Print

Bahagian Perhubungan Awam

Pengenalan

Bahagian Perhubungan Awam mula ditubuhkan pada Januari 2010 di bawah Unit Pentadbiran, Bahagian Pengurusan. Unit ini diketuai oleh seorang Pegawai Perhubungan Awam dan dibantu oleh Penolong Pegawai Perhubungan Awam, dua Pegawai Khidmat Pelanggan dan dua orang Pembantu Tadbir. Mulai Januari 2011, Unit Perhubungan Awam dikenali sebagai Bahagian Perhubungan Awam. Bahagian Perhubungan Awam bertindak sebagai jurucakap bagi Hospital Sungai Buloh dalam menyampaikan maklumat berhubung dengan fakta dan situasi yang ada kaitan dengan Hospital Sungai Buloh dengan arahan dan persetujuan Pihak Pengarah Hospital Sungai Buloh. Bahagian ini juga bertanggungjawab dalam menguruskan perhubungan awam dengan media dan merancang strategi media dalam penyebaran maklumat secara berkesan.

Bahagian ini juga berperanan sebagai penasihat dalam bidang perhubungan awam dan perhubungan media bagi merancang dan menasihati pihak pengurusan tertinggi tentang strategi perhubungan awam di Hospital Sungai Buloh. Selain itu, Bahagian Perhubungan Awam juga bertindak sebagai penyelaras Aduan Awam/ Pelanggan.

Fungsi Dan Peranan

  • Aduan
    • Memantau dan mengambil tindakan untuk kes-kes aduan dari Biro Pengaduan Awam (BPA), KKM, JKNS, Laman Web Hospital dan peti cadangan.
  • Media Massa
    • Memantau isu-isu berkaitan dengan Jabatan yang disiarkan melalui media massa. 
    • Menyelaras maklum balas laporan akhbar/ media massa yang menyentuh dasar dan operasi jabatan.
    • Mendokumentasi laporan akhbar yang berkaitan dengan Jabatan untuk tindakan dan rekod jabatan
  • Publisiti
    • Merancang & menyelaras aktiviti dan publisiti Jabatan melalui media massa, merangkumi sidang akhbar, siaran media dan liputan media.
    • Menyelaras rakaman dan siaran langsung TV/ Radio serta sesi temubual yang berkaitan dengan isu dan program-program Jabatan.
  • Penyelarasan Penggunaan Fasiliti
    • Menyelaras permohonan pihak media dan orang perseorangan bagi mengadakan liputan media, berita, penulisan rencana dan lain-lain yang bersangkutan dengan perkhidmatan Jabatan.
    • Menyelaras permohonan pihak media dan orang perseorangan bagi mengadakan lawatan atau penggambaran di Hospital.
  • Pemantauan Notis Awam
    • Memantau dan mengemaskini maklumat terkini mengenai Hospital Sungai Buloh pada notis awam di kawasan lobi, Jabatan Kecemasan dan Trauma dan laluan ke kafeteria.
  • Penerbitan
    • Membantu usaha pengeluaran dan penerbitan Laporan Tahunan Jabatan dan lain-lain penerbitan Jabatan

Direktori

Talian Utama : 03-61454333

Faks : 03-61454222

NoNamaJawatanSambEmail
1 Pn. Shahrina Abd Samad Pegawai Perhubungan Awam 2904 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
2 Mohd Azim Bin Abu Samah Penolong Pegawai Perhubungan Awam 2902 This email address is being protected from spambots. You need JavaScript enabled to view it.
Bookmark and Share