logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Jabatan Dietetik & Sajian

Jabatan Dietetik & Sajian

jabatan dietetik sajian

Pengenalan

Jabatan Dietetik dan Sajian adalah salah satu dari perkhidmatan sokongan perubatan yang ada di Hospital Sungai Buloh. Jabatan ini terdiri dari dua blok berasingan, di mana Blok Utama Jabatan Dietetik dan Sajian terletak di Blok F Hospital Sungai Buloh dan Blok Kedua, Unit Dietetik dan Sajian di Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN).

Jabatan Dietetik dan Sajian menyediakan 2 perkhidmatan, iaitu:

i) Perkhidmatan Dietetik sebagai sokongan klinikal dalam pemberian terapi pemakanan perubatan (Medical Nutrition Therapy) kepada pesakit dalam dan luar.

ii) Perkhidmatan Sajian yang disediakan dalam 2 sistem, iaitu:

a. Penswastaan (out-sourcing) kepada syarikat luar dalam pemberian makanan kepada pesakit yang dijalankan secara berpusat (centralised) di blok utama JDS Hospital Sungai Buloh.

b. In-house bagi Unit Dietetik dan Sajian di PKKN.

Pencapaian Piagam Pelanggan

Misi

Jabatan Dietetik dan Sajian berusaha untuk:

Perkhidmatan Dietetik

  1. Membantu rawatan perubatan melalui perkhidmatan dietetik klinikal dan promosi kesihatan berdasarkan amalan ’evidence-based’ di samping menyumbang kepakaran dalam bidang berkenaan.
  2. Menyumbang kepada kajian dan penyelidikan dalam bidang pemakanan dan dietetik.

Perkhidmatan Sajian

  1. Merancang penyediaan makanan dengan mematuhi keperluan nutrien, tatacara proses katering, prinsip kebersihan dan keselamatan makanan, bersesuaian dengan teknologi semasa serta berkualiti.
  2. Melaksanakan sistem pengurusan dengan sempurna berdasarkan polisi-polisi, pekeliling-pekeliling dan arahan yang ditetapkan.

Visi

Jabatan Dietetik dan Sajian akan berusaha dalam perkembangan perkhidmatan makanan, dietetik klinikal dan juga promosi kesihatan untuk membantu rawatan pesakit selaras dengan visi dan misi hospital serta Kementerian Kesihatan Malaysia. Sistem pengurusan akan mengutamakan inovasi, teknologi dan pengetahuan terkini ke arah peningkatan kualiti berterusan.

Objektif Jabatan

Objektif Umum :

Untuk memberikan perkhidmatan makanan dan perkhidmatan dietetik klinikal secara profesional, berkualiti dan mengutamakan pelanggan.

Objektif Khusus :

  1. Untuk memastikan diet normal dan diet teraputik dibekalkan mengikut pesanan di wad bagi kelas satu, dua, tiga dan wad kanak-kanak.
  2. Untuk memastikan diet kelas satu dibekalkan untuk Pegawai Perubatan bertugas atas panggilan mengikut kelayakan.
  3. Untuk memastikan catuan makan malam dibekalkan untuk anggota bertugas malam, mengikut kelayakkan.
  4. Untuk memastikan khidmat ‘medical nutriton therapy’ bagi ‘oral diet’ serta ‘nutrition support’ diberi kepada pesakit yang dirujuk oleh doktor.
  5. Untuk memberikan latihan praktikal katering dan dietetik kepada pelatih dari Institusi Pendidikan Tinggi.

Untuk menggalakkan penglibatan di dalam kajian serta penyelidikan katering dan dietetik klinikal/ komuniti mengikut keperluan demi peningkatan mutu perkhidmatan.


Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan Dietetik Klinikal

  1. Perkhidmatan Dietetik Klinikal terbahagi kepada perkhidmatan dietetik pesakit dalam dan pesakit luar. Perkhidmatan Dietetik Klinikal pesakit dalam merangkumi semua disiplin klinikal berdasarkan rujukan daripada Pegawai Perubatan. Penilaian status pemakanan, diagnosis pemakanan dan intervensi pemakanan dijalankan secara individu.
  2. Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar dikendalikan secara individu dan berkumpulan mengikut jadual seperti Jadual 1.
  3. Memberi latihan sangkutan kepada pelajar-pelajar kursus dietetik dalam bidang dietetik klinikal dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.

Perkhidmatan Sajian Makanan

Perkhidmatan Sajian Makanan di Hospitak Sungai Buloh dijalankan secara berpusat  di mana makanan akan disediakan, dimasak, dimasukkan ke dalam tray makanan individu mengikut jenis diet dan dihidangkan kepada pelanggan.

