Aras 2
Unit Radiologi, PKKN Aras 1, Pusat Kawalan Kusta Negara

Waktu Operasi

Jabatan Utama 7.30 pagi - 5.30 petang
Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan 24 jam
Unit Radiologi, PKKN 8.00 pagi - 5.00 petang

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Rofiah Binti Ali Ketua Jabatan & Pakar Perubatan Radiologi 2099
(P.A)
Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Dr. Zulkifli Zaki Bin Abdul Ghani Pakar Intervensi Neuro Radiologi 2040 -
3 Puan Amita Kaur A/P Kartar Singh Ketua Juru X-Ray Gred U44 2011 -
4 Puan Norfatin Binti Khalid Pegawai Sains (Fizik) C44 2003 -
5 Bilik Temujanji Radiologi - 2002 -