logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Jabatan Farmasi

Jabatan Farmasi

Pengenalan

Jabatan Farmasi menyediakan penjagaan farmaseutikal (pharmaceutical care) secara individu kepada pelanggan/pesakit di hospital dengan memfokuskan kepada praktis farmasi klinikal. Jabatan ini mengawal penggunaan ubat secara rasional di dalam hospital dan membantu dalam proses perolehan, penyimpanan dan pembekalan ubat-ubatan serta persediaan farmaseutikal kepada wad-wad dan unit-unit di hospital.

Jabatan Farmasi juga menyediakan perkhidmatan di dalam hospital dan klinik-klinik kesihatan kerajaan yang berhampiran dalam semua perkara yang berkaitan dengan ubat-ubatan atau rawatan dan menyediakan Formulari Ubat – Ubatan Hospital yang dikemaskini serta diluluskan oleh Jawatankuasa Ubat - Ubatan Hospital.

Lokasi Jabatan Farmasi merangkumi Tingkat 1 yang menempatkan Unit Farmasi Klinik Pakar, Unit Farmasi Pesakit Dalam dan Unit Perolehan dan Pembekalan. Farmasi Jabatan Kecemasan pula ditempatkan di Tingkat 2 dan Unit Farmasi Satelit ditempatkan di Tingkat 3 dan Tingkat 7 dan merangkumi Unit Farmasi di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)

Pengurusan keseluruhan jabatan ini adalah dibawah tanggungjawab Ketua Pegawai Farmasi (Pegawai Farmasi U54).

Pencapaian Piagam Pelanggan

Kami berjanji akan berusaha untuk mencapai seperti berikut:
Mendapat bekalan ubat dalam tempoh 30minit jika perskripsi yang diterima lengkap dan tidak bermasalah
Mendapat kaunseling ubat-ubatan mengikut keperluan dan permintaan

Misi

Menyediakan perkhidmatan farmasi yang bermutu lagi dinamik sejajar dengan kehendak pelanggan agar lebih profesionalisma, penyayang serta berdisplin tinggi.

Visi

Memberikan perkhidmatan farmasi yang terbaik, berkualiti dan cekap demi meningkatkan taraf kesihatan dan kesejahteraan pesakit.

Objektif Jabatan

  • Membantu pesakit mencapai dan mengekalkan taraf kesihatan yang optima bagi membolehkannya menjalankan kegiatan ekonomi dan sosial yang produktif melalui perkhidmatan yang berkualiti.
  • Menyediakan perkhidmatan farmasi secara professional dan terkini mengikut keperluan pesakit.
  • Meningkatkan perkhidmatan perolehan dan bekalan ubat-ubatan secara berterusan demi keperluan pesakit Hospital Sungai Buloh.

Objektif Bahagian/Unit

Farmasi Klinik Pakar :

  • Untuk memberikan perkhidmatan penjagaan farmaseutikal yang optima dengan membekalkan ubat-ubatan secara tepat dan cepat

Farmasi Pesakit Dalam :

  • Untuk mewujudkan sistem pendispensan ubat yang berkesan kepada setiap wad dan unit secara cepat dan tepat, mengurangkan kos perbelanjaan ubat dan mengurangkan pembaziran ubat melalui sistem pemantaun penggunaan ubat.

Farmasi Pengeluaran - Aseptik dan Bukan Aseptik :

  • Untuk menghasilkan produk ubat-ubatan (aseptik dan bukan aseptik) yang selamat, efektif and berkualiti.

Farmasi Stor Ubat :

  • Untuk memastikan pembekalan ubat-ubatan adalah kos efektif, mencukupi dan berterusan dalam kuantiti yang betul dan pada masa yang berpatutan.

Perkhidmatan

  • Farmasi Logistik
  • Farmasi Klinik Pakar
    • Value-added service (VAS)
      • After-Office-Hour (AOH)
      • Emel dan Ambil
      • Letak dan Ambil
      • Sms dan Ambil
      • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
      • Telefon dan Ambil
      • Ubat Malaysia Post (UMP 1 Malaysia)
  • Farmasi Unit Kecemasan (ED)
  • Farmasi Pesakit Dalam
  • Farmasi Satelit ( Satelit 3 dan 7)
  • Farmasi Klinikal (Farmasi Wad,TDM , TPN, IV Admiksture, Sediaan Titis Mata dan “Acute Pain Service’ )
  • Farmasi Pengeluaran dan Pra-bungkus
  • Perkhidmatan Maklumat Ubat & Racun
  • MTAC(Medical Therapy Adherence Clinic) – HIV, Diabetes, Warfarin
  • Farmasi Pusat Kawalan Kusta Negara (Klinik Pakar Perubatan & Rehabilitasi dan Farmasi Bekalan Wad)
  • Farmasi Terapi Methadone Gantian Methadone

Waktu Perkhidmatan

FarmasiWaktu PerkhidmatanPerkhidmatan Farmasi Tambahan

Farmasi Klinik Pakar

(Hospital Sungai Buloh)

  • Isnin – Jumaat : 7.30 pg – 5.30 ptg
  • Sabtu, Ahad, cuti umum : tutup
  • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
  • Ubat Melalui Pos (UMP)
  • After Office Hour (AOH)
  • SMS & Go
Farmasi Unit Kecemasan:
  • Buka 24 jam
 

Farmasi Klinik Pakar

(Pusat Kawalan Kusta Negara)

  • Isnin - Jumaat : 8.00 pg – 5.00 ptg
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum : Tutup
  • Sistem Pembekalan Ubat Bersepadu (SPUB)
  • Ubat Melalui Pos (UMP)

Farmasi Pesakit Dalam

  • 8.00 pg - 10.00 malam
 
Farmasi Terapi Gantian Methadone (Pusat Kawalan Kusta Negara)
  • Isnin – Khamis :8.00 pg - 1.00 ptg
  • Jumaat : 8.00 pg - 12.15 tgh
  • Sabtu, Ahad, Cuti Umum : 8.00 pg - 11.00 pg
 

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambEmail
1 Dr Syamhanin Adnan Pegawai Farmasi (Ketua Jabatan) 4117  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Shafinaz Bt. Mohd Yusof Pegawai Farmasi Pesakit Dalam 4116  -
3 Siti Suhaila Bt. Mohamed Pegawai Farmasi Pesakit Luar 4161  -
4 Fuadah Othman Pegawai Farmasi Pesakit Luar 4104  -
5 Salehhudin Muhamad Ali Pegawai Farmasi Logistik 4161  -
6 Nik Zaheran Binti Mat Yasin Pegawai Farmasi Informasi Ubat 03-61561321 (ext 2230)  -
7 Azura Omar Pegawai Farmasi Pusat Kawalan Kusta Negara 03-61561321 (ext 2230)  -

Cetak Emel