logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan
  • Unit Kesihatan Awam

Unit Kesihatan Awam

jabatan kesihatan awam

Pengenalan

Jabatan Kesihatan Awam adalah perkhidmatan yang di perkenalkan di Hospital Sungai Buloh pada Ogos 2006. Jabatan Kesihatan Awam terdiri daripada 2 unit iaitu, Unit Kesihatan Pekerjaan (Occupational Health-OH) dan Unit Kesihatan Persekitaran (Environmental Health-EH). Jabatan ini terdiri daripada pegawai perubatan, jururawat terlatih, jururawat masyarakat, penolong pegawai perubatan, penolong pegawai kesihatan persekitaran, penolong pembantu kesihatan, pembantu perawatan kesihatan dan pembantu tadbir. Setakat ini terdapat 13 pegawai di Jabatan ini. Apabila pengisian telah dilengkapkan, jabatan ini akan dianggotai oleh 16 kakitangan.

Misi

  • Menyediakan perkhidmatan perubatan yang cekap, mesra dan berkualiti berdasarkan nilai-nilai etika dan profesional untuk warga kerja dan pesakit. 
  • Memastikan tempat kerja dan persekitaran bersih, selamat dan sihat.

Visi

Ke arah warga kerja yang sihat dari segi fizikal, mental dan sosial serta mempromosi tempat kerja dan persekitaraan yang bersih, selamat dan sihat.

Objektif

Objektif dibahagikan kepada dua fungsi jabatan iaitu fungsi Unit Kesihatan Pekerjaan dan Unit Kesihatan Persekitaran.

Objektif Unit Kesihatan Pekerjaan adalah seperti di bawah:

  • Memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan kakitangan serta pelanggan hospital sentiasa berada di tahap optima.
  • Mencegah masalah kesihatan di kalangan kakitangan hospital dan pelanggan akibat daripada pendedahan kepada persekitaran kerja, proses kerja dan amalan pekerjaan yang berisiko. 
  • Mencegah dan mengawal kejadian jangkitan penyakit-penyakit berjangkit termasuk penyakit nosokomial di hospital.
  • Memastikan aktiviti survelan, penyelidikan epidemiologi dan latihan dilaksanakan dengan berkesan dan secara berterusan.
  • Meningkatkan pengetahuan kakitangan dan pelanggan berkenaan keselamatan dan kesihatan pekerjaan serta menerapkan budaya kerja yang sihat lagi selamat.
  • Meningkatkan serta mengawal pangkalan data epidemiologi yang lengkap terutama berkaitan penyakit pekerjaan/keracunan dan kemalangan/kecederaan.

Objektif Unit Kesihatan Persekitaran adalah seperti di bawah:

  • Merancang dan melaksanakan langkah pencegahan dan pengawalan penyakit berjangkit supaya tidak berjangkit dan menular daripada pesakit ke pesakit, dari pesakit ke anggota dan dari pesakit kepada orang awam semasa berada di dalam hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras kerja-kerja pencegahan dan kawalan penyakit bawaan vektor di kawasan hospital.
  • Merancang, mengatur dan menyelaras aktiviti-aktiviti Keselamatan dan Kualiti Makanan di kawasan hospital. 
  • Merancang, mengurus, menyelaras dan menilai aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaaan   Akta-Akta Kesihatan di kawasan hospital.
  • Merancang melaksana dan memantau program Kesihatan dan Keselamatan Pekerjaan di hospital.
  • Menyimpan dan mengemaskinikan segala data-data dan menyediakan laporan berkala berkaitan dengan aktiviti yang telah dijalankan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Fungsi unit Kesihatan Pekerjaan adalah seperti yang disenaraikan.

  • Pemeriksaan kesihatan anggota berumur ≥ 40 tahun
  • Pemeriksaan anggota terdedah kepada Sinaran X -ray
  • Program Imunisasi Hepatitis B Kebangsaan
  • Program Imunisasi Seasonal flu (Influenza)
  • Program Imunisasi H1N1
  • Klinik anggota/kakitangan dan klinik kesihatan pekerjaan
  • Program survelan kecederaan tersusuk jarum/benda tajam
  • QA kecederaan tertusuk jarum
  • JKKP
  • Audit keselamatan di tempat kerja

Fungsi unit Kesihatan Persekitaran adalah seperti di bawah:

  • Kawalan Penyakit Berjangkit
  • Kebersihan dan Kualiti Makanan
  • Penguatkuasaan Peraturan Kawalan Hasil Tembakau
  • Pemantauan Vektor
  • Pembuangan Sisa/Disposal of Waste
  • Promosi kesihatan
  • Laporan dan pangkalan data

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambEmail
1 Dr. Christine Yeow Siew Lin Ketua Jabatan Kesihatan Awam 4854 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel