Caj Jabatan Pesakit Luar Pakar

Maklumat ini adalah untuk memberi penjelasan kepada pesakit/waris tentang keperluan mereka untuk membayar segala perkhidmatan yang dikenakan oleh Hospital Sungai Buloh terutamanya berkaitan kadar caj semasa mengikut Akta Fi (Perubatan) 1982 dan pindaan-pindaan yang berkuatkuasa.

Caj-Caj Perubatan

Kes Rujukan Warganegara BUKAN Warganegara
Warga Asing UNHCR
Hospital / Klinik Kerajaan

(Pegawai Perubatan Kerajaan)

Temujanji Pertama : PERCUMA

Temujanji seterusnya: RM5 (Termasuk siasatan)

Temujanji Pertama dan seterusnya: RM120

(Tidak termasuk caj siasatan, caj rawatan, caj ujian makmal dan caj implan / protesis)

Temujanji Pertama dan seterusnya: RM60

(Tidak termasuk caj siasatan, caj rawatan, caj ujian makmal dan caj implan / protesis)

Hospital / Klinik Swasta

(Pegawai Perubatan Persendirian)

Temujanji Pertama : RM30

Temujanji seterusnya: RM5 (Tidak termasuk siasatan - caj siasatan dan rawatan adalah mengikut kadar kelas satu)

Kes-Kes ulangan yang keluar dari wad RM5 bagi setiap ulangan (Termasuk siasatan)

Nota: Sila buat bayaran dahulu sebelum menghadiri sesi rawatan

Golongan yang dikecualikan dari bayaran:

  • Kakitangan kerajaan yang mendapat surat pengesahan dari majikan
  • Pelajar dengan surat pengesahan pelajar
  • Pemegang kad Orang Kurang Upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)