Print

Prosedur Permohonan Laporan Perubatan

jabatan_rekod_perubatan

Prosedur Permohonan Laporan Perubatan

Aliran Proses Permohonan Laporan Perubatan (klik di sini)

Tempoh Penyediaan Laporan Perubatan

  • Laporan akan disediakan dalam tempoh 4-8 minggu daripada tarikh permohonan lengkap.
  • Notis laporan siap akan dikeluarkan kepada pemohon melalui telefon atau pos
  • Pemohon yang ingin mengambil laporan siap sila bawa notis pemberitahuan laporan siap / Surat keizinan ASAL pesakit atau waris yang menyatakan memberi kuasa kepada nama Agen/wakil untuk mendapatkan laporan
Sebarang pertanyaan sila hubungi 03-61454333 No. samb : 4360

Caj Bagi Permohonan Laporan Perubatan

Pamplet Permohonan Laporan Perubatan

Dokumen yang diperlukan untuk permohonan Laporan Perubatan

Prosedur Memohon Laporan Perubatan Melalui Pos

  • Membuat permohonan bertulis kepada Pengarah, Hospital Sungai Buloh (u/p: Jabatan Rekod Perubatan) dengan menyertakan dokumen seperti di bawah :
    • Surat keizinan mengeluarkan laporan perubatan yang ditandatangani oleh pesakit atau waris jika pesakit dibawah umur 18 tahun
    • Sesalinan kad pengenalan pesakit / waris
    • Sesalinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.
  • Melampirkan borang jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insuran, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.(jika berkaitan)
  • Membuat bayaran (rujuk jadual caj bayaran) dengan melampirkan wang pos atau cek dan dibayar atas nama Pengarah Hospital Sungai Buloh.

Prosedur Memohon Laporan Perubatan Melalui Kaunter

  • Pesakit hadir sendiri dengan membuat permohonan melengkapkan borang permohonan (HSB-MR-FORM-006)
  • Menyediakan dokumen seperti dibawah:
    • Sesalinan kad pengenalan pesakit / waris
    • Sesalinan kad rawatan/ ringkasan discaj/ sijil cuti sakit/ sijil kematian.
  • Melampirkan borang jika sekiranya permohonan bertujuan untuk mendapatkan tuntutan insuran, pengeluaran KWSP, PERKESO dan sebagainya.(jika berkaitan)
  • Membuat bayaran bagi permohonan laporan perubatan (rujuk jadual caj bayaran)

Surat keizinan bagi Permohonan Laporan Perubatan oleh pihak ketiga, perlu mematuhi syarat berikut iaitu :-

  • Surat keizinan ASAL yang ditandatangani oleh pesakit ataupun waris. Salinan Sijil Nikah / Sijil Kelahiran pemohon menunjukkan pertalian pesakit.
  • Jika pesakit meninggal dunia, pengesahan waris yang sah disegi undang-undang perlu menyertakan dokumen yang berkaitan sebagai bukti.
  • Permohonan Laporan Perubatan bagi pesakit warganegara asing yang tidak dapat dikesan / meninggal dunia, atau warisnya juga tidak dapat dihubungi, perlu disertakan dengan surat keizinan dari pihak Kedutaaan Negara berkenaan.
  • Bagi pesakit berumur bawah 18 tahun atau pesakit yang tidak sedarkan diri atau kurang upaya mental ataupun telah meninggal dunia surat keizinan dari waris terdekat diperlukan.
Bookmark and Share