logo ms

logo ms

offcanvas

Perkhidmatan Perubatan Forensik

  • Kenapa bedahsiasat dilakukan dan bolehkah mayat waris saya ini dikecualikan dari bedahsiasat ?
    • Bedahsiasat dilakukan atas dua sebab. Pertama, kerana ingin mengetahui punca kematian yang tidak pasti. Ini dinamakan bedahsiasat klinikal yang mana boleh dikecualikan jika tidak mendapat persetujuan waris.Kedua bedahsiasat medikolegal iaitu yang diminta oleh pihak polis dengan pengeluaran arahan bedahsiasat POL.61. Kebiasaannya kes ini berkaitan dengan kemalangan dan jenayah dan tidak boleh dikecualikan.
  • Bolehkah saya minta pihak hospital menguruskan mayat waris saya ini seperti mandi, kafan dan sembahyang jenazah sebelum dibawa pulang ?
    • Urusan pengurusan mayat adalah tanggunggjawab waris setelah mayat berserta dokumen berkaitan diserahkan.
  • Bolehkah pihak hospital menguruskan pengangkutan mayat ini untuk dibawa pulang?
    • Hospital boleh menyediakan pengangkutan van jenazah / mayat dengan kadar bayaran 35 sen sekilometer dua hala. Bayaran minimum RM 10.00 manakala maksimum RM 300.00 dalam Semenanjung Malaysia. Pembayaran boleh dibuat di Unit Hasil dan resit bayaran hendaklah diserahkan kepada Jabatan Forensik untuk tindakan selanjutnya.
  • Berapa bayaran untuk penyempurnaan mayat ini ?
    • Hospital tidak melakukan penyempurnaan mayat dan segala pembayaran adalah persetujuan antara waris dan pengurus mayat.
  • Bolehkah dibuat pengawetan (embalming) kepada mayat ini kerana akan dibawa pulang ke Negara kelahirannya?
    • Hospital Sungai Buloh tidak membenarkan pengawetan dibuat di premis hospital, tapi ia boleh dilakukan oleh syarikat swasta di premis mereka.
  • Di manakah laporan bedahsiasat boleh diperolehi ?
    • Laporan bedahsiasat boleh didapati di Pejabat Rekod Hospital Sungai Buloh
  • Berapa lamakah mayat akan dibawa ke jabatan forensik dan tidak bolehkah mayat dari wad terus dibawa pulang?
    • Pesakit yang meninggal di wad akan dibawa ke jabatan forensik dalam masa satu jam selepas kematian. Semua jasad hanya boleh dituntut melalui Jabatan Forensik. Ini adalah polisi hospital..
  • Bolehkah waris menyertai bedahsiasat ?
    • Tidak boleh
  • Bolehkah waris menunggu jenazah sebelum bedahsiasat dijalankan?
    • Tidak boleh kecuali dengan kebenaran polis.

Cetak Emel