logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Semua Pengumuman
  • Notis Pemakluman Penutupan Sementara Kafeteria Hospital Sungai Buloh & Tapak Kafeteria Sementara Hospital Sungai Buloh

Notis Pemakluman Penutupan Sementara Kafeteria Hospital Sungai Buloh & Tapak Kafeteria Sementara Hospital Sungai Buloh

NOTIS PEMAKLUMAN

PENUTUPAN SEMENTARA KAFETERIA HOSPITAL SUNGAI BULOH

&

TAPAK KAFETERIA SEMENTARA HOSPITAL SUNGAI BULOH

Adalah dimaklumkan bahawa Kafeteria Hospital Sungai Buluh akan ditutup sementara mulai 6 Januari 2018 berikutan kerja-kerja pengubahsuaian dan naiktaraf Kafeteria Hospital Sungai Buloh melalui Program Public Private Partnership (PPP) yang telah mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia. Kerja-kerja pengubahsuaian dan naiktaraf kafeteria ini dijangka mengambil masa selama 2 bulan.

Sehubungan itu, dalam tempoh kerja-kerja pengubahsuaian dan naiktaraf tersebut, kafeteria sementara akan dibuka mulai 8 Januari 2018 bertempat di tapak parkir kenderaan Zon E (di belakang blok Kafeteria sedia ada/Balai Pelawat). Waktu operasi bagi kafeteria sementara ini adalah mulai 6.30 pagi sehingga 7.30 malam.

Selain kafeteria sementara tersebut, kakitangan Hospital dan pelawat-pelawat boleh juga mendapatkan juadah makanan di Kafe Aras 1 atau Kopitiam Aras 2, Hospital Sungai Buloh dan Kafeteria Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

Kerja-kerja pengubahsuaian dan naiktaraf kafeteria ini adalah bagi meningkatkan mutu perkhidmatan dan keselesaan kepada semua pelawat dan kakitangan Hospital.

Segala kesulitan yang timbul berhubung dengan perkara ini amatlah dikesali.

 

Hospital Sungai Buloh

28 Disember 2017

Cetak Emel