logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Unit Pendidikan Kesihatan

Unit Pendidikan Kesihatan

jabatan pndidikan kesihatan

Pengenalan

Unit Pendidikan Kesihatan Hospital Sungai Buloh mula dibuka pada 1 September 2006. Sejak beroperasi, jabatan ini telah berjaya melaksanakan tugasnya sebagai pusat rujukan pendidikan pesakit dan orang awam terutama yang tinggal berhampiran Sungai Buloh. Selain itu, jabatan ini turut menjadi pilihan kakitangan hospital, pesakit,  pelajar kolej dan komuniti berhampiran untuk mendapatkan maklumat terkini berkaitan kesihatan.

Visi

Memberi perkhidmatan yang berfokus ke arah perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif.

Misi

Komited untuk memberi perkhidmatan pendidikan pesakit yang berkesan dan berkualiti kepada pesakit.

Objektif

  • Untuk memberikan perkhidmatan pendidikan pesakit dalam aspek pemulihan dan perawatan. 
  • Untuk menggalakkan perubahan tingkahlaku kesihatan yang positif dalam penjagaan pesakit. 
  • Untuk memberi kemudahan informasi kesihatan kepada pesakit dan keluarga, anggota hospital dan orang awam. 
  • Untuk memberikan perkhidmatan promosi kesihatan melalui kempen-kempen kesihatan dan kawalan penyakit.  

Piagam Pelanggan

  • Sentiasa memberi perkhidmatan yang cepat, cekap dan tepat serta mesra kepada pelanggan.
  • Memastikan setiap permohonan pelanggan yang diterima dipenuhi mengikut kehendak pelanggan dalam tempoh 3-5 hari bekerja.
  • Memberi maklumbalas pelanggan dalam tempoh 24 jam selepas permohonan diterima
  • Memastikan semua kelas pendidikan pesakit dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Pendidikan Pesakit
  • Menerbit, mencetak dan mengedarkan bahan-bahan pendidikan kesihatan mengikut keperluan pelanggan dari masa ke semasa.
  • Memberi informasi kesihatan yang cepat,tepat dan terkini.
  • Memberi kemahiran yang relevan berdasarkan penyakit yang tertentu ke arah perubatan tingkahlaku kesihatan yang positif.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Aktiviti-aktiviti Pendidikan Pesakit :

  • Kelas Pendidikan Pesakit seperti :
    • Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes
    • Pendidikan Pesakit Di Wad
  • Perkhidmatan Klinik Berhenti Merokok
  • Penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan dan promosi kesihatan
  • Aktiviti-aktiviti Kempen Cara Hidup Sihat
  • Sambutan Hari-hari Khas Kesihatan
  • Perkhidmatan rundingan berhubung penerbitan bahan-bahan pendidikan kesihatan/pesakit
  • Promosi Kempen Pendermaan Organ
  • Pameran Pendidikan Kesihatan pameran di Hospital Sungai Buloh
  • Latihan/bengkel pendidikan pesakit
  • Promosi Hospital Mesra Ibadah

Waktu Operasi

Hari

Masa

Isnin sehingga Khamis

  • 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • 1.00 tengahari hingga 2.00 petang (Rehat)

Jumaat

  • 8.00 pagi hingga 5.00 petang
  • 12.15 tengahari hingga 2.45 petang (Rehat)

Aktiviti Terkini Jabatan

Tarikh

Aktiviti

Masa

Tempat

Selasa

(Minggu 2 & 4)

 

Pendidikan Pesakit Diabetes Di Wad

2.30 petang - 4.30 petang

Wad Perubatan

Setiap Rabu

Klinik Berhenti Merokok

2.30 petang - 4.30 petang

Klinik Berhenti Merokok, Unit Pendidikan Kesihatan

Khamis

(Sebulan sekali)
Kelas Pendidikan Pesakit Diabetes 9.00 pagi – 11.00 pagi Bilik Pendidikan Kesihatan , Klinik Pakar Perubatan Aras 2,
Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 No

Nama

Jawatan

Samb

Email

1

Wan Ermiyati Binti Wan Mohamad

Ketua Unit

5251

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

2

Nurul ‘Izzati Zawanah Binti Zakran

Pegawai Pendidikan Kesihatan

5260

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

3

Nurul Ashikin Binti Zuillkipli

Jururawat

5253

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

4 Ahmad Fauzan Bin Paodi Pembantu Tadbir 5252 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel