Jabatan Obstetrik dan Ginekologi

Pengenalan

Jabatan Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sungai Buloh telah memulakan pengoperasian dengan pembukaan Klinik Antenatal pada 22 Jun 2006. Ianya disusuli dengan perkhidmatan dewan bersalin serta wad intergrasi obstetrik dan ginekologi pada 20 September 2006. Pada peringkat awal, dewan bersalin memberi perkhidmatan untuk kes-kes berisiko rendah sahaja. Kes-kes berisiko tinggi hanya dapat dikendalikan sepenuhnya pada pertengahan bulan November 2006 apabila Makmal Darah serta perkhidmatan bius memantapkan operasi.

Sejak hari pembukaan hingga kini, perkhidmatan jabatan ini terutama di bidang obstetrik telah berkembang dengan pesat sekali. Jabatan ini menerima kes-kes rujukan dari kawasan sekitar terutama dari daerah Gombak, Petaling, Hulu Selangor dan Kuala Langat. Kebanyakan kes-kes yang dirujuk adalah kes-kes antenatal yang berisiko tinggi serta yang berkomplikasi.

Keseluruhan perkhidmatan jabatan ini adalah ditumpukan pada perkhidmatan primer dan sekunder. Walaupun begitu perkhidmatan tertiary dan perkhidmatan sokongan kepada Hospital Kuala Lumpur seperti dalam bidang pembedahan laparoskopi dan perubatan reproduksi juga turut disediakan.

Jabatan ini juga telah berintegrasi dengan Fakulti Perubatan UiTM dan akan mendapat khidmat sub-kepakaraan dalam bidang ‘maternal-fetal medicine’.

Visi

Untuk menjadi peneraju utama dalam bidang rawatan wanita.

Misi

Kami komited terhadap pemberian perkhidmatan yang berkualiti yang berlandaskan keprihatinan untuk memenuhi kesihatan pelanggan. Sokongan dan sumbangan wargakerja kami serta jabatan lain yang memberi sokongan padu terhadap pencapaian kejayaan aspirasi kami adalah tidak ternilai. Kami komited terhadap pemberian perkhidmatan kesihatan yang bertanggungjawab dari segi etika, sosial dan kewangan.

Objektif

  • Memastikan semua pesakit yang mendapat perkhidmatan di jabatan ini menerima rawatan yang optima serta selamat.
  • Mengambil langkah-langkah yang cepat, tepat dan proaktif dalam menangani serta mengurangkan tahap morbidity pada ibu dan bayi semasa proses kelahiran merangkumi jagaan prenatal, intrapartum dan postnatal.
  • Meneruskan serta menggalakkan promosi dan pendidikan dalam penyusuan ibu.
  • Memberikan rawatan secara holistic terhadap pesakit ginekologi melalui perubatan, pembedahan serta kaunseling.
  • Memastikan warga kerja di jabatan ini memperoleh pengetahuan serta kemahiran yang mencukupi melalui program pembelajaran berterusan.
  • Program peningkatan kualiti adalah aspek penting perlu diterapkan di kalangan warga kerja untuk meningkatkan mutu perkhidmatan.
  • Menerapkan budaya korporat serta nilai-nilai murni di kalangan kakitangan semasa menjalankan tugas.
  • Menjalinkan kerjasama dengan pihak lain bagi mengukuhkan perkhidmatan.
  • Meningkatkan kesedaran pelanggan terhadap penjagaan kesihatan melalui klinik pendidikan kesihatan yang khas untuk mempertingkatkan rasa tanggungjawab terhadap kesihatan diri masing-masing.
  • Melaksanakan aktiviti keperluan penerangan berkaitan kesihatan untuk meningkatkan kesedaran di kalangan komuniti.

Perkhidmatan yang Disediakan

Antara perkhidmatan yang terdapat di jabatan ini adalah seperti berikut :

  • Rawatan Pesakit Dalam
  • Rawatan Pesakit Luar
  • Rawatan Pesakit Khidmat Bayar Penuh (FPP)
  • Klinik Perancangan Keluarga (bersama LPPKN)
  • Pembedahan elektif Obstetrik
  • Pembedahan elektif Ginekologi
  • Lawatan pakar ke Hospital Tanjung Karang

Antara kemudahan yang terdapat yang terdapat di Jabatan O&G adalah seperti berikut:

