logo ms

logo ms

offcanvas

Jabatan Dietetik Dan Sajian

  • Bolehkan pesakit di wad memesan makanan selain dari menu yang telah disediakan oleh pihak hospital?
    • Tidak boleh tanpa arahan daripada Pegawai Dietetik yang bertugas di wad tersebut. Menu pesakit di hospital adalah terdiri daripada diet normal (pedas dan tidak pedas), diet modifikasi konsistensi (soft diet, diet cincang, bubur campur dan blenderized diet), diet vegetarian, diet teraputik dan diet kanak-kanak. Pesakit boleh membuat pilihan berdasarkan kepada menu yang sedia ada di dalam menu kad. Namun sekiranya anda mempunyai penyakit yang memerlukan pengubahsuaikan nutrien seperti kencing manis, darah tinggi, gout dan sebagainya, Pegawai Perubatan/Jururawat bertugas/ Pegawai Dietetik akan menentukan diet yang bersesuaian untuk anda.
  • Saya mempunyai masalah berat badan, bagaimanakah cara untuk menurunkan berat yang selamat dan berjaya?
    • Berat badan yang berlebihan boleh mengundang kepada penyakit metabolik seperti kencing manis, darah tinggi, sakit jantung dan sebagainya. Oleh kerana itu penurunan berat badan adalah disarankan untuk meningkatkan kualiti hidup individu.Penurunan berat badan adalah satu proses dan ia tidak akan berlaku dalam sekelip mata dan tiada jalan mudah untuk menurunkan berat badan. Anda perlu mengubah tabiat pemakanan, menjadi lebih aktif, amalkan gaya hidup yang sihat dan digalakkan untuk berjumpa dengan Pegawai Dietetik bagi mendapatkan rundingcara pemakanan yang sistematik dan selamat
  • Bagaimanakah prosedur untuk mendapatkan rundingcara pemakanan daripada Pegawai Dietetik yang bertauliah?
    • Anda perlu mendapatkan surat rujukan daripada Pegawai Perubatan kerajaan ataupun swasta untuk berjumpa Pegawai Dietetik dan tetapkan tarikh temujanji di Klinik Kaunseling Pemakanan (extn : 7104) sebelum rundingcara pemakanan dijalankan

Cetak Emel