Jabatan Ortopedik & Traumatologi

Pengenalan

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi mula beroperasi di  klinik trauma, Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN) Sungai Buloh pada Julai 2006, manakala klinik pakar mula beroperasi pada 17 Ogos 2006. Jabatan ini mengorak langkah ke hadapan  pada 11 September 2006 dengan pembukaan wad pembedahan 4B. Sejak itu, penambahan pesakit di jabatan ini meningkat dengan drastik. Untuk menampung peningkatan jumlah pesakit, wad orthopedik lelaki di buka pada 23 Januari 2007. Seterusnya perkhidmatan dewan bedah dimulakan pada 13 November 2006 untuk kes-kes pembedahan ortopedik.

Jabatan kini mempunyai satu klinik pesakit luar, 2 wad dengan 32 katil bagi setiap wad, 2 dewan bedah am, satu dewan bedah harian dan dewan bedah 24 jam trauma dan ortopedik khas untuk merawat kes kecemasan dan trauma.

Kini Hospital Sungai Buloh merupakan sebuah hospital yang turut mengadakan program latihan bagi melatih Pegawai Perubatan Latihan Siswazah dan Pegawai Perubatan di dalam program pasca siswazah. Hospital Sungai Buloh juga menjadi pusat rujukan bagi kebanyakan kes–kes spinal dan kes-kes Advance Trauma di negeri Selangor. Di samping itu jabatan ini juga mempunyai pakar-pakar bedah dalam bidang Arthroplasty, Advanced Trauma, Spine, Wound Care dan juga Sports Medicine.

Visi

Kami akan memberi perkhidmatan optimum, dengan bekerja secara berpasukan dengan berkongsi visi inovatif berasaskan pada ‘patient-centered care, melalui penyelidikan dan proses akademik, dengan bantuan teknologi maklumat di Jabatan Orthopedik & Traumatologi.

Misi

  • Berupaya mengecapi ‘holistic patient care’ untuk mencapai status ‘Centre of Excellence’ dalam rawatan trauma dan ‘spine’ sub-specialty disamping memberi khidmat rawatan yang berkualiti dan komprehensif.
  • Berupaya bekerja berpasukan dan berganding bahu dengan masyarakat umumnya dalam mempromosikan penjagaan yang optimum.
  • Berupaya memperkenalkan budaya di mana setiap warga kerja dihargai dan dihormati.
  • Berupaya mewujudkan suasana kondusif untuk proses penyelidikan dan ilmiah dalam semua peringkat dalam bidang perubatan.
  • Berupaya mengaplikasikan teknologi maklumat untuk merawat pesakit dengan effisien dan mencapai kepuasan pelanggan dalam penjagaan kesihatan.

Objektif Jabatan

Untuk memberi perkhidmatan yang berkualiti, effisien, jimat-kos, dan inovatif, dengan mengaplikasikan teknologi yang bersesuaian sebagai:

  • Pusat rujukan negeri bagi ‘complex spinal cord problems’.
  • Pusat rujukan negeri bagi ‘minimally invasive spine surgery’.
  • Pusat rujukan negeri bagi ‘Rawatan dan Rehabilitasi Tulang Belakang’.
  • Pusat rujukan antra negeri bagi kes-kes ‘Advance Traum’ dan ‘Complex Fractures’.
  • Pusat latihan dan perkhidmatan dalam bidang Primary Joint Replacement, Advance Trauma dan wound care

Perkhidmatan

Jabatan Ortopedik dan Traumatologi memberi perkhidmatan seperti berikut:

1. Konsultasi

  • Klinik - Post Op. / Trauma / Sports Injury / Spinal / Satellite Trauma kecemasan.
  • Memberi rawatan optimum untuk semua kes rujukan dari klinik kerajaan dan swasta, kes-kes susulan dan rujukan dari luar.
  • Memberi temujanji untuk kes elektif harian (daycare) dan kes pembedahan kecil (minor surgical cases).
  • In Patient Ward services & ‘Step-Down Care’ (Extended Care).
  • Menerima rujukan kes dari jabatan lain.
  • Rondaan wad sekurang-kurangnya dua kali sehari.
  • Passover Meeting setiap hari sebelum rondaan wad.
  • Melaksanakan Program Rehabilitasi bagi pesakit trauma, spinal injury, tetraplegic dan pesakit paraplegic secara berganding bahu dengan pasukan rehabilitasi.  

2. Khidmat Pembedahan

  1. Pembedahan Trauma:
    • Melaksanakan semua pembedahan major dan minor bagi semua kes trauma yang melibatkan sistem muskuloskeletal, sendi dan sistem saraf.
    • Memberi khidmat pembedahan 24 jam di Trauma Operation Theatre bagi semua kes kecemasan.
  2. Pembedahan Orthopedik Am:
    • Melaksanakan pembedahan orthopedik am, penggantian lutut, penggantian pinggul, ganglion dan lain-lain lagi.
  3. Pembedahan Tulang:
    • Minimally Invasive Spinal Operation.
    • Scoliosis
    • Degenerative Spine Disease.
    • Trauma and Spinal Injuries.
    • Spinal Infection.
  4. Pembedahan Day Care:
    • Arthroscopy 
    • Intraarticular Injections.
    • Facet joint block.
    • Epidural Spine Injections.
  5. Penjagaan luka:
    • Klinik penjagaan luka.
    • Penjagaan luka pesakit dalam.
    • Kaunseling penjagaan luka.

3. Sesi pendidikan perubatan berterusan (Continuous Medical Educations Sessions, CME)

  1. CME Jabatan:
    • Perbincangan kes mortality mingguan.
    • CME mingguan untuk Pegawai Perubatan Siswazah dan Pegawai Perubatan.
    • Sesi CNE untuk Penolong Pegawai Perubatan.
    • Teaching Round / Grand Ward Round yang melibatkan semua peringkat warga kerja.
    • Research Meeting dan Journal Reading Session dalam ’Master Class’.
  2. CME oleh Medical Industries:
    • Dijalankan untuk menambahkan ilmu pengetahuan semua warga kerja dari aspek peralatan, ubat, prosedur, teknik bedah dan lain-lain.
  3. Workshops:
    • Hands On Training dengan ‘Saw Bone’ di Bone Lab dari masa ke semasa.
    • CME – Orthopaedic Post Basic Lectures - Kolej Sains Kesihatan Bersekutu.

4. Ceramah di beri oleh pakar, pegawai perubatan dan paramedik yang berpengalaman untuk memastikan warga kerja boleh berfungsi dengan lebih cekap di masa hadapan.

5.  Patients Education untuk pesakit:

Melaksanakan ‘patient education’ untuk pesakit luar wad dan di dalam wad termasuk saringan untuk penyakit seperti penjagaan selepas pembedahan dan penjagaan kaki bagi pesakit diabetes.

Direktori

Talian Utama    : 03-61454333 
Faks  : 03-61454222 

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Basir Bin Towil Ketua Jabatan Ortopedik & Traumatologi 1115 dr.basir[at]moh.gov.my