logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental

psikiatri

Pengenalan

Jabatan Psikiatri dan Kesihatan Mental Hospital Sungai Buloh telah mula beroperasi sejak 15 Mac 2007 sebagai salah satu komponen perkhidmatan kesihatan Hospital Sungai Buloh. Pada mulanya jabatan ini hanya dianggotai oleh seorang Pakar Psikiatri, seorang Pegawai Perubatan dan 2 orang Jururawat Masyarakat.

Rasional penubuhannya ialah untuk menekankan bahawa Psikiatri adalah suatu penyakit biologikal dan sewajarnya diterima sebagai salah satu displin perubatan. Dengan demikian, semua pesakit di dalam “Catchment Area” boleh menerima rawatan dengan mudah dan cepat; stigma penyakit dapat dikurangkan dan kualiti hidup mereka dapat ditingkatkan. Ini sejajar dengan saranan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendefinisikan kesihatan sebagai “Physical, Mental and Social Well Being”.

 

Misi

Membekalkan perkhidmatan kesihatan mental dan psikiatri serta pemulihan yang berkualiti untuk mereka yang mengalami masalah kesihatan mental akut dan kronik agar dapat menikmati kehidupan yang bermutu dan menyediakan keperluan yang mencukupi bagi penjagaan pelanggan yang memerlukan.

Visi

Melahirkan satu masyarakat warga kota yang seimbang dan sihat dari segi psikologi, dan memberi penekanan terhadap promosi kesihatan mental dan pencegahan masalah-masalah psikososial.

Objektif Jabatan

  • Memberi khidmat psikiatri kepada rakyat Malaysia dari segi rawatan dan terapi sokongan.
  • Memberi sokongan kepada jabatan lain dan organisasi-organisasi tertentu bagi memberi rawatan dan rehabilitasi psikososial yang berkesan.
  • Memberi psychoeducation kepada pesakit dan keluarga pesakit tentang jenis penyakit dan rawatan yang diberi kepada pesakit.
  • Mengajar pelajar perubatan yang ditempatkan di Jabatan Psikiatri & Kesihatan Mental, Hospital Sungai Buloh.
  • Menjadikan Jabatan Psikaitri & Kesihatan Mental sebagai pusat penyelidikan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  1. Perkhidmatan Klinik Pesakit Luar
  2. Perkhidmatan Pesakit Dalam
  3. Perkhidmatan Psikiatri Komuniti
  4. Perkhidmatan Liaison Psychiatry
  5. Perkhidmatan Klinik Metadone
  6. Perkhidmatan Psikiatri Kanak – Kanak & Remaja
  7. Perkhidmatan Psikiatri Warga Emas dan Klinik Memori
  8. Perkhidmatan Terapi Elektrokonvulsif
  9. Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Kerajaan
  10. Pusat Kesihatan Mental Komuniti (Mentari Sungai Buloh) dan Sokongan Pekerjaan
  11. Perkhidmatan Klinik Psikiatri Pelawat di Hospital Tanjung Karang dan Penjara Sungai Buloh
  12. Perkhidmatan Psikoterapi

Waktu Operasi

HARI8 am - 9 am9 am - 1 pm2 pm - 5 pm
ISNIN Rondaan Wad Klinik Psikiatri Dewasa (Susulan)

Klinik Suntikan Depot

Kes Kecemasan

SELASA Rondaan Wad Klinik Psikiatri Dewasa dan Kanak-Kanak (Baru dan Susulan) Klinik Psikiatri Dewasa (Baru dan Susulan)
RABU Rondaan Wad

Klinik Psikiatri Dewasa (Baru dan Susulan)

Klinik Psikiatri Pelawat

Klinik Psikiatri Dewasa (Baru dan Susulan)
KHAMIS Rondaan Wad

Mesyuarat Jabatan dan CME

Klinik Suntikan Depot

Kes Kecemasan

Klinik Psikiatri Dewasa (Baru dan Susulan)
JUMAAT 8 am - 9 am 9 am - 12.15 pm 2.45 pm - 5 pm
Rondaan Wad Klinik Psikiatri Dewasa (Baru dan Susulan) Kes Kecemasan

Waktu Rehat Tengahari

Isnin - Khamis : 1 pm - 2 pm

Jumaat : 12.15 pm - 2.45 pm

Aktiviti Terkini Jabatan

  1. Membuka Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Kerajaan di wad 88 & 89, Pusat Kawalan Kusta Negara
  2. Menjalankan program Sokongan Pekerjaan (Supported Employment).
  3. Menjalankan program MENTARI sebagai latihan rehabilitasi.
  4. Menjalankan perkhidmatan Psikoterapi (EMDR).

 

Direktori

Talian Utama : 03-61454333
Fax : 03-61454222

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Ahmad  Zabidin Bin Zakaria Ketua Jabatan 2271/4132 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 En. Abdul Shakir Bin Zainal Abidin Ketua Penyelia 1219  -
 
Senarai Wad / Unit

NoUnitLokasiSamb
1 Klinik Psikiatri & Kesihatan Mental Kaunter 1214
2 Wad Lelaki Wad 32 03-61561321 Ext: 2258
3 Wad Perempuan Wad 33 03-61561321 Ext: 2273
4 Klinik Methadone PKKN 03-61561321 Ext: 2287
5 Rumah Jagaan Kejururawatan Psikiatri Wad 88 03-61561321 Ext: 2341
6 MENTARI Blok A-01-11 Kompleks Kuarters Integrasi HSB 03-61402364

Cetak Emel