logo ms

logo ms

offcanvas

Skim Perkhidmatan Pesakit Bayar Penuh (FPP)

fpp  SKIM PERKHIDMATAN PESAKIT BAYAR PENUH (FPP)

 

LATAR BELAKANG

Skim FPP ini telah dimulakan di Hospital ini pada penghujung tahun 2015 sebagai perluasan fasa pertama Skim FPP yang telah dimulakan oleh Hospital Rintis Putrajaya dan Selayang sejajar dengan garis panduan dan Akta Fi FPP 2007.

Sehubungan dengan itu satu badan Jawatankuasa FPP telah ditubuhkan dengan dibantu oleh beberapa orang penyelaras untuk menjayakan skim ini. Bermula dengan hanya 8 orang pesakit FPP pada tahun 2015 telah meningkat kepada 483 orang pesakit FPP pada tahun 2016 dan sehingga bulan Jun tahun 2017 seramai 426 orang pesakit FPP baru telah didaftarkan.

Seramai 47 orang Pakar dari pelbagai bidang terlibat dalam melaksanakan Skim FPP ini pada masa kini dengan penglibatan dari 14 Jabatan.

 

KELEBIHAN MEMILIH SKIM FPP

  • Pesakit boleh memilih Pegawai Perubatan Pakar untuk merawatnya;
  • Kemudahan giliran untuk mendapat rawatan
  • Pesakit Dalam boleh menikmati beberapa kemudahan di wad kelas satu atau yang setaraf; dan
  • Semua kemudahan yang akan diberi adalah bergantung kepada sumber, bidang kepakaran dan fasiliti sedia ada.

 

SKOP PERKHIDMATAN

  • Perkhidmatan Perundingan
  • Perkhidmatan Penyiasatan
  • Perkhidmatan Tatacara ( Prosedur dan Pembedahan)
  • Perkhidmatan Rawatan
  • Perkhidmatan Hospitaliti
  • Lain-lain perkhidmatan seperti tersenarai dalam Akta Fi FPP 2007

 

CARA MENDAPATKAN RAWATAN

Pesakit boleh mendapatkan rujukan dari mana-mana pegawai perubatan kerajaan atau pengamal perubatan swasta atau boleh juga hadir sendiri untuk mendapatkan rawatan di bawah Skim PPBP dan seterusnya berdaftar sebagai pesakit dalam [memasuki wad].

 

DEPOSIT

Pesakit akan dikenakan deposit mengikut kadar yang ditetapkan.

  • Minima RM3,000.00 atau 50% daripada anggaran keseluruhan caj rawatan yang mana lebih tinggi.

Bagi pesakit yang membawa surat jaminan [GL] dari syarikat swasta yang berdaftar dengan KKM tiada deposit dikenakan.

 

TAMBAHAN DEPOSIT

Deposit akan disemak setiap hari untuk memastikan bakinya tidak kurang daripada RM 1,000.00. Apabila berbaki RM1,000.00 Surat Peringatan untuk penambahan deposit akan dikeluarkan kepada pesakit atau waris dari masa ke semasa. Tambahan perlu dibuat dalam masa 24 jam dari tarikh pesakit menerima Surat Peringatan tersebut.

Pesakit boleh menarik diri dari meneruskan Skim PPBP ini dengan menandatangani borang yang sedia ada bagi tujuan tersebut dan menjelaskan bayaran tertunggak.

 

PEMBAYARAN

Pembayaran boleh dilakukan melalui kaedah ini :

  • Tunai
  • GL dari Syarikat/Syarikat Insurans yang berdaftar dengan KKM

 

WAKTU OPERASI PERKHIDMATAN

1. PERKHIDMATAN PESAKIT LUAR:

  • Hari Bekerja -2:00-5:00 petang
  • Hari Sabtu/Cuti Umum – tiada perkhidmatan

2. PERKHIDMATAN PESAKIT JAGAAN HARIAN

  • Hari Bekerja – setelah selesai merawat pesakit awam dan perkhidmatan berakhir sebelum jam 7:00petang.
  • Hari Sabtu/Cuti Umum – tiada perkhidmatan

3. PERKHIDMATAN PESAKIT DALAM

  • Perundingan dilakukan setelah selesai merawat pesakit awam.
  • Tatacara Pembedahan dan Perubatan yang memerlukan kemudahan Bilik Bedah hanya boleh dilakukan selepas waktu pejabat kecuali kes-kes kecemasan dan kes-kes tertentu selepas dipertimbangkan dan mendapat kebenaran Pengarah Hospital.

 

Fi PENDAFTARAN DAN PERUNDINGAN

Fi  Pesakit Luar

 Jenis Kes

Waktu Klinik 2:00-5:00 petang

Pendaftaran

Perundingan

Pesakit Baru

RM10.00

RM100.00

Pesakit Lama

TIADA

RM60.00

 

Fi  Pesakit Dalam

Jenis Caj

Waktu Pejabat

8:00pagi-5:00petang

Selepas Waktu

Pejabat/Cuti Umum

Pendaftaran

RM10.00

RM10.00

Perundingan

RM60.00

RM120.00

Perundingan Jagaan Intensif

RM90.00

RM180.00

 

Fi HOSPITALITI

Fi Katil Pesakit Dalam

Jenis Bilik/Katil

Fi (Setiap Hari)

Bilik Kelas Pertama (Satu Katil)

RM160.00

Bilik Kelas Pertama (Dua Katil)

RM130.00

Bilik Kelas Pertama (Empat Katil)

RM80.00

 

Fi Katil Jagaan Harian/Intensif

Jenis Katil

Fi (Setiap Hari)

Jagaan Harian

RM70.00

Jagaan Intensif/Kritikal

RM400.00 (Maksimum 14 hari)

Jagaan Koronari

RM400.00 (Maksimum 14 hari)

Jagaan Intensif Neonatal

RM200.00 (Maksimum 14 hari)

Keberpentingan Tinggi

RM160.00 (Maksimum 14 hari)

 

Fi Dewan Bedah/Bilik Bersalin/Angio Suite

Jenis Kemudahan

Fi

Bilik Pembedahan/Angio Suite

RM250.00 setiap jam/ sebahagian daripadanya

Bilik Bersalin

RM250.00 setiap kelahiran

 

LAIN-LAIN Fi

  • Fi Prosedur adalah bergantung kepada jenis prosedur yang dilakukan.
  • Fi Konsumabel adalah bergantung kepada konsumabel yang digunapakai.
  • Fi Perubatan bergantung kepada Caj harga ubat-ubatan mengikut Akta Fi FPP 2007.
  • Fi Penyiasatan bergantung kepada jenis penyiasatan yang dilakukan.

 fpp2

 

 

 

Cetak Emel