logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Pembedahan
  • Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Rapi

Jabatan Anaestesiologi & Rawatan Rapi

jabatan_anaestesiologi_rawatanrapi

Pengenalan

Semenjak ditubuhkan pada tahun 2006 Jabatan Anaesthesia dan Rawatan Rapi telah berkembang sejajar dengan keperluan semasa dan memenuhi kehendak pelanggan-pelanggan Hospital Sungai Buloh.

Visi

Memberikan perkhidmatan anesthesia (bius) dan perawatan rapi yang bertahap kelas dunia yang professional, berkualiti dan prihatin.

Misi

  • Kami komited untuk mengamalkan perubatan anestesia (bius) dan rawatan rapi yang berkualiti lagi efektif dengan bergabung bersama perkhidmatan-perkhidmatan relevan yang lain bagi memuaskan hati pesakit-pesakit kami.
  • Memastikan staf yang efisyen, berkemahiran dan berkeyakinan dalam melaksanakan tugas.
  • Melaksanakan pemantauan berkala ke atas peralatan bagi memastikan ianya selamat dan berfungsi untuk digunakan.
  • Mengamalkan kerja berpasukan dalam tugas harian.

 Objektif Jabatan

  • Memberikan perkhidmatan mengikut piawaian tatacara perawatan rapi.
  • Melengkapkan staf dengan pengetahuan dan kemahiran melalui kursus dan seminar.
  • Bekerjasama antara jabatan bagi mencapai matlamat perkhidmatan yang berkualiti.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan bius dan pengurangan sakit yang selamat.
  • Untuk memberikan rawatan yang lengkap bagi pesakit-pesakit yang kritikal.
  • Untuk menyediakan perkhidmatan klinikal menyeluruh dalam suasana mesra-pesakit dan memberikan perkhidmatan rawatan rapi yang bermutu tinggi.

Perkhidmatan Yang Disediakan

Perkhidmatan yang diberikan adalah seperti berikut:-

  • Pekhidmatan anesthesia dan perawatan rapi untuk pesakit di Unit Rawatan Rapi.
  • Memberikan perkhidmatan bagi kes-kes rujukan dari wad yang memerlukan bantuan pernafasan.
  • Memberikan perkhidmatan Resusitasi dan pengendalian saluran pernafasan di Unit Kecemasan.
  • Perkhidmatan pembedahan elektif dan kecemasan
  • "Acute/Chronic Pain Services" dan "Labour Analgesia".
  • Perkhidmatan Respiratori
  • Perkhidmatan Klinik Anestesia
  • Perkhidmatan Remote Anaesthesia untuk Angiogram dan MRI
  • Perkhidmatan ECT untuk pesakit psikiatri

Carta Organisasi Jabatan Anaestesia dan Rawatan Rapi

Tahun ini Jabatan ini bercadang untuk memperluaskan lagi perkhidmatan :-

  • Day Care Surgery (sekarang 2x seminggu)
  • Perkhidmatan Obstetric Analgesia sepenuh masa sekiranya mempunyai cukup kakitangan sesuai dengan matlamat hospital ini untuk menjadi Pain Free Hospital.
  • Membuka dewan bedah bersalin

 Program-program Yang Dirancang Tahun Ini

  • Kursus APS
  • Kursus BLS/ALS
  • Kursus postbasik ICU
  • Kursus Intensif Masters Anaesthesia
  • Bridion Day
  • End of Life Care seminar
  • Kursus USCOM
  • 1st Ventilator workshop
  • Beyond Basic Ventilator Workshop
  • Kursus Transplant peringkat hospital dan jabatan
  • Kursus Critical Care Updates & Data Interpretation
  • Fluid Workshop
  • Hari Keluarga Jabatan
  • Jamuan makan malam Jabatan

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

ICU : ext 3206/3207

HDW : ext 4300/4301

Klinik Anaestesia : ext 1306

APS :2303

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Lim Wee Leong Ketua Jabatan  2350 Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

 

 SOALAN LAZIM BERKENAAN ANAESTHESIA

 1. Kenapa saya perlu berjumpa anaesthetist sebelum pembedahan?

Anaesthetist akan berjumpa dengan pesakit di wad sehari sebelum pembedahan atau seelok-eloknya di klinik anaesthetik untuk memeriksa pesakit:

