logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Perubatan
  • Jabatan Perubatan Rehabilitasi

Jabatan Perubatan Rehabilitasi

rehab

Pengenalan

Perubatan Rehabilitasi adalah suatu bidang kepakaran perubatan yang menguruskan keadaan ketidakupayaan pesakit akibat komplikasi kesihatan dimana pengurusan pesakit adalah secara menyeluruh serta menggunakan pendekatan secara kepelbagaian kepakaran atau “interdisciplinary model of care”. Klinik Pakar Rehabilitasi telah berpindah ke Pusat Kawalan Kusta Negara bermula Januari 2009 manakala rawatan pesakit dalam yang memerlukan program rehabilitasi khusus di lakukan di Wad Cempaka 30/31, Pusat Kawalan Kusta Negara dengan kapasiti sebanyak 12 katil, sejak April 2009.

Jabatan Perubatan Rehabilitasi terdiri daripada gabungan unit-unit interdisiplinari iaitu Rehabilitasi Klinikal (Clinical Rehabilitation), Pemulihan Anggota (Physiotherapy),Pemulihan Cara Kerja (Occupational Therapy), Kejururawatan (Rehabilitation Nursing) serta Prostetik /Ortotik. Bermula 4 Julai 2017, Jabatan Rehabilitasi turut dianggotai oleh Unit Perubatan Tradisional India iaitu Terapi Varmam.

Piagam Pelanggan

Kami warga kerja Jabatan Perubatan Rehabilitasi akan sentiasa komited dalam menyediakan perkhidmatan dan layanan yang berkualiti, cekap, mesra dan profesional serta pertimbangan yang adil dan saksama kepada semua pesakit tanpa mengira umur, jantina, keturunan, agama atau taraf sosio-ekonomi.  Bagi mencapai matlamat tersebut kami berjanji:    

  • Setiap pesakit akan diberikan rawatan, penjagaan dan program rehabilitasi yang berkualiti di hospital ini.
  • Setiap pesakit yang memerlukan rehabilitasi khusus yang tidak terdapat di hospital ini akan dirujuk ke hospital lain yang sesuai.
  • Setiap pelanggan akan dilayan dengan baik, mesra, bertimbangrasa, hormat, bersopan santun, jujur dan ikhlas.
  • Setiap pesakit diberi jaminan bahawa sifat-sifat kemuliaannya akan dipelihara semasa menjalani program rehabilitasi. Segala maklumat mengenai penyakitnya dan rawatannya akan dirahsiakan dan hanya boleh diberitahu kepada pihak tertentu dengan keizinannya tertakhluk kepada undang-undang.
  • Setiap pesakit atau warisnya akan diberi penerangan yang jelas mengenai prosidur dan program rehabilitasi yang dicadangkan termasuk risiko dan pilihan yang lain.

Misi

Menyediakan perkhidmatan rehabilitasi berdasarkan kaedah interdisiplinari yang menyeluruh dan bersasaran bagi pesakit kelainan upaya kearah pencapaian tahap berdikari yang optimum.

Visi

Kearah meningkatkan kualiti kehidupan pesakit kelainan upaya melalui pencapaian potensi fizikal, kefungsian,  psikologikal, vokasional dan avokasional yang optimum.

Objektif Jabatan

Untuk menyediakan perkhidmatan perubatan rehabilitasi bagi pesakit kelainan upaya melalui perkhidmatanpesakit dalam dan pesakit luar yang berkualiti dan cekap bagi membolehkan mereka mencapai tahap kualiti kehidupan dan kefungsian yang optimum.

