A- A A+
   Pilihan warna  A A       Jenis Font   PT Sans | Reset

ispaaa en

"Cekap Merawat, Prihatin Menjaga"

Jabatan Pergigian Pediatrik

Pengenalan

Jabatan Pergigian Pediatrik merupakan salah satu jabatan yang baru beroperasi di Hospital Sungai Buloh semenjak tahun 2008. Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi kes-kes trauma pergigian serta kes-kes lesi oro-fasial bagi kanak-kanak berumur 0 hingga 16 tahun. Perkhidmatan pakar pergigian pediatrik di hospital ini meliputi kawasan Lembah Klang, Daerah Gombak, Daerah Kuala Selangor dan Daerah Sungai Besar.

Piagam Pelanggan

  • Setiap pesakit akan diberikan rawatan, penjagaan dan pemulihan (rehabilitasi) yang berkualiti di hospital ini.
  • Setiap pesakit yang memerlukan rawatan khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbang rasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa sifat-sifat kemuliaannya akan dipelihara semasa menerima rawatan. Segala maklumat mengenai penyakitnya dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakhluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosedur dan rawatan yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

Misi

Untuk mempertingkatkan kesihatan mulut bayi, kanak-kanak dan remaja sehingga umur 16 tahun melalui langkah-langkah pencegahan, pendidikan dan perkhidmatan rawatan kepakaran pergigian pediatrik secara holistik.

Visi

Menjadi pusat kecemerlangan dalam pengendalian kes trauma pergigian dan rawatan pergigian kanak-kanak berpenyakit berjangkit.

Objektif Jabatan

  • Memberi perkhidmatan yang berkualiti mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dan Kepakaran Pergigian Pediatrik.
  • Menyediakan dan memberi perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik secara menyeluruh kepada semua kes rujukan kanak-kanak berasaskan kepada kaedah pencegahan, konservatif dan kuratif dengan penekanan kepada konsep ‘orally-fit’.

Objektif

Melaksanakan aktiviti-aktiviti pencegahan terhadap masalah utama kesihatan pergigian terutamanya di kalangan kanak-kanak berkeperluan khas melalui khidmat nasihat dan kaedah pencegahan klinikal:

  • Menyampaikan perkhidmatan kepakaran Pergigian Pediatrik dengan memberi tumpuan ke atas pesakit dan mengutamakan kepuasan pelanggan melalui penglibatan aktif semua anggota yang berpengetahuan luas.
  • Memberi latihan dan pembelajaran berterusan kepada anggota professional dan paramedik dalam bidang pergigian pediatrik.
  • Menjalankan program kajiselidik dan audit.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Rawatan kecemasan seperti infeksi akut oro-fasial dan trauma pergigian.
  • Rawatan pesakit dalam – menerima rujukan daripada disiplin-disiplin lain di Hospital Sungai Buloh bagi kes-kes trauma oro-fasial dan perubatan serta patologi mulut.
  • Rawatan pesakit luar seperti konsultasi, rawatan kepakaran pergigian di bawah sedasi oral atau anesthesia setempat serta rawatan bius umum bagi kes-kes ‘severe early childhood caries’ dan patologi mulut.
  • Rawatan / konsultasi serta perbincangan multi-disiplin bidang kepakaran pergigian yang terdiri daripada orthodontik, restoratif, bedah mulut, periodontik dan pergigian pediatrik yang diadakan pada hari Khamis minggu terakhir setiap bulan.

Direktori

Talian Utama  03-61454333 
 Faks  03-61454222

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Azillah binti Mohd. Ali Ketua Jabatan dan Pakar Pergigian Pediatrik 1206 -
2 Dr. Siti Hajar Binti Mohd Yashin Pegawai Pergigian UG52 - drcthajar[at]moh.gov.my
3 Dr. Nursyahira Binti Abdul Shahar Pegawai Pergigian UG52 - drnursyahira.as[at]moh.gov.my
4 T.S.K. Gunasundari Devi Ketua Juruterapi Pergigian U32 - gunasundaridewi[at]moh.gov.my

Paparan terbaik menggunakan Mozilla Firefox dengan resolusi minima 1366x768. Juga boleh dilayari pada telefon pintar atau tablet (Responsive Design)

Pengunjung Hari Ini: 416

Jumlah Pengunjung: 2483937

Image