Jabatan Otorinolaringologi

Pengenalan

Jabatan  Otorinolaringologi  (ORL), Hospital Sungai Buloh telah memulakan perkhidmatan pada 15 Ogos 2006,  kepada pesakit yang mempunyai masalah telinga, hidung, tekak, kepala dan leher. Jabatan ini mempunyai unit sampingan iaitu Unit Audiologi dan Unit Terapi Pertuturan.

Pada tahun 2008 Jabatan ini telah dipilih sebagai  pusat  implan koklea kebangsaan (National Cochlear Implantation) untuk Zon Tengah. Pesakit-pesakit dari Wilayah Persekutuan dan Selangor yang mempunyai masalah pendengaran dan sesuai untuk implan koklea akan dirujuk ke jabatan ini untuk rawatan selanjutnya.

Dari segi pembelajaran, Jabatan ORL Hospital Sungai Buloh merupakan salah satu pusat latihan bagi:

  • Sub Kepakaran Otologi
  • Pasca Siswazah Otorinolaringologi
  • Pelajar perubatan
    • Universiti Teknologi Mara (UITM)
    • Management Science University (MSU)
    • Taylor's University
  • Pusat 'attachment' bagi Pelatih Pasca Siswazah Emergency Medicine dan Family Medicine.
  • Pelatih Kejururawatan Kerajaan dan Swasta.
  • Paramedik dan Jururawat yang menjalani pengkhususan perawatan Otorinolaringologi (Pos Basik).
  • Pusat 'attachment' bagi Pelajar Sarjana Muda bagi bidang Audiologi dan bidang Terapi Pertuturan dari Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia dan Universiti Sains Malaysia.

Jabatan ini memperluaskan perkhidmatan dengan mengadakan lawatan Klinik Pakar di Hospital Tanjung Karang dengan kekerapan sebulan sekali.

Semenjak ianya dibuka, Jabatan ini telah berjaya dalam meningkatkan dan memperluaskan skop perkhidmatan ORL.

Misi

  • Memberi perkhidmatan kepada masyarakat dengan kos yang efektif, efisyen dan berkualiti dengan menggunakan teknologi terkini. 
  • Memberi perkhidmatan penyelidikan dan kemudahan berkursus (pembelajaran) kepada Pegawai Perubatan Pelatih dan Paramedik  yang mengikuti bidang ini.

Visi

Jabatan Otorinolaringologi, Hospital Sungai Buloh memberikan perkhidmatan rawatan yang efektif dan berkualiti kepada pesakit yang yang mengalami masalah / penyakit yang berkaitan dengan telinga, hidung dan tekak dengan kakitangan yang terlatih untuk memberikan kepuasan kepada pelanggan.

Objektif Jabatan

Meningkatkan taraf kehidupan pesakit dengan mengatasi masalah otorinolaringologi melalui cara berikut :-

  • Mengesan penyakit dan memberi rawatan kepada pesakit yang dirujuk dari Klinik Pesakit Luar, Klinik Pakar, Pusat Kesihatan Kerajaan serta Pengamal Perubatan Umum.
  • Pemulihan awal bagi mereka yang kekurangan pendengaran.
  • Memberi latihan amali yang mencukupi kepada Pegawai Perubatan.
  • Menjalankan pembedahan kes otorinolaringologi.
  • Mengadakan kemudahan diagnostik yang khas.
  • Memberi pendidikan kesihatan kepada pesakit.

Objektif Unit 

Objektif Unit Pertuturan-Bahasa

  • Menilai, mendiagnosa dan menyediakan pengurusan dan rawatan yang efektif dan efisien kepada individu bermasalah pertuturan, bahasa, komunikasi dan penelanan.
  • Meningkatkan kesedaran masyarakat awam mengenai masalah pertuturan bahasa, komunikasi dan penelanan serta  rawatan yang tepat dan bersesuaian.
  • Mengenal pasti keperluan khusus melangkaui pelbagai populasi dan budaya dengan menyediakan perkhidmatan menyeluruh kepada semua kaum tanpa mengira bahasa, bangsa, agama dan kepercayaan.

