logo ms

logo ms

offcanvas

Permohonan Bantuan Peralatan - Jabatan Kerja Sosial Perubatan

 

Q & A PERMOHONAN BANTUAN PERALATAN

JABATAN KERJA SOSIAL PERUBATAN

Apakah kriteria pesakit yang layak untuk memohon bantuan peralatan?

  • Warganegara Malaysia.
  • Pesakit miskin / kurang berkemampuan.
  • Pesakit yang tidak mempunyai sumber bantuan – bukan kakitangan kerajaan / bukan pesara kerjaan / bukan pencarum SOCSO dll

Apakah prosedur jika pesakit ingin membuat permohonan bantuan peralatan melalui Jabatan Kerja Sosial Perubatan ?

  • Pesakit / waris pesakit perlu memaklumkan kepada Pegawai Perubatan sekiranya tidak mampu untuk membiayai peralatan yang disyorkan oleh Pegawai Perubatan. Pesakit perlu memohon untuk dirujuk ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan melalui sistem eHis bagi mendapatkan bantuan peralatan.
  • Pesakit / waris pesakit perlu hadir ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan untuk penetapan tarikh temujanji.
  • Pesakit / waris pesakit perlu menghadiri penilaian biopsikososial pada tarikh yang telah ditetapkan bersama dokumen sokongan.
  • Penilaian biopsikososial akan dilakukan untuk mendapatkan maklumat sosioekonomi sama ada pesakit layak atau tidak untuk mendapatkan bantuan peralatan.
  • Sekiranya pesakit layak memohon bantuan peralatan, Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan menentukan agensi bantuan yang bersesuaian.
  • Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan berbincang dengan pesakit / waris pesakit berkaitan kos yang akan ditanggung oleh pesakit.
  • Permohonan akan dihantar kepada agensi bantuan yang telah ditentukan. Tempoh masa pesakit akan menerima peralatan adalah bergantung kepada kelulusan daripada agensi bantuan yang terlibat.

Apakah dokumen sokongan yang perlu disediakan?

  • Salinan kad pengenalan pesakit dan isirumah.
  • Salinan slip gaji pesakit (jika bekerja) dan penyara keluarga           (sekiranya pesakit tidak bekerja, slip gaji penyara isirumah adalah diperlukan)
  • Surat Pengesahan Pendapatan dari Ketua Kampung / Penghulu / JKKK / Wakil Rakyat. (sekiranya pesakit tidak bekerja atau tidak mempunyai slip gaji)
  • Salinan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terkini pesakit / penyara isirumah (jika ada).
  • Salinan bil utiliti (air, elektrik, ASTRO) dan bukti perbelanjaan bulanan.
  • Dokumen sokongan lain jika diperlukan akan dimaklumkan kepada pesakit mengikut kesesuaian agensi bantuan.

Cetak Emel