logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Pengurusan
  • Jabatan Pengurusan
  • Bahagian Pentadbiran

Bahagian Pentadbiran

bahagian_pentadbiran

Pengenalan

Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan Hospital Sungai Buloh telah mula beroperasi semenjak tahun 2005. Bahagian Pentadbiran merupakan salah satu daripada tujuh Bahagian di dalam Jabatan Pengurusan. Pejabat Bahagian Pentadbiran terletak di Aras 2, Blok B, Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh.

Bahagian ini  terbahagi kepada lapan unit seperti berikut :

  • Unit Pentadbiran Am
  • Unit Keselamatan Hospital
  • Unit Perpustakaan
  • Unit Pembangunan
  • Unit Penginapan
  • Unit Pengangkutan
  • Unit Pegawai Khidmat Pelanggan

Secara amnya; Bahagian Pentadbiran bertanggungawab menguruskan segala urusan berkaitan perkhidmatan Pengurusan Am, surat-menyurat, fail, pengangkutan, kemudahan penginapan kuarters/ asrama, perkhidmatan pelanggan,  pengurusan pejabat dan keselamatan hospital.

Visi

Memberi perkhidmatan yang cekap dalam urusan pentadbiran demi kecemerlangan Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh.

Misi

Menyediakan perkhidmatan sokongan dan khidmat nasihat dalam urusan pentadbiran dan mempastikan Bahagian Pentadbiran, Jabatan Pengurusan, Hospital Sungai Buloh dapat dilaksanakan dengan berkesan untuk mempertingkatkan mutu perkhidmatan yang cemerlang.

Objektif

Bahagian Pentadbiran Hospital Sungai Buloh bertanggungjawab untuk mengurus hal-hal berkaitan dengan perkhidmatan Pengurusan Am, Kemudahan Perumahan, Pengangkutan, Keselamatan dan Kemudahan Perhubungan ( komunikasi ).

Bahagian Pentadbiran akan memastikan pengurusan Hospital Sungai Buloh berjalan dengan teratur, cekap dan berkesan.

Perkhidmatan Yang Disediakan

  • Penerimaan Surat Rasmi, Berdaftar dan Persendirian
    - Merekodkan surat-surat rasmi yang diterima secara berdaftar.
  • Penyediaan dan Penghantaran Surat Pos Biasa, Berdaftar dan Pos Laju.
    - Surat yang dihantar diasingkan mengikut alamat agensi dan membuat penyata surat-surat yang dihantar mengikut keperluan penghantaran.
  • Permohonan Membuka Fail Baru Jabatan, Penutupan
    - Dan Pelupusan Fail. Pembukaan dan Penutupan fail menggunakan Panduan Sistem Fail yang dikeluarkan oleh MAMPU, manakala Pelupusan Fail adalah mengikut Panduan oleh ARKIB NEGARA.
  • Permohonan Penggunaan Kenderaan Jabatan
    - Memberi kemudahan kepada pegawai dan anggota menjalankan tugas-tugas resmi di luar jabatan.
  • Pengendalian Peruntukan Kenderaan Pegawai Gred Khas
    - Menguruskan peruntukan kenderaan kepada pegawai gred khas tertinggi setelah diluluskan oleh Kementerian Kewangan dan disediakan oleh pihak SPANCO.
  • Menyediakan Pelekat Kenderaan Kakitangan
    - Bagi mengenal pasti kenderaan keluar-masuk yang digunakan oleh pegawai dan anggota hospital, pelekat kenderaan bagi kereta dan motor disediakan.
  • Menguruskan Permohonan Telefon Bimbit
    - Pegawai- pegawai Gred 54 ke atas yang memohon akan dikemukakan ke Kementerian Kesihatan setelah mendapat kelulusan dari Ketua Jabatan.
  • Permohonan Talian Telefon Sambungan Dalaman
    - Menguruskan permohonan talian telefon untuk dipindahkan lokasi, manambah talian sambungan dan permohonan sambungan baru.
  • Permohonan Kuarters, Asrama Jururawat dan Doktor Atas Panggilan.
    - Memberi kemudahan peruntukan kuarters kepada anggota yang layak setelah diputuskan oleh Jawatan Kuasa Perumahan.
    - Memberi kemudahan peruntukan asrama bagi Jururawat yang baru dilantik dan bertukar masuk ke Hospital Sungai Buloh.
    - Memberi kemudahan penginapan kepada Doktor yang bertugas Atas Panggilan di Kompleks Doktor On-Call.
  • Urusan Tempahan Bilik Mesyuarat dan Tempahan Makanan
    - Menyediakan kemudahan Bilik Mesyuarat bagi pegawai dan anggota yang memerlukan dan penyediaan tempahan makan dan minum jika ada.
    - Kemudahan juga disediakan untuk anggota pelawat dan lawatan yang dibuat ke Hospital Sungai Buloh.
  • Menyediakan Kad Pengenalan Jabatan Hospital Sungai Buloh
    - Memproses kad pengenalan jabatan bagi pegawai dan anggota Hospital Sungai Buloh.
  • Kawalan dan Keselamatan Hospital Sungai Buloh
    - Bertanggungjawab menyelaras kawalan keselamatan dan perlindungan dan memastikan sistem keselamatan berfungsi dengan baik.
  • Menyelaras Permohonan Penilaian Semula Sebutharga Radicare
    - Menyedia , menyelaras dan merekod permohonan penilaian semula sebutharga dari Radicere dan pandangan daripada syarikat perunding (SIHAT)
  • Menyelaras kerja-kerja Imbuhbalik (Reimbursable Work)
    - Menyelaras,merekod dan memantau pelaksanaan projek FIZIKAL dan pengurusan kerja-kerja Imbuhbalik Radicare dan kontraktor luar.

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222


NoNamaJawatanSambE-mail
1 Encik Nasrul Izani bin Ramli Ketua Bahagian Pembangunan & Pentadbiran 4218  Alamat emel ini dilindungi dari Spambot. Anda perlu hidupkan JavaScript untuk melihatnya.

Cetak Emel