logo ms

logo ms

offcanvas

Pusat Kawalan Kusta Negara (PKKN)

  • Adakah pesakit kusta baru boleh dimasukkan ke PKKN?
    • Tidak. Selepas tahun 1995, pesakit kusta baru tidak lagi dimasukkan ke PKKN kerana rawatan kusta telah diintegrasikan ke klinik-klinik kesihatan berhampiran. Pesakit kusta baru kini boleh mendapatkan rawatan di klinik-klinik berhampiran seperti penyakit-penyakit lain (outpatient).
  • Apakah Penghuni PKKN Sekarang
    • Penghuni PKKN sekarang adalah bekas pesakit kusta yang telah mendiami PKKN sejak Tahun 1926 yang mana pada ketika itu, semua pesakit kusta perlu diasingkan kerana tiada rawatan. Bekas pesakit kusta yang sihat akan tinggal di chalet-chalet di PKKN manakala yang kurang sihat akan dimasukkan ke dalam wad di PKKN.
  • Apakah hala tuju PKKN pada masa hadapan?
    • PKKN akan menjadi taman warisan sejarah di mana galeri-galeri berkaitan kusta akan dibuka pada masa hadapan. Selain itu, PKKN akan menjadi Pusat Paliatif dan Pusat Latihan bagi penyakit kusta. PKKN juga mempunyai Wad Rehabilitasi, Wad Penyakit Berjangkit dan Wad Psikiatri yang akan dibuka pada 2014 ini.
  • Apakah itu penyakit kusta?
    • Penyakit kusta (Leprosy atau Hansen’s Disease) adalah penyakit berjangkit disebabkan oleh sejenis bakteria dipanggil Mycobacterium Leprae yang berjangkit secara perlahan dan menyerang kulit, saraf dan organ-organ lain seperti mata, tekak, telinga dan hidung. Cara rebakannya tidak diketahui secara tepat tetapi difahamkan ia merebak dari seorang ke seseorang melalui percikan air liur orang yang dijangkiti dan tidak dirawat.
  • Adakah penyakit kusta disebabkan penyakit keturunan atau sumpahan?
    • Tidak. Penyakit kusta bukan disebabkan oleh keturunan atau sumpahan.
  • Apakah gejala atau tanda penyakit kusta?
    • Tanda-tanda penyakit kusta kebiasaannya timbul 3 hingga 5 tahun dan adakalanya sehingga 20 tahun selepas sesorang itu dijangkiti. Tanda-tanda tersebut adalah:
      a. Tompokan-tompokan biasanya putih yang berlanjutan (minggu ke tahun), tidak gatal, kurang rasa deria terhadap sentuhan, haba atau sakit dan tidak berbulu.
      b. Lemah otot yang menyebabkan sukar berjalan.
      c. Rasa kebas pada tangan dan kaki.
      d. Kecacatan ( jika tidak dirawat)

  • Bagaimanakah cara untuk pengesahan / diagnosis?
    • Sekiranya anda mempunyai tanda-tanda seperti di atas, anda perlu ke klinik-klinik kesihatan atau klinik kulit untuk melakukan calitan torehan kulit Slit Skin Smear (SSS) dan biopsi kulit untuk pengesahan.
  • Adakah penyakit kusta boleh disembuhkan?
    • Ya. Penyakit Kusta boleh disembuhkan, dan rawatan di peringkat awal dapat menghindarkan kecacatan. Semua pesakit mesti patuh pada aturan rawatan WHO bagi mengelakkan kecacatan. WHO mengesyorkan Multiple Drug Therapy (MDT) merangkumi 3 jenis ubat iaitu Dapsone, Rifampicin dan Clofazimine dan pesakit tidak lagi perlu diasingkan dan menerima rawatan di rumah seperti penyakit-penyakit lain (outpatient).

Cetak Emel