logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Sokongan Klinikal
  • Bahagian Kejuruteraan & Penswastaan

Bahagian Kejuruteraan & Penswastaan

Pengenalan

Bahagian Kejuruteraan dan Penswastaan ditubuhkan di bawah Seksyen Operasi, Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan, Kementerian Kesihatan Malaysia yang berperanan untuk melaksanakan tugas dan tanggungjawab mengawalselia pelaksanaan Perkhidmatan Sokongan Hospital oleh Syarikat Konsesi (Radicare (M) Sdn. Bhd.)

Visi

Bekerjasama erat dengan Syarikat Konsesi dan Perunding Hospital dalam merangka dan memantau pengoperasian Hospital beserta aset-asetnya berada pada tahap yang optimum dalam memberi khidmat yang baik dan berkesan kepada masyarakat amnya dan pesakit umumnya.

Misi

Unit Kejuruteraan dan Penswastaan akan memastikan perkhidmatan yang disediakan oleh Syarikat Pemegang Konsesi adalah berkualiti dengan:-

  • Memantau dan menyelaras perkhidmatan fasiliti hospital, kondisi peralatan perubatan dan bukan perubatan, kebersihan, linen dan pelupusan sisa perubatan diurus dengan berkesan
  • Memantau semua aduan yang dibuat oleh pengguna diambil tindakan mengikut tempoh waktu tertentu
  • Mewujudkan Perkongsian pintar di antara Pengurusan Hospital dan Perunding Sistem Awasan Hospital (SIHAT) dalam menguruskan perkhidmatan yang diswastakan.
  • Memastikan peruntukan yang dibelanjakan Kerajaan kepada Syarikat Konsesi adalah optimum dan berhemah

Objektif

  • Menyelia dan Memantau perlaksanaan program perkhdmatan sokongan Hospital secara menyeluruh
  • Untuk melindungi kepentingan Kementerian Kesihatan Malaysia dan pengguna-pengguna Hospital dengan memastikan kepatuhan kepada terma-terma yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi
  • Memastikan perkhidmatan sokongan Hospital diuruskan dengan cekap, selamat dan berkesan.

Kategori Perkhidmatan Sokongan

  1. Perkhidmatan Kejuruteraan Pengurusan Fasiliti (Facility Engineering Management Services) FEMS.
      -Mengurus semua fasiliti hospital termasuk kemudahan asas dan awam serta sistem pencegahan kebakaran.
  2. Perkhidmatan Pengurusan Kejuruteraan Biomedikal (Biomedical Engineering Management Services) BEMS
      -Bertanggungjawab terhadap kesemua peralatan kelengkapan perubatan di Hospital.
  3. Perkhidmatan Linen dan Pendobian (Linen & Laundry Services) LLS
      -Pengurusan dan pembekalan linen hospital termasuk kain cadar, pakaian pesakit, linen bilik pembedahan dan barangan lain yang memerlukan -perkhidmatan pendobian.
  4. Perkhidmatan Pembersihan (Cleansing)
      -Memberi perkhidmatan pembersihan kawasan dalaman Hospital dan memastikan kebersihan berada pada tahap tinggi dan pemeliharaan piawaian standard adalah mengikut kebersihan persekitaran industri (industrially clean environment).
  5. Perkhidmatan Pengurusan Sisa Klinikal (Clinical Waste Management System) CWMS.

        -Menguruskan pembuangan sisa klinikal hospital termasuk Klinik-klinik Kesihatan dan Pergigian berhampiran bermula dari proses pengumpulan,      penyimpanan dan penghantaran sisa untuk tujuan pembakaran habis di mana ia menurut ketetapan Jabatan Alam Sekitar.

Tanggungjawab Serta Peranan Bahagian Kejuruteraan

  • Bekerjasama dengan Perunding SIHAT dalam menyemak dan memastikan pembayaran yang dibuat kepada Syarikat Konsesi terhadap kelima-lima perkhdmatan adalah tepat dan mematuhi terma-terma yang termaktub di dalam Perjanjian Konsesi.
  • Membuat lawatan dan pemeriksaan mengejut dan berkala ke atas perkhidmatan sokongan Hospital yang terlibat.
  • Mengadakan mesyuarat Koordinasi dan Validasi bagi membincangkan isu-isu berkaitan perkhidmatan sokongan dan pemotongan yuran perkhidmatan jika ada.
  • Membantu menjalankan pemantauan ke atas perjalanan kerja-kerja penyelenggaraan bangunan, sistem pepasangan, loji dan peralatan jentera/mekanikal,elektrikal dan biomedikal semasa Tempoh Tanggungan Kecacatan (DLP) bagi Hospital/Fasiliti Baru
  • Membantu menyemak prestasi, laporan teknikal, laporan kejadian (Insiden           Report) bagi perkhidmatan Kejuruteraan Hospital.
  • Mendapatkan pandangan serta cadangan daripada Syarikat Perunding SIHAT terhadap projek atau isu-isu yanmg melibatkan skop kerja dan penyelesaian alternatif lain jika fasiliti sedia ada mengalami kegagalan.
  • Membantu menyediakan ‘Sijil Perakuan Pelupusan’ (PEP) bagi peralatan jentera/mekanikal, elektrikal dan Biomedikal yang berkaitan, apabila perlu.           Mengesahkan Sijil Perakuan Pelupusan (PEP) peralatan jentera/mekanikal.
  • Memberi khidmat nasihat teknikal dan profesional kepada Pengarah Hospital mengenai perkhidmatan Kejuruteraan Hospital, kerja-kerja kecil kejuruteraan serta pembelian dan penggantian alat kelengkapan.
  • Memastikan sesi latihan untuk pengguna dijalankan secara berkala bagi meningkat kefahaman serta kecekapan pengguna terhadap perkhidmatan    sokongan Hospital dengan kos ditanggung oleh Syarikat konsesi.

Pegawai-Pegawai Di Bahagian Kejuruteraan

Talian Utama: 03-61454333 | Ext: 2940/4224/2245
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanE-mail
1 En. Muhammad Zhafir Bin Mohd Noor Jurutera Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Puan Nurul Shahida Bt Mohamad Penolong Jurutera -
3 En. Ahmad Jazmi bin Othman Pembantu Tadbir (P/O) Gred N22 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
4 En. Suhaimi Bin Hamidon Pembantu Tadbir (P/O) Gred N17 -

Cetak Emel