Segala peralatan hidangan perlu dikutip semula untuk dibersihkan dan disimpan di Jabatan Dietetik dan Sajian. Semua kerja-kerja ini dijalankan oleh Kontraktor yang dilantik di premis yang disediakan.

Bagi memastikan prestasi perkhidmatan dan kualiti makanan yang disediakan menepati kehendak hospital dan kementerian, aktiviti pemantauan dan penilaian telah dijalankan oleh Pegawai/Penolong Pegawai Penyediaan Makanan dari masa ke semasa.

Perkhidmatan penyediaan makanan kepada pelanggan yang dijalankan sepanjang tahun melibatkan perkara-perkara berikut:

  1. Membekalkan/memastikan bekalan diet berdasarkan pesanan yang diterima dari wad mengikut kelas satu, dua, tiga atau kanak-kanak.
  2. Membekalkan/memastikan bekalan diet kelas tiga kepada ibu yang menemani anak di wad kanak-kanak.
  3. Membekalkan susu formula bayi kepada bayi-bayi yang dilahirkan oleh ibu-ibu yang mempunyai HIV positif bagi tempoh dari lahir hingga umur 6 bulan untuk mereka yang kurang mampu.
  4. Membekalkan/mematikan bekalan diet kelas satu kepada Doktor yang bertugas atas panggilan dan petugas dewan bedah di hospital.
  5. Membekalkan catuan makan malam mengikut kadar yang telah ditetapkan kepada anggota bertugas malam yang layak.
  6. Memberi latihan praktikal katering kepada pelatih katering dan pelatih dietetik dari Institusi Pendidikan Tinggi mengikut keperluan dan kelulusan.
  7. Melibatkan kajian serta penyelidikan demi perkembangan teknologi katering dan peningkatan mutu perkhidmatan makanan.
  8. Melaksanakan pemantauan ke atas Syarikat yang ditawarkan kontrak, bagi hospital yang perkhidmatan sajiannya di’outsource’ oleh pegawai-pegawai Jabatan Sajian & Dietetik hospital bagi pihak Pengarah Hospital. Rujukan: Perjanjian kontrak ’outsourcing’ perkhidmatan makanan hospital, Kementerian Kesihatan Malaysia.

Jadual Waktu Perkhidmatan Klinik

Jadual 1: Jadual Perkhidmatan Dietetik Pesakit Luar
 
HariMasaKlinik / Kelas PendidikanTempat
Isnin 9.00 pg - 1.00 ptg Klinik Pesakit Luar Klinik Diet, Klinik Pakar Aras 1
Selasa 9.00 pg - 1.00 ptg Klinik Pesakit Luar Klinik Diet, Klinik Pakar Aras 1

 

Rabu

9.00 pg - 1.00 ptg Klinik Pesakit Luar Klinik Diet, Klinik Pakar Aras 1
9.00 pg - 1.00 ptg Klinik Kesihatan Sg Buloh (Minggu pertama & ketiga setiap bulan) Klinik Kesihatan Sungai Buloh
Khamis 9.00 pg - 1.00 ptg Klinik Pesakit Luar Klinik Diet, Klinik Pakar Aras 1
Jumaat 9.00 pg - 10.00 pg Ceramah Pemakanan bagi Pesakit GDM (2 kali sebulan) Bilik Pendidikan Kesihatan, Klinik Pakar O&G, Aras 1
9.00 pg - 10.00 pg Kelas Antenatal (sebulan sekali) Bilik Pendidikan Kesihatan, Klinik Pakar O&G, Aras 1


Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

NoNamaJawatanSambE-mail
1 EN SYAMHAIRIL BIN MOHAMED Ketua Jabatan 7105 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
 
 

NoJabatanLokasiSamb
1 Jabatan Dietetik dan Sajian Bilik Ketua Jabatan 7105
2 Jabatan Dietetik dan Sajian Bilik Pegawai Dietetik 7104
3 Jabatan Dietetik dan Sajian Bilik Pegawai / Penolong Pegawai Penyediaan Makanan 7101/7102/7106
4 Dapur Operasi Bilik Kerani Diet (bilik pesanan diet) 7103
5 Bilik Kaunseling Pemakanan Klinik Pakar Aras 1 7107
6 Segi Seri Sdn. Bhd (Syarikat outsource makanan) Pejabat Segi Seri (bersebelahan Jabatan Dietetik dan Sajian) 03-61571973
7 Unit Sajian Pusat Kawalan Kusta Negara Bilik Penolong Pegawai Penyediaan Makanan 03-61561321 (ext 2311)
8 Unit Sajian Pusat Kawalan Kusta Negara Bilik Operasi Sajian 03-61561321 (ext 2310)

Cetak Emel