logo ms

logo ms

offcanvas

Bahagian Teknologi Maklumat

  • Apakah sistem komputer yang digunakan di hospital ini? Adakah sama dengan Hospital Selayang? ?
    • Sistem komputer atau aplikasi perawatan kesihatan (THIS) yang digunakan di hospital ini pada konsep asasnya adalah sama seperti Hospital Selayang dan Hospital Putrajaya, Namun jenis aplikasi yang digunakan adalah berbeza. Aplikasi yang digunakan di hospital ini hanya sama dengan aplikasi yang digunakan di beberapa buah hospital baru dalam negara iaitu Hospital Serdang, Hospital Ampang, Hospital Sultanah Bahiyah dan Hospital Sungai Petani di Kedah, Hospital Pandan Johor Baru, Hospital Tentera Laut Lumut, Hospital Keningau dan Hospital Kepala Batas, Pulau Pinang.
  • Apakah THIS?
    • THIS adalah singkatan kepada Total Hospital Information System. Konsep THIS membawa maksud semua aktiviti perawatan kesihatan akan menggunakan aplikasi spesifik yang dibekalkan. Aktiviti merangkumi dari pendaftaran sehingga pesakit keluar/ selesai mendapatkan rawatan di hospital ini (sama ada balik sihat atau balik, meninggal dunia). Modul-modul yang terdapat dalam aplikasi THIS adalah Billing (bayaran dan pengiraan hasil), Patient Management System/ PMS (pendaftaran, modul temujanji, maklumat pesakit), Clinical Access / CA (maklumat rawatan yang diberikan, ujian makmal, ujian Xray, pesanan ubat, pesanan makanan wad), Mortuary (modul pengendalian pesakit yang meninggal dunia), Pharmacy Information System/ PHIS (penerimaan pesanan ubat,pengurusan stok ubat), Radiology Information System/ RIS (penerimaan dan pengurusan pesanan ujian Xray dari klinik/ wad), Laborotary Information System / LIS (penerimaan dan pengurusan pesanan ujian makmal dari wad/ klinik), Dietary Management System / DMS (pengurusan pesanan makanan untuk pesakit di wad dan pegawai perubatan On Call), Operation Theatre Management System / OTMS (pengurusan pembedahan), Critical Care Information System / CCIS (pengurusan bagi perawatan pesakit di unit kritikal seperti ICU, NICU,CCU, HDW dan Unit Kebakaran) serta Picture Archiving System / PACS (paparan hasil Xray melalui skrin khas tanpa memerlukan filem Xray).
  • Bagaimanakah sistem temujanji menggunakan aplikasi THIS ini?
    • Temujanji yang diberikan oleh pegawai/ pakar perubatan akan berdasarkan kepada modul temujanji yang terdapat dalam aplikasi ini di mana pegawai/ pakar perubatan hanya boleh memilih slot waktu yang kosong yang terdapat setiap hari. Pemilihan ini dibuat secara langsung dari skrin yang dipaparkan.
  • Berapa ramaikah pengguna sistem komputer di dalam hospital ini?
    • Secara purata, pengguna sistem komputer di dalam hospital ini mencecah 1,500 orang merangkumi pelbagai kategori perkhidmatan dari jawatan perkeranian, pegawai tadbir, petugas perubatan seperti Pembantu Perawatan Kesihatan (atendan), jururawat, pegawai / pakar perubatan, juruteknologi makmal, juru Xray, pakar forensik hingga kepada jurutera. Namun tidak semua menggunakan aplikasi THIS. Ini kerana ada pengguna hanya menggunakan intranet untuk semakan pekeliling, semakan polisi, emel dan perkongsian fail dan tugas-tugas bukan perawatan kesihatan.
  • Apakah infrastruktur rangkaian di hospital ini baik dan tidak memberi impak kepada perkhidmatan perubatan?
    • Semenjak dibangunkan pada 2007, infrastruktur rangkaian adalah dalam keadaan baik dan paling kurang mengalami gangguan. Sebarang impak yang timbul dalam penggunaan aplikasi THIS adalah boleh berpunca dari pelbagai aspek sama ada dari komponen perkakasan (hardware) itu sendiri (perlahan/ ada kerosakan), pengguna (kurang mahir menggunakan aplikasi / dalam proses pembelajaran), perisian (aplikasi THIS itu sendiri) atau rangkaian (perlahan/ mengalami gangguan elektrik dsb).
  • Apakah sistem “backup” diamalkan?
    • Backup adalah aktiviti yang wajib dan dijalankan setiap hari dan setiap kitar yang lengkap setiap minggu akan dpindahkan ke lokasi luar bangunan iaitu bangunan di luar kawasan hospital bagi menjamin keselamatan data tersebut.
  • Apakah akan dilakukan jika sistem mengalami gangguan?
    • Semasa sistem mengalami gangguan, hampir kesemua aplikasi tidak dapat diakses. Pengguna perlu menunggu bagi pihak jabatan mengenalpasti dan membetulkan kerosakan. Namun begitu, pelan kesinambungan perkhidmatan atau dikenali sebagai “Business Continuity Plan” (BCP) akan diaktifkan apabila kerosakan gagal diatasi melebihi 30minit. Apabila BCP diaktifkan, penyelesaian dan aliran kerja akan berubah di mana beberapa tindakan perlu diambil oleh pengguna seperti mendapatkan laporan BCP dari helpdesk IT, mendaftar dan mengisi nota rawatan di dalam borang manual, mempreskripsi ubat menggunakan borang manual, menghantar pesanan ujian darah, Xray serta diet menggunakan borang manual dsb.

Cetak Emel