logo ms

logo ms

offcanvas

Unit Psikologi Kaunseling

psikologi

Pengenalan

Perkhidmatan psikologi kaunseling adalah satu proses hubungan menolong yang sistematik dan berterusan. Proses ini berdasarkan prinsip psikologi yang dilaksanakan oleh pegawai psikologi (kaunseling) professional bagi menghasilkan perubahan, perkembangan dan penyesuaian peribadi klien secara holistik sepanjang hayat berlandaskan etika psikologi kaunseling. Perkhidmatan yang diberikan adalah melalui pendekatan berteraskan ilmu dan kemahiran psikologi kaunseling yang menjurus kepada aspek pencegahan, pembangunan, pemulihan dan intervensi bagi mencapai tahap kefungsian yang optimum kepada individu serta kelompok masyarakat.

Perkhidmatan ini adalah usaha untuk mencapai dan mengekalkan kesejahteraan insan melalui pelaksanaan perkhidmatan intervensi berpaksikan orientasi psikologi kaunseling secara menyeluruh. Bahagian Psikologi Kaunseling melaksanakan perkhidmatan kaunseling dengan mengamalkan ilmu-ilmu dan prinsip-prinsip psikologi bagi membantu klien menangani masalah dan isu-isu berkaitan. Gabungan dua disiplin ini iaitu psikologi dan kaunseling perlu bagi menghasilkan perkhidmatan kaunseling yang efektif dan profesional. 

Misi

  • Responsif dan prihatin kepada pelanggan
  • Dilaksanakan oleh pegawai psikologi Kementerian Kesihatan yang terlatih dan profesional
  • Memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik kepada pelbagai lapisan masyarakat.

Visi

Mewujudkan perkhidmatan kaunseling yang profesional, efektif, berkualiti, cekap dan client focused dalam perawatan pesakit di samping membantu meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan kesihatan emosi dan perkembangan psikologi setiap individu.

Piagam Pelanggan

  • Setiap klien yang dirujuk perlu diberikan maklumbalas dalam tempoh lima (5) hari bekerja dari tarikh rujukan diterima.
  • Perkhidmatan kaunseling individu perlu dilaksanakan sekurang-kurangnya dalam tempoh 45 minit untuk satu (1) sesi manakala perkhidmatan kaunseling kelompok / keluarga dan perkahwinan adalah sekurang-kurangnya 60 minit untuk satu (1) sesi.

Objektif

Berlandaskan kepada model psiko-sosial, objektif perkhidmatan psikologi dan kaunseling adalah untuk membantu individu, keluarga seterusnya masyarakat dalam usaha meningkatkan pemahaman kendiri dan persekitaran bagi menangani isu dan cabaran melalui kaedah pendidikan, pencegahan, rawatan, pemulihan dan perkembangan potensi. Oleh itu objektif Bahagian Psikologi Kaunseling adalah:

  • Melengkapkan sistem perkhidmatan kesihatan dengan memberi penekanan terhadap kesihatan emosi dan perkembangan psikologi yang baik untuk kesejahteraan individu, organisasi dan komuniti.
  • Memberi kesedaran kepada warga kerja akan kepentingan perkhidmatan Psikologi dan Kaunseling dalam menguruskan kehidupan seharian.
  • Meningkatkan dan mengembangkan tahap pengetahuan dan keterampilan profesion Pegawai Psikologi sejajar dengan perkembangan perubatan terkini.
  • Melaksanakan program penyelidikan dan perkembangan ilmu bagi tujuan memantapkan perkhidmatan dan profesion Pegawai Psikologi di Kementerian Kesihatan Malaysia

Perkhidmatan Yang Disediakan

Skop perkhidmatan psikologi kaunseling ditawarkan kepada pesakit, waris, dan individu signifikan kepada pesakit serta warga kerja Hospital Sungai Buloh. Rujukan untuk perkhidmatan psikologi kaunseling diterima daripada pelbagai jabatan/ bahagian/ unit, wad, dan klinik. Komponen perkhidmatan Bahagian Psikologi Kaunseling, Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh adalah berdasarkan kepada empat (4) Aplikasi Perkhidmatan Psikologi Kaunseling di Kementerian Kesihatan Malaysia:

  1. Aplikasi Psikologi Kaunseling Dalam Intervensi - Memberi perkhidmatan psikologi kaunseling kepada pesakit / waris dan kakitangan hospital agar dapat mencapai kefungsian yang optimum.
  1. Aplikasi Psikologi Kaunseling Dalam Pembangunan & Perkembangan Personel - Pelaksanaan program pembangunan personel bagi mewujudkan pengupayaan kendiri yang positif di kalangan anggota dalam meningkatkan kualiti penyampaian perkhidmatan pada tahap yang optimum.
  1. Aplikasi Psikologi Kaunseling Dalam Penilaian Personel - Menjalankan pentadbiran dan pentaksiran inventori psikologi yang bersesuaian kepada klien dalam intervensi yang dilaksanakan oleh pegawai psikologi bagi mencapai kualiti penyampaian perkhidmatan psikologi kaunseling yang baik.
  1. Aplikasi Psikologi Kaunseling Dalam Penyelidikan - Melaksanakan kaji selidik atau kajian bagi melihat sesuatu perkara dari sudut psikologi kaunseling bagi mendapatkan input yang berguna seiring dengan perkembangan penyampaian perkhidmatan psikologi kaunseling.

Jadual Waktu Perkhidmatan

Operasi Perkhidmatan psikologi kaunseling beroperasi pada waktu pejabat (kecuali hujung minggu dan hari kelepasan am) mengikut negeri seperti berikut:

HariWaktu Perkhidmatan
Isnin - Khamis 8.00 pagi - 1.00 petang 2.00 petang - 5.00 petang
Jumaat 8.00 pagi - 12.15 tengahari 2.45 petang - 5.00 petang
 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambE-mail
1 En Mohd Fauzie Bin Musa Pegawai Psikologi S44 4290 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Nur Farhana Binti Fizal Pegawai Psikologi S41 4290 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Amni Salma Binti Abu Osman Pegawai Psikologi S41 4290 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

Cetak Emel