logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Maxilo Fasial

Jabatan Maxilo Fasial

 maxilo fasial

Pengenalan

Jabatan Bedah Mulut dan Maksilofasial terletak di Aras 2, Klinik Pakar Hospital Sungai Buloh. Jabatan ini mula dibuka pada bulan Ogos 2006 dan mula menerima pesakit pada awal bulan September 2006. Penduduk di sekitar Sungai Buloh terdiri daripada golongan bersosio -ekonomi sederhana jika dibandingkan dengan penduduk yang berpendapatan lebih tinggi seperti di Lembah Klang. Oleh itu prasarana dan peningkatan dalam khidmat pergigian perlu diberi perhatian sesuai dengan objektif Kementerian Kesihatan Malaysia khasnya Jabatan Pergigian.

Misi

Memberi Perkhidmatan berkualiti dan efisien ke arah menjadi pusat pilihan untuk kes-kes pembedahan mulut & maksilofasial.

Visi

Menjadi pusat cemerlang dengan pemberian perkhidmatan yang prihatin dan profesional yang bertumpukan pelanggan selaras dengan visi kesihatan.

Objektif Jabatan

Objektif Am

  • Memberikan rawatan pembedahan mulut & maksilofasial yang sesuai, komprehensif dan tepat pada masanya kepada pesakit luar dan pesakit dalam yang dirujuk ke jabatan ini.

Objektif Khusus

  • Memberi perundingan dan mengendalikan pesakit yang dirujuk mengenai masalah berkaitan pembedahan mulut
  • Menyediakan perkhidmatan pergigian yang menyeluruh kepada golongan tertentu seperti pesakit yang mengalami masalah perubatan
  • Memberikan latihan dan aktiviti penyelidikan khususnya dalam bidang pembedahan mulut & maksilofasial.

Perkhidmatan

  • Klinikal(seperti yang disenaraikan di bawah) 
  • Bukan Klinikal 
    • Pentadbiran & Pengurusan dalam bidang kesihatan mulut 
    • Latihan dan penyelidikan

     

Perkhidmatan Klinikal

Jabatan Bedah Mulut & Maksilofasial memberikan perkhidmatan klinikal/pembedahan seperti di bawah:

  • Kecederaan Oral & Maksilfoasial 
    • Kecederaan tisu lembut 
    • Kepatahan tulang muka 
    • Kecederaan gigi 
  • Kecederaan Oral & Maksilofasial 
    • Pesakit sumbing bibir dan lelangit 
    • Pesakit yang memerlukan pembedahan ‘orthognatic’ 
  • Perubatan dan patologi 
    • Kesakitan bahagian muka 
    • Penyakit bahagian mulut 
    • Kanser mulut 
    • Lain-lain ketumbuhan di bahagian mulut 
    • Perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka disebabkan penyakit/ ketumbuhan 
    • Terdapat sista tulang dan tisu lembut di bahagian mulut dan muka 
    • Kelenjar air liur yang dijangkiti kuman 
    • Saluran darah mengalami mengalami perubahan yang bahaya di bahagian mulut & muka 
  • Pesakit yang mempunyai masalah oral& maksilofasial 
    • Pembentukan semula kecacatan pada rahang atas/bawah dan tisu muka 
    • Pembentukan ‘pre-prosthesis’ 
    • Pembedahan tulang sokongan gigi 
    • Masalah-masalah ‘Temporomandibular Joint’ / sendi rahang 
  • Pesakit yang mempunyai masalah perubatan yang memerlukan rawatan pergigian asas 
    • Cabutan dan pembedahan membuang gigi gerahan bongsu 
    • Tampalan 
    • Penskaleran 
    • Gigi palsu 
    • Rawatan endodontik mudah 
  • Pergigian forensik 
    • Khidmat gabungan kepakaran Jabatan Forensik dan Odontologi Hospital Kuala Lumpur 
  • Rawatan Implantologi 
  • Lain-lain rawatan 
    • Rawatan pergigian am untuk staff HSB sahaja tidak termasuk keluarga 
    • Klinik perundingan kombinasi (Combined Clinic) bersama Pakar-pakar Pergigian Negeri Selangor 
    • Klinik perundingan dan rawatan pembedahan mulut ke Tanjung Karang

     

Jadual Rawatan Klinik Pakar Bedah Mulut & Maxilo Fasial

HARI / WAKTU8.00 - 9.00 Pagi9.00 - 1.00 Petang1.00 - 2.00 Petang2.00 - 5.00 Petang
ISNIN Pembedahan (OT)
Wad Round 11.00 - 1.00 Petang REHAT New Case Impacted
STO
SELASA Pembedahan (OT)
Wad Round ID Klinik REHAT New Case Impacted
Staf Klinik
Staf Klinik
RABU Wad Round Prosedur REHAT Pesakit Luar / Rujukan Temujanji
KHAMIS Wad Round Pesakit Luar / Rujukan Temujanji REHAT Prosedur
HARI / WAKTU8.00 - 9.00 Pagi9.00 - 12.15 Petang12.15 - 2.45 Petang2.45 - 5.00 Petang
JUMAAT CME / Wad Round Pesakit Luar / Rujukan Temujanji REHAT CDE / Mesyuarat Jabatan

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1

Dr. Syed Iqbal bin Syed Husman

Ketua Jabatan & Pakar Perunding Kanan - -

Cetak Emel