Jabatan Bedah Mulut & Maksilofacial

Pengenalan

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial terletak di Aras 2, Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh. Jabatan ini mula dibuka pada bulan Ogos 2006 dan mula menerima pesakit pada awal bulan September 2006.

Misi

Memberi Perkhidmatan berkualiti dan efisien ke arah menjadi pusat pilihan untuk kes-kes pembedahan mulut & maksilofasial.

Visi

Menjadi pusat cemerlang dengan pemberian perkhidmatan yang prihatin dan profesional yang bertumpukan pelanggan selaras dengan visi kesihatan.

Objektif Jabatan

Objektif Am

  • Memberikan rawatan pembedahan mulut & maksilofasial yang sesuai, komprehensif dan tepat pada masanya kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk ke jabatan ini.

Objektif Khusus

  • Memberi perundingan dan mengendalikan pesakit yang di rujuk mengenai masalah berkaitan pembedahan mulut.
  • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang menyeluruh kepada golongan tertentu seperti pesakit yang mengalami masalah perubatan.
  • Memberikan latihan dan aktiviti penyelidikan khususnya dalam bidang pembedahan mulut & maksilofasial.

Perkhidmatan

  • Klinikal(seperti yang disenaraikan di bawah). 
  • Bukan Klinikal: 
    • Pentadbiran & Pengurusan dalam bidang kesihatan mulut. 
    • Latihan dan penyelidikan.

Perkhidmatan Klinikal

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial memberikan perkhidmatan klinikal / pembedahan seperti di bawah:

  • Kecederaan Oral & Maksilofasial: 
    • Kecederaan tisu lembut. 
    • Kepatahan tulang muka. 
    • Kecederaan gigi. 
    • Pesakit sumbing bibir dan lelangit. 
    • Pesakit yang memerlukan pembedahan ‘orthognatic’. 
  • Perubatan dan patologi: 
    • Kesakitan bahagian muka. 
    • Penyakit bahagian mulut. 
    • Kanser mulut. 
    • Lain-lain ketumbuhan di bahagian mulut. 
    • Perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka disebabkan penyakit / ketumbuhan. 
    • Terdapat sista tulang dan tisu lembut di bahagian mulut dan muka. 
    • Kelenjar air liur yang di jangkiti kuman. 
    • Saluran darah mengalami mengalami perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka. 
  • Pesakit yang mempunyai masalah oral & maksilofasial: 
    • Pembentukan semula kecacatan pada rahang atas/bawah dan tisu muka. 
    • Pembentukan ‘pre-prosthesis’. 
    • Pembedahan tulang sokongan gigi. 
    • Masalah-masalah ‘Temporomandibular Joint’ / sendi rahang. 
  • Pesakit yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan pergigian asas: 
    • Cabutan dan pembedahan membuang gigi gerahan bongsu. 
    • Tampalan. 
    • Penskaleran. 
    • Gigi palsu. 
    • Rawatan endodontik mudah. 
  • Pergigian forensik: 
    • Khidmat gabungan kepakaran Jabatan Forensik dan Odontologi Hospital Kuala Lumpur. 
  • Rawatan Implantologi. 
  • Lain-lain rawatan: 
    • Rawatan pergigian am untuk staff HSgB sahaja tidak termasuk keluarga. 
    • Klinik perundingan kombinasi (Combined Clinic) bersama Pakar-pakar Pergigian Selangor. 
    • Klinik perundingan dan rawatan pembedahan mulut ke Klinik Pergigian Tanjung Karang.

Direktori

Telefon   03-6145 4333
Faks :  03-6145 4222

 

No
Nama
Jawatan
Samb
Email
1 Dr. Syed Iqbal Bin Syed Husman Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan - Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Puan Nor Dalila Binti Abdul Ghaffar P.A - -
3 Dr. Noor Aswani Binti Abu Bakar Pegawai Pergigian (Y/M) UG54 1250 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.