  1. mengambil sejarah pembedahan/pembiusan yang lepas
  2. komplikasi pembiusan yang lepas
  3. sejarah komplikasi bius dalam keluarga (eg: malignant hyperthermia)
  4. sejarah alahan
  5. sejarah penyakit kronik
  6. ubatan yang sedang diambil termasuk ubatan tradisional dan herbal
  7. sekiranya anda seorang wanita adakah anda sedang mengandung atau menyusukan anak?
  8. adakah anda mempunyai masalah pendengaran/penglihatan atau pergerakan yang memerlukan perhatian yang lebih.

 Ini akan diikuti oleh pemeriksaan badan

 Anda kemudian akan diberitahu pelan untuk pembedahan;

  1. bila untuk mula berpuasa
  2. apa ubatan yang perlu diambil dan tidak perlu diambil sebelum pembedahan
  3. jenis pembiusan yang akan dilakukan
  4. persediaan yang perlu ada untuk pembedahan (eg: katil ICU)
  5. risiko pembiusan
  6. kaedah mengawal kesakitan selepas pembedahan

 

2. Adakah saya akan mengalami kesakitan selepas pembedahan?

Semua pembedahan akan menyakitkan tetapi anda akan diberi ubat penahan sakit sewaktu pembedahan dan sekiranya anda masih merasai kesakitan selepas pembedahan anda boleh meminta ubat tambahan.

  

3. Adakah saya akan ditidurkan sewaktu pembedahan?

 Anda akan diberikan pembiusan mengikut jenis pembedahan yang dilakukan juga bergantung kepada kesesuaian pesakit;

  1. Bius penuh (General Anaesthesia). Anda akan ditidurkan dengan injeksi ubat tidur atau gas tidur.
  2. Pembiusan setempat. (Regional Anaesthesia). Ini dilakukan dengan injeksi di saraf tunjang melalui tulang belakang ataupun saraf pleksus seperti di leher/bahu atau peha. Anda akan sedar sewaktu pembedahan.

 

4. Apakah risiko pembiusan?

Kematian atau kecacatan serius akibat pembiusan (seperti kecacatan otak) sangat jarang berlaku tetapi kemungkinannya ada. Risikonya berbeza mengikut tahap kesihatan anda dan jenis pembedahan yang dilakukan. Di Hospital Sungai Buloh purata 3.5 kematian bagi setiap 1,000 pembedahan elektif dan meningkat kepada 23 kematian bagi setiap pembedahan kecemasan keran Hospital ini adalah pusat Trauma dan menerima banyak kes kemalangan jalanraya.

 

5. Adakah saya akan terjaga sewaktu pembedahan?

Fenomena tersedar sewaktu pembiusan penuh adalah sangat jarang berlaku . Kajian sedang dilakukan di Malaysia dan keputusannya masih dalam proses, di sesetengah Negara dilaporkan incident sebanyak 1:15,000-1:40,000. Seorang anaesthesiologist akan sentiasa bersama anda utk memastikan ini tidak berlaku dan sekiranya berlaku anda akan diberi rawatan susulan seperti kaunselling dsb.

 

6. Adakah anaesthetist akan berada bersama saya sepanjang waktu pembedahan?

Doktor Bius anda akan berada bersama anda sepanjang waktu pembedahan untuk memastikan keselamatan anda. Dia juga akan memberikan anda cecair intravena, antibiotic, ubat penahan sakit, darah dsb sepanjang waktu pembedahan sehingga anda sedar dan berada di ruang pemulihan.

  

7. Kenapa saya kena berpuasa sebelum pembedahan?

Dalam keadaan sedar badan kita mempunyai mekanisma untuk mengelakkan kita dari muntah. Tetapi mekanisma ini tidak berfungsi sewaktu pembiusan. Oleh itu adalah amat penting supaya perut anda kosong sewaktu pembiusan untuk mengelakkan dari termuntah di mana cecair/makanan dari perut boleh masuk ke dalam paru-paru dan menyebabkan komplikasi yang sangat serius.