Klinik Pakar
(8 pagi hingga 5 petang)
  • Bilik rundingan (8)
  • Bilik prosedur (1)
  • Makmal infertiliti
  • Rawatan harian obstetrik
  • Bilik pendidikan kesihatan
  • 5 bilik dilengkapi mesin ultrasound
  • Rawatan kolposkopi dan histeroskopi
  • Rawatan primer dan sekunder
  • Untuk pembelajaran lanjutan serta pendidikan kesihatan
Wad-Wad
(beroperasi 24 jam)
  • Wad 6A (28 katil)
  • Wad 6B (28 katil)
  • Wad 6C (28 katil)
  • Wad 6D (28 katil)
  • EPAU
  • Ginekologi
  • 1 Bilik Rundingan/pemeriksaan
  • Integrasi obstetric mengandungi 6 katil HDW
  • Integrasi obstetric mengandungi 8 katil IOL
Komplek Dewan Bersalin
(beroperasi 24 jam)
  • PAC
  • Bilik Bersalin (suites Dewan Bedah)
  • 12 katil
  • 18 bilik individu
  • 2 dewan pembedahan

Perkhidmatan Pesakit Dalam

Pesakit-pesakit yang memerlukan rawatan pesakit dalam ditempatkan di wad-wad  obstetrik dan ginekologi iaitu 6A, 6B, 6C, 6D dan 9C.
Kes-kes yang berisiko tinggi dan mempunyai komplikasi dirawat di kubikel akut wad 6B.

HARI / MASA
SESI PAGI
8.00 pagi - 2.00 petang
SESI PETANG
2.00 petang - 5.00 petang
ISNIN 'Morning briefing'
Rondaan wad
Lawatan ke Hospital Tanjung Karang
LSCS elektif

Lawatan ke Hospital Tanjung Karang
Gynae pre-op rounds/discussion
Rawatan harian obstetrik

SELASA 'Morning briefing'
Rondaan wad
LSCS elektif
Ginekologi elektif

Gynae pre-op rounds/discussion
Rawatan harian obstetrik

RABU 'Morning briefing'
Rondaan wad
LSCS elektif
Ginekologi elektif

Labour room training / drills
CME session
Perinatal morbidity and mortality audits / District level
Rawatan harian obstetrik

KHAMIS 'Morning briefing'
Rondaan wad
LSCS elektif

Gynae pre-op rounds/discussion
Rawatan harian obstetrik
Klinik Perancang Keluarga
CME department (medical officer)

JUMAAT 'Morning briefing'
Rondaan wad
LSCS elektif
Ginekologi elektif

CME hospital
Rawatan harian obstetrik

Pembedahan / Rawatan Yang Dijalankan

Perkhidmatan pembedahan dibahagikan kepada dua kategori utama iaitu :

  1. Pembedahan obstetrik
    Prosedur ini dijalankan di dewan bedah obstetrik bersebelahan dengan dewan bersalin. Kes-kes pembedahan elektif ditempatkan di wad 6B dan 6D dan pesakit kembali ke tempat yang sama setelah pembedahan dijalankan. Kes-kes kecemasan yang berisiko tinggi akan ditempatkan di wad 6B dan kes yang stabil di wad 6C. Kebanyakan pembedahan dilakukan dengan penggunaan ‘regional anaesthesia’.
  1. Pembedahan ginekologi
    Kes-kes elektif ginekologi dijalankan pada setiap hari selasa, rabu dan jumaat. Jabatan ini menitik beratkan pembedahan secara minimal akses (minimal access surgey). Sebulan sekali, jabatan ini juga menjalankan pembedahan rawatan harian (daycare surgery) pada hari sabtu.

Perkhidmatan-Perkhidmatan Lain:

Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP)
Perkhidmatan pesakit bayar penuh mula beroperasi di Hospital Sungai Buloh pada bulan November 2014 dan di jabatan Obstetrik dan Ginekologi pada bulan Februari 2015.  Perkhidmatan yang ditawarkan ialah perkhidmatan pesakit luar, perkhidmatan pesakit dalam, pembedahan elektif dan kecemasan obstetrik dan juga ginekologi. 

Perkhidmatan Kecemasan Termasuk OSCC Dan SCAN
Perkhidmatan kes OSCC dijalankan bersama Jabatan Kecemasan sementara kes-kes SCAN adalah bersama Jabatan Pediatrik.

Perkhidmatan Pendidikan Kesihatan
Perkhidmatan ini dilakukan secara formal dan informal. Ini termasuk perkhidmatan kumpulan sokongan penyusuan susu ibu dan penerbitan risalah pesakit.

Direktori

Talian Utama   :  03-61454333
 Faks  :  03-61454222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Norashikin Binti Abdul Fuad Ketua Jabatan 2202 drnorashikin[at]moh.gov.my