Ahli dan Peranan Utama Pasukan Interdisplinari Jabatan Perubatan Rehabilitasi

  • Pakar & Pegawai Perubatan: Menyediakan kepakaran klinikal bagi rawatan khusus seperti spasticity, impending contractures, neuropathic pain, neurogenic bladder, neurogenic bowel, wound care. Ini termasuk rawatan Botulinum Toxin injection, alcohol neurolysis, cystometry studies dan sebagainya.
  • Jururawat Rehabilitasi: Menyelia program interdisiplinari serta terlibat dalam pengendalian dan pengajaran continence care program, skin care dan sebagainya
  • Jurupulih Perubatan Anggota(Physiotherapist):Mengendalikan komplikasi pernafasan, meningkatkan fungsi fizikal dan mobiliti termasuk fungsi kekuatan otot,aplikasi senaman, latihan berjalan, perpindahan serta teknik penggunaan kerusi roda.
  • Jurupulih Perubatan Cara Kerja (Occupational Therapist): Mengintegrasi latihan kognitif dan fizikal bagi mencapai kebolehan maksimum pesakit dalam melakukan aktiviti asas harian termasuk aplikasi alat bantuan seperti adaptive devices, orthosis dan sebagainya.
  • Pegawai Pemulihan Pertuturan(Speech Therapist): Mengendalikan pesakit kelainan upaya dengan komplikasi penelanan, pertuturan serta komunikasi.
  • Juruteknik Prostetik & Ortotik: Memberikan input kepakaran teknikal bagi preskripsi, pembuatan, pemasangan serta proses check out peralatan prosthesis dan orthosis.

Kriteria Kemasukan Ke Wad Rehabilitasi

  • Pesakit dengan keadaan “complex disabilities” yang memerlukan kepakaran pelbagai pasukan interdisiplinari.
  • Mempunyai “cognitive ability to learn”.
  • Bermotivasi tinggi.
  • Mempunyai sokongan keluarga yang baik.

Perkhidmatan Umum Yang Disediakan:

  • Spinal Cord Injury Rehabilitation
  • Amputee Rehabilitation
  • Neuromedical Rehabilitation
  • Neurosurgical Rehabilitation
  • Paediatric Rehabilitation
  • Orthopaedic and Musculoskeletal Rehabilitation
  • Cardio-respiratory Rehabilitation
  • Community based Rehabilitation
  • Return to Work Program

Perkhidmatan Khusus Yang Disediakan:

  • Diabetic foot care (wound off-loading services)
  • Prosthetic & Orthotics
  • Spasticity services including ultrasound guided Botulinum Toxin injection, serial casting for contractures
  • Sialorrhoea management using Botulinum Toxin injection
  • Specialized wheelchair and seating services
  • Assistive and adaptive devices prescription and procurement
  • Home visitations for disability environmental modification
  • Urodynamic/Cystometry services
  • Sexuality and fertility dysfunction post spinal cord injury
  • Disability registration and certification of complex cases

Jadual Waktu Perkhidmatan Klinik

Hari8.00 Pagi - 1.00 Petang1.00 - 2.00 Petang2.00 Petang - 5.00 Petang
Isnin Klinik Amputee & Diabetic Foot R

Interdisciplinary Meeting / Family Conferences

Selasa Klinik Neuromedikal / Pediatrik (Minggu ke-3) E Cystometry Studies
Rabu Klinik Neurosurgical / Return to Work (Minggu ke-3) H Klinik FPP (Neuromedikal), Klinik Combine Paeds (Minggu ke-3)
Khamis Klinik Spiral / Prosedur (Minggu ke-4) A Klinik FPP (Spinal)
Jumaat Klinik Unschedule

12.15 - 2.45 Petang

T

Department Meeting
  •  Klinik Terapi Varmam beroperasi pada setiap hari Isnin hingga Jumaat bertempat di Unit Varmam berdekatan Klinik Pakar Perubatan Rehabilitasi, PKKN.

 

Aktiviti Jabatan

Memenangi Anugerah Penghargaan Sektor Awam di Majlis Apresiasi, Anugerah Inovasi Negeri Selangor 2017 
 rehab1 
   
Memenangi Johan Konvensyen QAP KKM Peringkat Kebangsaan (Poster) 2017 
 rehab2 

 

NoJabatanLokasiSamb
1 Klinik Perubatan Rehabalitasi (PKKN) Kaunter

2234)

2 Wad 30 / 31 Perubatan Rehabilitasi PKKN Kaunter

03-61561321

ext: 2269

3 Klinik Perubatan PKKN Kaunter

03-61561321

ext: 1234

Senarai Wad

Wad Rehabilitasi 30/31

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Akmal Hafizah Binti Zamli Ketua Jabatan Perubatan Rehabilitasi ( U54 ) 

2234 (PKKN)

2005 (HSgB)

Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel