logo ms

logo ms

offcanvas

Unit Pendidikan Kesihatan

Soalan lazim dan jawapan Unit Pendidikan Kesihatan

1. Siapakah yang boleh mendaftar ke Klinik Berhenti Merokok?

Pesakit, kakitangan  hospital dan orang awam boleh mendaftar ke Klinik Berhenti Merokok.

2. Bagaimanakah cara untuk mendaftar ke Klinik Berhenti Merokok?

Dengan hadir atau menelefon ke Unit Pendidikan Kesihatan untuk mendapatkan slot sesi klinik.

3. Dimanakah lokasi Klinik Berhenti Merokok Hospital Sungai Buloh?

Di dalam Unit Pendidikan Kesihatan, Aras 2 Hospital Sungai Buloh.

4. Siapakah yang boleh mendaftar ke Kelas Pendidikan Diabetes?

Kelas Pendidikan Diabetes terbuka kepada pesakit Diabetes, ahli keluarga dan menjaga pesakit Diabetes serta orang awam yang ingin mendapatkan info berkaitan dengan penyakit Diabetes.

5. Bagaimanakah cara untuk mendaftar ke Kelas Pendidikan Diabetes?

Dengan hadir atau menelefon ke Unit Pendidikan Kesihatan untuk membuat mendapatkan slot Kelas pendidikan Diabetes.

6. Perlukah saya menjalani pemeriksaan kesihatan semasa ingin mengisi borang sebagai Pengikrar Pendermaan Organ?

Tidak perlu.

7. Bolehkah saya mengisi borang pendaftaran Pengikrar Pendermaan Organ di Unit Pendidikan Kesihatan?

Boleh. Anda juga akan diberikan informasi berkenaan pendermaan organ daripada kakitangan Unit Pendidikan Kesihatan.

Cetak Emel