Objektif Unit Audiologi 

  • Pengesanan awal masalah pendengaran.
  • Menjalankan intervensi awal kepada individu bermasalah pendengaran.
  • Menjalankan program habilitasi / rehabilitasi bagi individu / golongan yang disahkan mengalami masalah pendengaran.
  • Pencegahan masalah pendengaran.
  • Kualiti hidup pesakit dipulihkan.

Perkhidmatan yang Disediakan

  1. Klinik Pakar ORL bagi pesakit luar yang dirujuk yang mengalami masalah ORL.
  2. Melakukan Pembedahan ORL kepada pesakit yang mempunyai masalah ORL samada secara bius setempat (LA) atau bius umum (GA). 
  3. Klinik Ujian Alergi (Allergic Skin Prick test) –  Di mana ujian dilakukan pada bahagian lengan untuk mengenalpasti jenis alergi yang dihadapi oleh pesakit yang mempunyai Allergic Rhinitis.
  4. Klinik Fine Needle Aspiration Cytology (FNAC) – Ini adalah non invasive procedure di mana tisu diambil dengan menggunakan cara teknik aspirasi sel.  Diagnosis bagi kebengkakan atau ketumbuhan pada kepala dan leher dapat dikenalpasti dengan menggunakan kaedah ini. Prosedur ini dijalankan dengan  kerjasama daripada Jabatan Patologi.
  5. Klinik Obstructive Sleep Apnea (OSA). – Pesakit yang mempunyai masalah Sleep Apnea akan disaring, diikuti dengan sleep study test dan seterusnya memberi rawatan samada perubatan atau pembedahan.
  6. Klinik Head & Neck Cancer - Pesakit yang disahkan menghidap barah di bahagian hidung, tekak, telinga atau leher akan diberi rawatan di klinik khas ini. Klinik khas ini meluangkan lebih masa untuk kaunseling kepada pesakit dan keluarganya.
  7. Klinik Vestibular - Menyediakan perkhidmatan pemeriksaan fizikal sistem vestibular serta ujian-ujian khas seperti video Nystagmography (VNG) dan Video Head Impulse Test (VHIT) untuk pesakit dengan masalah keseimbangan.
  8. Pekhidmatan Swallowing Assessment / FEES – Prosedur ini adalah pemeriksaan yang dijalankan oleh kedua-dua Pakar ORL dan Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) dalam memberi rawatan kepada pesakit yang mempunyai masalah penelanan.
  9. Perkhidmatan Audiologi. - Dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pendengaran) atau pun dikenali sebagai Audiologist.

Antara perkhidmatan yang diberikan adalah:

    • Ujian pendengaran kanak-kanak dan dewasa
    • Perkhidmatan alat bantu pendengaran
    • Program Rehabilitasi Implan Koklea
    • Program Pendengaran Bayi Universal
    • Ujian Vestibular
  1. Perkhidmatan Terapi Pertuturan – Dikendalikan oleh Pegawai Pemulihan Perubatan (Pertuturan) ataupun dikenali sebagai Speech Therapist. Perkhidmatan yang diberi adalah:
    • Membuat diagnosa dan memberi rawatan bagi masalah pertuturan dan bahasa seperti Speech language delay, Hearing impairment, Articulation, Feeding, Voice disorder, resonance problem, Fluency disorder dan Alternative Augmentative Communication.
    • Menjalankan Klinik Swallowing.
    • Rehabilitasi Implan Koklear.

  2. Perkhidmatan Program Implan Koklea.

Jabatan ORL Hospital Sungai Buloh merupakan salah satu pusat bagi satelit hospital untuk koklea implan bagi kawasan Zon Tengah Semenanjung Malaysia. Pacakan koklea impan ini dilakukan kepada kanak-kanak yang lahir yang tidak boleh mendengar atau pada orang dewasa yang hilang kedua belah pendengaran. Rujukan meliputi negeri Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.

Ia berfungsi untuk memilih calon yang sesuai, mendapatkan alat implant,  menjalani pembedahan koklea implan dan menjalankan rehabilitasi selepas pembedahan yang melibatkan audiologis dan speech therapis.

  1. Lawatan Pakar ke Klinik Pakar ORL, Hospital Tanjung Karang hari Isnin minggu keempat setiap bulan. Lawatan ini akan dilakukan oleh wakil Jabatan ORL secara giliran.  

Direktori

Talian Utama   :  03-61454333
Faks  :   03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Sobani Bin Din Ketua Jabatan ORL 1150 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.