Latar Belakang

Hospital Sungai Buloh terletak kira-kira 25km daripada Bandaraya Kuala Lumpur di Mukim Batu, Daerah Gombak, Selangor. Pada tahun 1999, projek pembangunan Hospital Sungai Buloh baru ini (seluas 130 ekar) telah dimulakan bagi menampung keperluan populasi yang kian meningkat dan sesak disekitar kawasan ini dan juga untuk mengurangkan kebanjiran pesakit di Hospital Kuala Lumpur.

Hospital baru ini mempunyai 620 katil, dan akan memberi pelbagai perkhidmatan perubatan secara perkhidmatan secondari dan perkhidmatan tertiari.

Hospital Sungai Buloh telah dikenal pasti sebagai pusat kecemerlangan ('centre of excellence') bagi;

01
Penyakit Berjangkit
02
Kecemasan dan Trauma
03
Pembedahan Neuro
04
Pembedahan Maxillo-Fasial
05
Pembedahan Plastik dan Rawatan Kebakaran
06
Ortopedik dan Traumatologi

Kawasan liputan perkhidmatan hospital ini adalah daerah Gombak, daerah Petaling dan Daerah Kuala Selangor di mana populasi di ketiga-tiga kawasan ini merangkumi 40% daripada jumlah keseluruhan populasi di Negeri Selangor iaitu lebih kurang 2.18 juta penduduk.