logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Klinikal Diagnostik
  • Jabatan Radiologi

Jabatan Radiologi

jabatan_radiologi

Pengenalan

Jabatan Pengimejan Diagnostik menyediakan perkhidmatan pengimejan diagnostik termasuk prosedur-prosedur terapeutik invasif tertentu untuk pesakit dalam, pesakit luar, pesakit rawatan harian dan pesakit dari Jabatan Kecemasan Hospital Sungai Buloh. Perkhidmatan ini juga merangkumi pesakit-pesakit dari klinik dan hospital lain.

Misi

Bermatlamat untuk menyediakan perkhidmatan radiologi yang berkualiti dan bermutu melalui personel yang bersikap penyayang, professional dan berdedikasi melalui penggunaan teknologi sediada secara optimum dan bersesuaian.

Visi

Untuk menyediakan perkhidmatan radiologi diagnostik dan intervensi yang bermutu dan berkualiti.

Objektif Jabatan

Menyediakan khidmat sokongan klinikal dengan melakukan pemeriksaan pengimejan diagnostik keatas pesakit yang dirujuk dengan objektif membantu doktor dalam pengurusan pesakit dengan membuat diagnosa yang cepat dan tepat. Program ini juga membantu doktor menilai tahap perkembangan penyakit atau rawatan yang dijalankan. Program ini juga terlibat dalam prosedur “interventional” sebagai salah satu langkah terapeutik. Jabatan ini merupakan pusat rujukan bagi perkhidmatan pengimejan dari hospital dan klinik kesihatan dalam negeri Selangor.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Radiografi Am. Dijalankan di:
    • Jabatan Utama.
    • Jabatan Kecemasan - perkhidmatan 24 jam.
    • Unit X-ray, PKKN.
  • Fluoroskopi
    • Perkhidmatan radiografi khas menggunakan media kontras pelbagai bahagian badan di Jabatan Utama.
    • Prosedur pemeriksaan Endoskopi/ERCP di Unit Rawatan Harian.
  • Computerised Tomographic Scan
    • Pemeriksaan dilakukan berdasar sistem temujanji untuk kes-kes elektif.
    • Perkhidmatan 24 jam bagi pemeriksaan kes-kes “urgent” kecemasan seperti kes trauma dan kes tenat seperti stroke.
    • Sebagai panduan untuk prosedur intervensi Radiologi (CT guided) Perkhidmatan ini dijalankan di Jabatan Utama dan Unit Radiologi Jabatan Kecemasan.
  • Pemeriksaan Ultrasound/Doppler
    • Dijalankan di Jabatan Utama.
    • Dijalankan di Jabatan Kecemasan.
    • Dijalankan di Jabatan Utama sebagai Guidance For Therapeutic / Interventional Procedures bila diperlukan.
  • Mammografi
    • Dilakukan bagi kes-kes yang dirujuk dari Klinik Payudara Hospital Sungai Buloh, Klinik Obstetrik dan Ginekologi Hospital Sungai Buloh, Klinik Kesihatan Sungai Buloh, Hospital Tanjong Karang, Klinik Kesihatan Kelana Jaya, Klinik Kesihatan Bestari Jaya dan Klinik Kesihatan Kuala Selangor.
    • Melakukan pemeriksaan intervensi seperti ductogram hookwire localization dan stereotactic biopsy examination.
  • Magnetic Resonance Imaging (MRI)
    • Dijalankan di Unit MRI, Jabatan Utama.
    • Pemeriksaan ini dijalankan mengikut temujanji.
    • Kes-kes boleh dilakukan dengan bantuan bius umum.
  • Angiografi dan Radiologi Intervensi
    • Dijalankan di Unit Radiologi Intervensi, Jabatan Utama
    • Pemeriksaan dijalankan mengikut temujanji untuk kes elektif.
    • Kes-kes kecemasan dilakukan atas panggilan.
    • Kes-kes boleh dilakukan dengan bantuan bius umum.
  • Perkhidmatan Radiologi Kecemasan
    • Radiografi Am dilakukan di Jabatan Kecemasan 24 jam sehari.
    • CT Scan dilakukan di Jabatan Kecemasan 24 jam sehari.
    • Ultrasound dilakukan di Jabatan Kecemasan 24 jam sehari atas panggilan.
  • Perkhidmatan Radiologi Mobile
    • Perkhidmatan Radiografi Mudah Gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU, NICU, CCU, HDW, Burn Unit, Forensik, dan Jabatan Kecemasan.
    • Perkhidmatan Ultrasound Mudah Gerak untuk pesakit tenat di wad-wad, ICU, NICU, CCU, HDW, Burn Unit, Dewan Bedah dan Jabatan Kecemasan.
    • Perkhidmatan Fluoroskopi Mudah Gerak (Mobile C-Arm) di Dewan Bedah Utama, Dewan Rawatan Harian, Dewan Bedah Kecemasan, dan CCU.
  • Perkhidmatan Radiologi Klinik
    • Breast Assessment Clinic - untuk kes-kes yang dirujuk oleh HSB dan lain-lain hospital untuk penilaian seterusnya.
    • Musculoskeletal Combined Clinic - untuk kes-kes yang dirujuk oleh Pakar Ortopedik bagi para-spinal injection, vertebro-plasty.
    • Neuro Vascular Clinic - dijalankan bersama dengan Pakar Bedah Otak untuk kes-kes yang memerlukan Neuro-intervensi.
    • General Radiology Clinic untuk sebelum dan selepas menjalani prosedur Interventional Radiology.

     

Lokasi Pejabat/Unit

Jabatan Utama Aras 1
Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan Aras 2
Unit X-ray, PKKN Aras 1, Pusat Kawalan Kusta Negara

Waktu Operasi

Jabatan Utama 7.30 pagi – 5.30 petang
Unit Radiologi, Jabatan Kecemasan 24 jam
Unit X-ray, PKKN 8.00 pagi – 5.00 petang

 

Direktori

Talian Utama: 03-61454333


NoNamaJawatanSamb.E-mail
1 Dr Yun Sii Ing Ketua Jabatan & Pakar Perunding Radiologi (Jusa B) 2009 (PA) Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.
2 Puan Zainor Fariza Binti Zinon Abidin Ketua Juru X-ray (Gred U41) 2011 -
3 Cik Norfatin Binti Khalid Pegawai Sains (Fizik) (Gred C41 ) 2003 -
4 Bilik Temujanji - 2002  -

Cetak Emel