Dalam kes kecemasan di mana perut pesakit masih belum kosong sepenuhnya doctor bius anda akan mengambil kaedah lain untuk mengelakkan ini dari berlaku.

Walaupun dirancang untuk pembiusan regional, anda masih perlu berpuasa kerana kemungkinan anda diberi bius tidur masih ada.

 

 8. Apakah Spinal Anaesthesia?

Untuk Spinal Anaesthesia satu jarum yang kecil akan dimasukkan di antara tulang belakang pinggang anda hingga ke ruang saraf tunjang anda yang dipenuhi oleh cecair dipanggil cerebrospinal fluid (CSF). Ubat pelali akan diinjek melalui jarum ini ke dalam cecair CSF yang akan membiuskan saraf anda dan anda akan merasa kebas dari pinggang ke bawah. Kesan kebas ini hanya sementara dan anda akan kembali seperti sediakala setelah kesan ini hilang.

  

9. Apakah Epidural Anaesthesia?

Epidural adalah satu ruang di tepi saraf tunjang. Epidural anaethesia adalah sejenis pembiusan regional/setempat yang memerlukan sebatang jarum diletakkan di antara tulang belakang anda (biasanya di pinggang/kadang-kadang di tengah belakang setelah anda diberikan bius pelali). Satu tiub plastic yang kecil (catheter) akan dimasukkan melalui jarum ini ke ruang epidural. Jarum epidural kemudiannya akan dikeluarkan dan ubatan epidural akan diberi melalui catheter ini dan boleh dilanjutkan selepas pembedahan untuk menahan sakit selepas pembedahan.

Prosedur ini selalunya dilakukan dalam keadaan duduk tetapi sekiranya anda tidak boleh duduk boleh juga dilakukan di dalam keadaan berbaring. Biasanya epidural catheter diletakkan di pinggang/kadang-kadang di tengah belakang (setelah anda diberikan bius pelali) bergantung kepada jenis pembedahan yang dilakukan.

 

10. Apakah kesan sampingan yang biasa berlaku?

  • Loya dan muntah.

Ini adalah kesan yang paling selalu berlaku 24jam pertama selepas pembedahan. 20-30% pesakit akan mengalaminya. Perempuan dan orang yang mengalami mabuk perjalanan (motion sickness) lebih berisiko. Juga yang mengalami masalah yang sama sewaktu pembedahan dahulu. Oleh itu adalah penting anda meemberitahu masalah ini kepada doctor bius anda supaya dia boleh menggunakan ubat/kaedah yang lain untuk mengelak perkara ini dari berulang. Ubat antiemetik juga boleh diberi untuk mengelakkan perkara ini dari berlaku.

  • Sakit tekak

Sakit tekak dan serak berlaku dalam 40% pesakit dan boleh berlanjutan hingga beberapa hari. Pesakit perempuan berumur kurang 50 tahun dan pembedahan melebihi 3 jam lebih berisiko. Regional Anaesthesia adalah cara terbaik untuk mengelak ini dari berlaku dan pengambilan ubat sakit tekak seperti strepsil boleh menolong meredakan sakit tekak.

  • Kerosakan gigi

Trauma kepada gigi boleh berlaku 1:2,000 kes, selalunya kepada.gigi sebelah atas. Pesakit yang berisiko selalunya yang mempunyai kesihatan gigi yang kurang baik ataupun kepayahan yang berlaku sewaktu memasukkan tiub pernafasan ke dalam keronkong.

Oleh itu adalah penting anda memberitahu doctor bius anda sekiranya and mempunyai gig yang longgar atau reput.

 

  • Sejuk dan Menggigil

Serai 25-50% pesakit akan menggigil selepas pembedahan. Kebanyakannya disebabkan oleh suhu dewan bedah yang sejuk (untuk mengelak jangkitan kuman). Sebab lain adalah kesakitan, demam atau stress. Pembedahan yang panjang dan tubuh yang terdedah meningkatkan lagi risiko menggigil kesejukan.

Doktor bius anda akan berusaha untuk memastikan suhu badan anda tidak turun melampau dengan memakaikan selimut, pemanas dan memberi cecair intravena yang telah disuamkan.

Cetak Emel