Jabatan Pembedahan Am

Pengenalan

Jabatan Pembedahan Am memulakan perkhidmatannya pada 11 hb September 2006 merangkumi perkhidmatan Pesakit Dalam, Perkhidmatan Pesakit Luar, Pembedahan Elektif, Pembedahan Kecemasan, Rawatan Endoskopi dan Rawatan Harian.

Jabatan Pembedahan Am menjalankan fungsi-fungsinya melalui 3 unit utamanya iaitu Wad Pembedahan (Wad 5B dan 5C), Daycare Endoscopy/Surgery dan Klinik Pakar Pembedahan. Di pertengahan wabak COVID-19, untuk memenuhi status Hospital Sungai Buloh sebagai Hybrid COVID Hospital, Wad pembedahan 5C telah dialih ke wad 9C buat sementara. Jabatan ini juga menawarkan perkhidmatan sub-kepakaran Colorectal, Upper GI dan Trauma Surgery

Visi

Menjadi sebuah jabatan yang menyediakan perkhidmatan yang perubatan yang professional, mengutamakan pelanggan dan efisien selaras dengan perkembangan keperluan.

Misi

Komited untuk menyediakan perkhidmatan pembedahan yang berkualiti bagi memastikan penyembuhan kesihatan para pelanggan melalui carakerja yang professional dan beretika serta bekerjasama dengan lain-lain perkhidmatan kesihatan yang berkaitan.

Motto Jabatan

SELAMAT DAN TEPAT (SAFE AND SOUND)

Objektif Jabatan

  • Menyediakan kemudahan pembedahan kecemasan dan elektif bagi Pembedahan Am, colorectal, trauma surgery dan Upper GI.
  • Menyediakan penjagaan peri-operatif secara komprehensif berdasarkan inisiatif Patient Safety
  • Menyediakan perkhidmatan pembedahan kuratif dan penjagaan paliatif yang optimum
  • Memperkasa taraf perkhidmatan melalui latihan yang berterusan kepada semua kakitangan jabatan.
  • Menjamin keselamatan persekitaran tempat kerja untuk pesakit dan kakitangan.

Objektif Unit

Klinik Pembedahan Am

  • Menyediakan rawatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan tepat dengan semangat ‘teamwork’ 
  • Melatih semua kategori kakitangan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan dan efisiensi bekerja dalam memberi perawatan yang berkualiti 
  • Mempromosikan pencegahan penyakit dan rawatan awal kepada masyarakat umum
  • Memberi rawatan dalam bidang pembedahan trauma, colorektal, upper GI dan palliatif care

Unit Endoskopi

  • Menyediakan perkhidmatan endoskopi yang berkualiti dan efisien 
  • Menyediakan perkhidmatan endoskopi elektif Hari Isnin ke Hari Jumaat
  • Menyediakan perkhidmatan endoskopi kecemasan 24 jam 
  • Memberikan latihan kepada kakitangan; pegawai perubatan dan paramedic di dalam bidang endoskopi

Wad-Wad Pembedahan Am

  • Menyediakan rawatan diagnostik dan kuratif yang cepat dan tepat dengan semangat ‘teamwork’ 
  • Melatih semua kategori kakitangan untuk meningkatkan ilmu, kecekapan dan efisiensi bekerja dalam memberi perawatan yang berkualiti 
  • Mempromosikan pencegahan penyakit dan rawatan awal kepada masyarakat umum

Piagam Pelanggan

Klinik Pembedahan Am

  • Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan tepat 
  • Kes-kes tenat akan dirawat dengan kadar yang segera 
  • Kes-kes stabil akan dirawat dalam masa 60 minit

Unit Endoskopi

  • Berusaha memberi perkhidmatan yang bersopan, cepat dan selamat 
  • Kes-kes kecemasan diutamakan dan dirawat dengan kadar yang segera 
  • Kes-kes temujanji akan menjalani prosedur dalam masa 60 minit

Wad-Wad Pembedahan Am

  • Memberikan perawatan perioperatif yang cekap, efisien dan selamat 
  • Memastikan kes kecemasan dirawat dengan kadar yang segera mengikut ketenatan 
  • Memastikan penjagaan stoma dan luka pembedahan yang sentiasa optima dan bebas dari infeksi

Jadual Perkhidmatan Pesakit Luar 

Hari
Sesi Klinik
8.00 pagi - 1.00 petang
2.00 petang - 5.00 petang
Isnin Rawatan Kepakaran Pesakit Luar Upper GI
(Kes Baru & Ulangan)
Pembedahan Daycare (Minggu 1)
MO Clinic
Selasa Rawatan Kepakaran Pesakit Luar General Surgery
(Kes Baru & Ulangan)
Klinik FNAC
Klinik Obesity (Minggu ke 3 & 4)
Pembedahan Elektif (LA)
MO Clinic
Klinik Obesity (Minggu ke 3 & 4)
Rabu Rawatan Kepakaran Pesakit Luar Colorectal dan General Surgery
(Kes Baru & Ulangan)
MO Clinic
Khamis Rawatan Kepakaran Pesakit Luar Trauma
(Kes Baru & Ulangan)
Klinik FNAC
Klinik Paliatif
Jumaat Rawatan Kepakaran Pesakit Luar General Surgery
(Kes Baru & Ulangan)
Pembedahan Elektif (LA)
MO Clinic

Direktori

Talian Utama :  03-6145 4333
Faks :  03-6145 4222
  
Klinik :  samb. 1230/1238
Wad 5C :  samb. 4530
Wad 5B :  samb. 4509
Endoscopi :  samb. 1320

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Yap Lee Ming Ketua Jabatan Bedah Am 1233 -