logo ms

logo ms

offcanvas

Jabatan Kerja Sosial Perubatan

  • Bagaimanakah cara untuk mendapatkan perkhidmatan dari Jabatan Kerja Sosial Perubatan ?
    • pesakit hendaklah dirujuk oleh Pegawai Perujuk dari wad atau klinik di mana pesakit mendapatkan rawatan.
    • Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan membuat penilaian biopsikososial untuk mengenalpasti :
      • Masalah yang dihadapi oleh pesakit
      • Menentukan intervensi yang akan diberikan kepada pesakit.
  • Apakah kriteria pesakit yang layak untuk memohon bantuan?
    • Warganegara Malaysia
    • Pesakit miskin / kurang berkemampuan
    • Pesakit dirujuk oleh Pegawai Perubatan untuk mendapatkan bantuan
  • Apakah dokumen sokongan yang diperlukan untuk memohon bantuan?Salinan kad pengenalan pesakit
    • Salinan kad pengenalan pesakit
    • Salinan kad pengenalan ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit
    • Salinan slip gaji pesakit (jika bekerja)
    • Salina slip gaji ahli keluarga yang tinggal serumah dengan pesakit
    • Salinan penyata Kumpulan Wang Simpanan Pekerja terkini
    • Salinan bil elektrik
    • Salinan bil air
    • ** Dokumen sokongan lain jika diperlukan akan dimaklumkan kepada pesakit.
  • Apakah perkhidmatan yang ditawarkan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan?
    • Terapi sokongan
      • Intervensi krisis
      • Perundingan (Consultation)
      • Memberi khidmat kaunseling dalam aspek:
        • Mempertingkatkan kualiiti kehidupan
        • Meningkatkan kemahiran daya tindak
        • Meningkatkan hubungan komunikasi
        • Pemahaman tentang penyakit dan rawatan
    • Bantuan praktik
      • Pembiayaan perubatan
      • Pembiayaan   rawatan
      • Bantuan kewangan segera
      • Penempatan institusi
      • Perancangan discaj
      • Networking/liason dengan organisasi GO’s dan NGO’s   
  • Antara sumber pemberi bantuan untuk pesakit adalah seperti :
    • Tabung Kebajikan Perubatan Malaysia (TKPM)
    • Tabung Bantuan Perubatan (TBP)
    • Tabung Bantuan Implan (TBIP)
    • Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
    • Malaysian Children’s Aid Society (MACAS);
    • Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM);
    • Lembaga Zakat Selangor (LZS);
    • Yayaasan Kebajikan Negara (YKN);
    • Lain-lain agensi kerajaan; GO’s
    • Lain-lain agensi bukan kerajaan. NGO’s
  • Bagaimana cara memohon mendiami Balai Pelawat Hospital Sungai Buloh?
    • Mendapatkan borang permohonan Balai Pelawat dari wad (tempat dimana pesakit mendapatkan rawatan).
    • Borang permohonan hendaklah disahkan oleh Pegawai Perubatan/ Matron / Ketua Wad.
    • Borang yang telah di lengkap diisi hendaklah dibawa ke Jabatan Kerja Sosial Perubatan bagi penilaian biopsikososial pesakit dan keluarga.
    • Pegawai Kerja Sosial Perubatan akan membuat penilaian dan menentukan kelulusan permohonan penjaga pesakit untuk tinggal sementara di Balai Pelawat. Mereka yang dibenarkan tinggal sementara di Balai Pelawat akan melaporkan diri di Balai Pelawat Hospital Sungai Buloh.
    • Kemudahan Balai Pelawat ini hanya dihadkan maksima 2 orang sahaja  (waris lelaki dan waris perempuan) bagi seseorang pesakit. 
    • Dokumen yang perlu disertakan adalah :
      • Kad pengenalan pesakit dan waris yang hendak mendiami kemudahan Balai Pelawat
  • Apakah kemudahan yang disediakan oleh Jabatan Kerja Sosial Perubatan kepada pengiring pesakit di wad?
    • JKSP menyediakan kemudahan Balai Pelawat iaitu kemudahan penginapan sementara kepada pengiring pesakit di wad yang tinggal berjauhan dengan hospital.

Cetak Emel