Jabatan Oftalmologi

Pengenalan

Klinik Oftalmologi di Hospital Sungai Buloh mula berfungsi pada 16 Ogos 2006. Sejak itu, Jabatan Oftalmologi telah berkembang dengan pesat dan kini menyediakan perkhidmatan Oftalmologi Am serta Subkepakaran Kornea. Perkhidmatan kornea telah dimulakan pada tahun 2007, kini, Hospital Sungai Buloh merupakan pusat rujukan bagi kes-kes berkaitan penyakit kornea.

Visi

Menyediakan perkhidmatan perawatan, pembedahan dan pemulihan yang profesional dengan mengamalkan teknologi semasa dan selamat yang disediakan oleh kakitangan yang terlatih dan mesra pelanggan.

Misi

Mewujudkan sebuah pusat kecemerlangan dalam perawatan mata untuk menjamin kualiti pemeliharaan mata yang optima kepada seluruh lapisan masyarakat.

Objektif Jabatan

  • Memberi perkhidmatan pencegahan, pengesanan, perawatan awal, pembedahan dan pemulihan yang cekap serta berkesan agar kes-kes kecacatan penglihatan dapat dikurangkan.
  • Mempertingkatkan kualiti hidup pesakit dengan memberi perkhidmatan penjagaan mata yang optima.
  • Mengekalkan serta mempertingkatkan tahap keberkesanan perkhidmatan Oftalmologi agar menjadi pusat rujukan terunggul dan utama.
  • Memberi kesedaran di kalangan masyarakat tentang penyakit –penyakit mata dan komplikasinya serta cara pencegahannya.
  • Menjadi pusat latihan dan penyelidikan bagi petugas dan kakitangan perkhidmatan mata.
  • Menjalinkan sikap mesra pelanggan.

Fungsi-Fungsi Utama

  • Menyediakan perkhidmatan dan perawatan mata untuk pesakit luar dan dalaman. 
  • Memeriksa dan merawat kes-kes rujukan yang mempunyai masalah berkaitan dengan mata. 
  • Menyediakan perkhidmatan pembedahan mata ke atas kes-kes yang memerlukannya. 
  • Menyediakan perkhidmatan klinik - klinik khas iaitu klinik kornea dan klinik ‘retinopathy of prematurity’. 
  • Menyediakan perkhidmatan klinik refraksi, klinik penglihatan terhad, klinik penglihatan binokular dan klinik kanta lekap.
  • Menyediakan perkhidmatan kaunseling, konsultasi dan  pendidikan kesihatan mata.  
  • Menyediakan pendidikan dan pembelajaran berterusan melalui CME dan CNE untuk kakitangan klinik.

Perkhidmatan Jabatan

1. Perkhidmatan Pesakit Luar

Jabatan ini berfungsi sebagai klinik rujukan pakar. Setiap kes baru perlu terlebih dahulu mendapatkan surat rujukan dari mana-mana pakar atau pegawai perubatan sama ada dari hospital kerajaan, hospital swasta, klinik kerajaan mahupun klinik swasta. Pesakit yang mempunyai surat rujukan akan diberi tarikh temujanji. Kes-kes Kecemasan akan diberi keutamaan, di mana kes-kes sebegini dirawat pada hari yang sama. Klinik Oftalmologi menetapkan temujanji mengunakan waktu anjal berperingkat. Perkhidmatan yang disediakan adalah seperti berikut:

  • Klinik Subkepakaran Kornea
    • Perkhidmatan subkepakaran kornea merupakan matlamat utama jabatan ini di mana jabatan ini menerima kes-kes kornea dari seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak
  • Klinik Oftalmologi Am
  • Klinik Kecemasan Oftalmologi
  • Klinik Retinopathy of Prematurity

2. Perkhidmatan Optometri

Perkhidmatan yang disediakan termasuk: 

  • Refraksi
  • Kanta Lekap
  • Saringan Diabetik Retinopati
  • Ujian dan rawatan anomali penglihatan binokular
  • Ujian penglihatan terhad
  • Ujian Medan Penglihatan ( HVF & Bjerrum)
  • Ujian Hess
  • Keratometri
  • A-scan
  • Ujian cornea topografi
  • Penilaian Optometri Paediatrik

3. Perkhidmatan Laser

Jabatan Oftalmologi Hospital Sungai Buloh memberi perkhidmatan rawatan laser.

4. Perkhidmatan Pesakit Dalaman

Kes-kes yang memerlukan rawatan lanjut di wad atau memerlukan pembedahan mata akan dimasukkan ke dalam wad. Perkhidmatan Pesakit Dalam disediakan di Wad 7D (Dewasa) dan 8C (Kanak-kanak).

5. Perkhidmatan Pembedahan

Pembedahan mata dijalankan secara bius setempat atau bius am. Rawatan pembedahan disediakan secara rawatan harian (Daycare) atau dimasukkan ke wad mengikut keperluan seseorang pesakit. Di antara perkhidmatan yang disediakan adalah:

  • Pembedahan Transplantasi Kornea
  • Pembedahan Kanser Permukaan Mata
  • Pembedahan Katarak
  • Pembedahan Transplantasi Membran Amniotik
  • Pembedahan Kecemasan – Ruptured Globe/ Eyelid and Eyeball Laceration

Direktori

Talian Utama :  03-61454333
Faks :  03-61454222

 

No
Jabatan Oftalmologi
Samb
1 Kaunter Klinik Oftalmologi 1160
2 Kaunter Temujanji
(Untuk pertukaran temujanji, sila telefon selepas pukul 3.00 petang)
1160
3 Penyelia Klinik Oftalmologi 1173
4 Wad Mata 7D - Kaunter Jururawat 4780
5 Klinik Optometri 1167

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Shamala Retnasabapathy Ketua Jabatan & Pakar Perunding 1161 drshamala[at]moh.gov.my
2 Puan Narjis Binti Satar Ketua Optometri
Pegawai Optometri U52
1167 -
3 Encik Harman Bin Haron Penyelia Klinik
Penolong Pegawai Perubatan U32
1173 -
4 Puan Azizah Binti Abu Hassin Pembantu Tadbir 2203 -