logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Penyeliaan Hospital

Unit Penyeliaan Hospital

unit penyeliaan hospital

Pengenalan

Unit Penyeliaan Hospital merupakan salah satu komponen dibawah pengurusan Hospital Sungai Buloh. Unit ini terletak di aras 2, blok D, di bahagian Pejabat Pakar hospital. Pengurusan unit ini dibawah jagaan Ketua Penyelia Hospital dan dibantu oleh 5 orang kakitangan terdiri daripada Penolong Pegawai Perubatan U36, Penolong Pegawai Perubatan U32, Penolong Pegawai Perubatan  U29, Pembantu Tadbir N19, Pembantu Perawatan Kesihatan U16 dan Pembantu Perawatan Kesihatan U14.

Moto unit ini adalah “Iltizam Menjana Kecemerlangan”. Justeru itu, unit ini sentiasa berusaha menuju kearah kecemerlangan dalam segala aspek perkhidmatan yang diberi. Dalam usaha untuk lebih memantapkan mutu perkhidmatan Penolong Pegawai Perubatan, Unit Penyeliaan Penolong Pegawai Perubatan Hospital Sungai Buloh telah memperkenalkan Konsep 3D (Discipline, Documentation, Development) untuk diguna pakai oleh semua warga kerja Penolong Pegawai Perubatan di hospital ini bermula tahun 2013.

Visi

Menjana sebuah pasukan sokongan perubatan yang efisyen dan berdedikasi yang sentiasa mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang diberi kepada pesakit secara berterusan

Misi

Menyediakan sistem penyeliaan klinikal (clinical supervision) yang cekap  dan mantap secara berterusan kepada anggota dibawah jagaan supaya setiap aktiviti perkhidmatan diberi mengikut akta-akta, peraturan-peraturan dan garis panduan yang telah ditetapkan.

Objektif

  1. Memastikan perkhidmatan yang diberi oleh Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan dilaksanakan secara professional, cekap dan berkualiti sepanjang masa mengikut garis panduan yang telah ditetapkan.
  2. Mengurus sumber manusia dibawah kawalan dengan cekap dan mengoptimakan bilangan anggota di sesuatu unit atau jabatan mengikut kepentingan perkhidmatan.
  3. Menyediakan program latihan secara berterusan dan berkesan kepada anggota di bawah jagaan.

Skop perkhidmatan

1. Pemantauan klinikal (clinical supervisor) bagi semua anggota dibawah jagaan dijalankan secara berkala:

  • 'Standard operating procedure’ dan akta-akta bagi Penolong Pegawai Perubatan dipatuhi.
  • Peraturan-peraturan yang ditetapkan di peringkat hospital diamalkan semasa menjalankan aktiviti kerja harian.
  • Semua Penolong Pegawai Perubatan dan Pembantu Perawatan Kesihatan mengikuti senarai kerja yang telah diluluskan mengikut bidang kerja masing-masing.
  • Mematuhi senarai semak yang ditetapkan mengikut jabatan masing-masing.

2. Menyediakan perkhidmatan berkhatan kepada semua penduduk setempat (kanak-kanak) dan melatih Penolong Pegawai Perubatan di setiap negeri dengan teknik berkhatan di Pusat Latihan Berkhatan Kebangsaan, PKKN.

3. Menyelaras perogram kebakaran dan mewujudkan 'Emergengy Response Team' di Hospital Sungai Buloh.

4. Pengurusan sumber manusia dibawah jagaan.

  • Urusan keperluan anggota/permohonan perjawatan baru (ABM)
  • Urusan pengagihan perjawatan
  • Urusan penempatan
  • Orientasi anggota baru
  • Menyelaras dan mengurus keperluan kata perubatan atau mana-mana yang termaktub/arahan daripada pihak lembaga/kementerian kesihatan. (contoh pembaharuan apc – ‘annual practising certificate’ bagi Penolong Pegawai Perubatan .
  • Memantau dan mengurus kawalan disiplin anggota dibawah jagaan.

5. Pengurusan latihan dibawah jagaan.

  • Orientasi anggota baru
  • Merancang latihan bagi anggota
  • Menyelaras latihan yang di hadiri oleh anggota

 penyelia

Waktu operasi

Isnin hingga KhamisJumaatSabtu dan Ahad
  • 8.00 am - 1.00 pm
  • 1.00 pm - 2.00 pm (REHAT)
  • 2.00 pm - 5.00 pm
  • 8.00 am - 12.15 pm
  • 12.15 pm - 2.45 pm (REHAT)
  • 2.45 pm - 5.00 pm
  • Cuti

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambEmail
1 Mazlan Bin Zakariya Ketua Penyelia Pen. Pegawai Perubatan 4229  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Mohd Halim Bin Ali Din Pen. Pegawai Perubatan U36 2944 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
3 Azmi Bin Abdullah Pen. Pegawai Perubatan U32 2943 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 Mohd Nasrul Bin Che Hussin Pen. Pegawai Perubatan U29 2942 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
5 Hema Malini Bt Nordin Pen. Pegawai Perubatan U29 2943 -
6 Noraini Bt Abd Rahman Pemb. Perawatan Kesihatan U14 2944 -
7 Nor Haliza Bt Lokman Pemb. Perawatan Kesihatan U11 2941 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel