logo ms

logo ms

offcanvas
  • Laman Utama
  • Perkhidmatan
  • Perkhidmatan Wanita Dan Kanak-Kanak
  • Jabatan Pediatrik

Jabatan Pediatrik

jabatan_padiatrik

Pengenalan

Jabatan Pediatrik & Neonatologi telah memulakan perkhidmatan dalam bulan Ogos 2006 di mana perkhidmatan dimulakan dengan perkhidmatan pesakit luar di Klinik Pediatrik. Pada 11 September 2006 perkhidmatan pesakit dalam telah dimulakan dengan memindahkan pesakit-pesakit dari Pusat Kawalan Kusta Negara ke Hospital Sungai Buloh yang baru. Perawatan pesakit-pesakit pediatrik dilengkapi dengan kemudahan klinik dan wad. Hospital ini mempunyai satu Wad Pediatrik Umum yang terletak di tingkat lapan (Wad 8C) dan Wad NICU yang terletak di tingkat dua untuk menyediakan perkhidmatan pesakit dalam, manakala Klinik Pediatrik pula terletak di tingkat satu bagi menyediakan perawatan pesakit luar

Misi

  • Kami akan berusaha untuk menyediakan perkhidmatan yang bermutu tinggi dan seterusnya memantau sasaran setanding dengan baik.
  • Kami juga menyedari bahawa setiap individu adalah berbeza dan kami akan menghormati dan melindungi hak-hak individu.
  • Kami akan menjadi sebagai ’advocate’ bagi kanak-kanak yang istimewa dan kanak-kanak yang kurang bernasib baik.
  • Kami akan bekerjasama dengan ahli-ahli profesional yang lain untuk meningkatkan lagi mutu perkhidmatan di jabatan ini.
  • Kami akan menerima tanggung jawab ke atas pesakit, ahli keluarga dan juga komuniti yang terlibat.
  • Kami akan memastikan persekitaran yang baik untuk meningkatkan peluang pembelajaran yang berterusan di setiap kategori anggota.
  • Kami akan memastikan bahawa persekitaran di jabatan ini adalah dinamik dan sihat untuk semua anggota berkerjasama.
  • Kami akan memastikan semua perkhidmatan yang diberi adalah yang terkini dan ’cost-effective’.

Visi

Jabatan ini menyediakan perkhidmatan kesihatan secara menyeluruh kepada kanak-kanak dan ibubapa / penjaga di hospital dan juga dalam komuniti berlandaskan teknologi yang terkini dan berorientasikan mesra pelanggan.

Objektif

  • Menyediakan perkhidmatan perubatan secara ’Evidenced- Base”
  • Memberikan perawatan kesihatan berlandaskan individu kepada pesakit dan ahli keluarga
  • Menyemaikan perasaan bangga dikalangan anggota yang bertugas di jabatan
  • Menjalankan audit terhadap perkhidmatan yang diberikan dari masa ke semasa untuk penambahbaikan
  • Menggalakkan aktiviti-aktiviti pembelajaran berterusan di kalangan anggota untuk mempertingkatkan kualiti perkhidmatan

Perkhidmatan Yang Disediakan

A. Pesakit Dalam 

  • Pesakit Pediatrik yang dimasukkan ke Wad 8C dan NICU
  • Merawat Pesakit yang dirujuk oleh doktor di Jabatan Kecemasan
  • Merawat bayi-bayi di wad postnatal
  • Merawat bayi-bayi yang baru dilahirkan di bilik bersalin
  • Memeriksa dan merawat bayi-bayi yang baru lahir melalui kaedah pembedahan
  • Memberi perkhidmatan kaunseling kepada ibu-ibu yang berisiko tinggi  

B. Pesakit Luar

  • Merawat pesakit pediatrik baru
  • Merawat pesakit pediatrik ulangan
  • Menjalankan rawatan ulangan bayi-bayi pramatang secara ’multi-disciplinary’ bersama-sama dengan Jabatan Rehabilitasi. 

C. Pemberian ’sedation’ untuk pesakit pediatrik yang menjalani ujian radiologi

Direktori

Talian Utama: 03-61454333
Fax: 03-61454222

 

NoNamaJawatanSambE-mail
1 Dr. Jamaluddin Bin Haji Mohamad Ketua Jabatan Pediatrik 2246 -

Cetak Emel